Hari ini adalah hari yang akan merubah segalanya, Dimana dia akan menjadi suami kepada seorang gadis yang tidak dicintai dan dikasihi. Atau lebih tepat bukan pilihan hati. Apatah lagi dikenali. Hanya satu harapan dia sekarang ini. Berharap sangat yang gadis itu takkan muncul dihadapannya pada hari ini. Atau lagi tepat gadis itu akan mengambil keputusan untuk melarikan diri dari hari pernikahan mereka ini.
Dia sangat harapkan itu berlaku. Sungguh...
Tengku Hael mengeluh kasar, Dia sudah segak memakai baju pernikahan. Pandangan nya dibuang jauh keluar balkoni biliknya. memikirkan kekasih hatinya yang sudah membawa diri keluar negara akibat ingin menenangkan diri. Dia tahu gadis itu terluka tetapi cuba untuk memahami dia.
3 hari lepas dia bertemu dengan kekasih hatinya itu dan memberitahu segalanya kepada gadis itu, Yasmin mengamuk teruk apabila mengatakan bahawa bukan dia yang akan menjadi isteri pertamanya nanti dan marah terhadapnya disebabkan, Kenapa lebih memilih harta yang ditinggalkan atuknya dan tidak membiarkan saja jatuh ketangan Tengku Rayyan. Lebih tepat memilih syarat wasiat daripada hubungan mereka.
Yasmin mengatakan kepada dia. yang gadis itu kecewa disebabkan dia yang bersama dengannya selama 4 tahun tetapi perempuan lain yang akan menjadi isteri pertama kepadanya. dan kecewa kenapa Tengku Hael sanggup memilih jalan itu?
Nasib baik dia pandai pujuk gadis itu, Dia mengajak Yasmin berkahwin tetapi gadis itu menolak kerana tidak bersedia lagi, Yasmin adalah model terkenal sebab itu susah untuk dia mengajak gadis itu berkahwin dengannya. Apabila dia berjanji kepada gadis itu bahawa walau apa pun yang terjadi dia akan tetap berkahwin dengan gadis itu. Pujuk dan pujuk akhirnya Yasmin redha. Dan mula menerima kesemuanya.
Yasmin mengatakan bahawa dia sudah boleh terima kalau dirinya akan berkahwin dengan perempuan lain, Dan Yasmin bukanlah isteri pertama nanti. Tetapi gadis itu meminta dia untuk berjanji. jangan sesakali jatuh hati kepada perempuan yang akan dia kahwini nanti. Yasmin pergi keluar negera akibat meneruskan permodelan nya disana dan akan berada disana selama 4 bulan. Gadis itu mengatakan juga bahawa dia ingin menenangkan dirinya disana, Tengku Hael dengan berat hati hanya bersetuju dengan keputusan gadis kesayangannya itu.
Dia tidak pernah menghalang Yasmin untuk menjadi model kerana dia tahu itu adalah impian terbesar gadis itu, Dan dia selalu akan menunggu Yasmin sampai bersedia untuk berkahwin dengannya.
TOK TOK !
Tengku Hael menoleh kebelakang apabila pintu biliknya diketuk dari luar.
"Masuk" Sedikit lantang suaranya mengizinkan orang yang mengetuk itu masuk. Terbuka saja pintu biliknya dia hanya mengukir senyuman kecil kearah mereka. Kelibat ketiga sahabatnya yang melangkah masuk kedalam biliknya.
"Bro." Tegur Tengku Razzaq Akhwan sebelum melangkah mendekati sahabat mereka itu, Syed Zaquel Irwan dan juga Syed Luth Haizar hanya mengekori dari belakang.
"Jom turun kita gerak dah sekarang." Ujar Syed Luth sebelum menepuk perlahan bahu Tengku Hael. Mereka diarahkan untuk mengajak Tengku Hael untuk turun kebawah sekarang kerana mereka akan memulakan perjalanan untuk kerumah pihak perempuan.
Tengku Hael hanya mengangguk sebelum menguak rambutnya kebelakang dan mula memakai songkok nya.
"Rayyan ada ke?" Soal Tengku Hael perlahan. Mungkin kalau Tengku Rayyan tidak degil dulu dia takkan membenci lelaki itu, Tetapi disebabkan sepupunya itu dia kehilangan satu sahabatnya, Bukan dia saja malah ketiga jejaka dihadapannya ini. Disebabkan sepupunya itu Tengku Rey Rahim pergi meninggalkan mereka semua, Hanya disebabkan kedegilan seorang Tengku Rayyan.
"Ada dekat bawah." Jawab Syed Zaquel, Penat juga mereka bertiga untuk membuat Tengku Hael dan juga Tengku Rayyan untuk berbaik semula seperti dulu tetapi keduanya ego. Satu dengan bencinya disebabkan tidak menerima kenyataan bahawa Tengku Rey Rahim sudah pergi dan memikirkan itu semua salah Rayyan dan tidak berpikir tentang ketentuan Allah, Yang satu pula tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri dan baginya dia tidak layak untuk bergabung dengan mereka lagi kerana disebabkan dia Tengku Rey Rahim pergi meninggalkan mereka.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...