"Not funny Yasmin."
Langkah Naylea yang baru mahu mendekati Tengku Hael terus terhenti. Bibirnya terus dikemam. Hanya matanya yang memandang Tengku Hael. Kelihatan lelaki itu yang sedang duduk diruang tamu tanpa menyedari kehadirannya. Dia baru balik dari kerja dan melihat lelaki itu yang sedang khusyuk menghadap Laptop nya. Niat mahu menegur tetapi jelas lelaki itu sedang berhubung dengan Yasmin.
Langkah kembali diteruskan tetapi bukan kearah Tengku Hael malah menuju ketangga. Taknaklah dia kacau lelaki itu.
Tengku Hael pantas mengangkat pandangannya ketepi apabila menyedari kehadiran Naylea. Jelas gadis itu hanya melintasinya tanpa menegur. Kening dikerutkan. Selamba je budak tu jalan tanpa menegurnya.
But nevermind.
Dia kembali menumpuhkan perhatiannya kearah Yasmin. Yasmin lagi menarik perhatiannya. Lantaklah budak tu nak buat apa. Yasmin kemain rancak bercakap disebalik skrin Laptop nya dan dia sesekali tergelak melihat tingkah kekasih hatinya itu.
Naylea yang baru berada ditengah-tengah tangga itu menunduk memandang kakinya apabila merasakan ada sesuatu yang merayap dari situ. Mengecil pandangan dia dan kini matanya dihiasi dengan si kecil itu yang kemain rancak berkeliaran atas kakinya.
Seketika membulat besar Mata Naylea.
"ARGHH! LI--LIPAS!" Bergema suara Naylea diruangan itu. Kakinya diangkat sebelum tangannya memukul-mukul kakinya. Lagak menepis. Kalau tadi lipas itu berada dikakinya tetapi kini kelihatan lipas itu sudah terbang. Semakin menjadi-jadi jeritan Naylea.
"ABAH!"
Laju dia menuruni anak tangga kembali. Sebelum berlari keruang tamu. Apabila melihat kelibat dihadapannya yang sudah jelas berdiri mungkin terkejut dengan jeritannya tanpa berpikir panjang terus dia melompat keatas tubuh tegap itu.
"Li-ipas, lipas..." Bergetar bibir dia mengungkapkan itu. Dan tanpa sedar wajahnya disembam kebatang leher lelaki itu. Tangan Kecilnya juga sudah memeluk erat leher lelaki itu. Kedua kakinya kemas melilit dipinggang lelaki itu.
Tiba-tiba suasana dirasakan sunyi. Padahal baru tadi gadis itu habis menjerit. Lelaki itu terkaku. Tangannya yang tanpa sedar spontan terlilit dipinggang kecil itu akibat menghalang tubuh itu dari terjatuh sebab melompat secara tiba-tiba. Hanya matanya yang terkebil-kebil. Dia cuba menghadam apa sebenarnya yang sudah berlaku. Gadis disebalik skrin laptop itu juga turut terkedu melihat aksi kedua pasangan dihadapannya.
Laju Nafas Naylea menampar batang leher Tengku Hael. Sumpah dia takut sangat plus terkejut. Gila geli. Dia kembali mengangkat kepalanya sebelum menoleh kearah tangga tadi. Dia masih tidak menyedari dengan posisinya.
"De--dekat situ ada li--lipas." Tangannya menunjuk kearah tangga sebelum dia menoleh kearah Tengku Hael. Seketika bagaikan dunia dia terhenti apabila matanya dan mata milik lelaki itu bertembung. Naylea terkedu. Dan tiba-tiba jantung dia berdegup laju.
Lama mereka berbalas pandangan. Masing-masing terkaku. Tengku Hael dapat merasakan detakkan jantung dia yang sudah tidak normal itu. Posisi mereka masih sama. Dengan Naylea yang berada digendongannya. Dan tangan sebelah gadis itu masih setia menunjuk kearah tangga manakala yang satu lagi masih erat memeluk lehernya. Dan kedua tangannya pula masih kemas dipinggang kecil itu.
Yasmin yang menjadi saksi melihat keintiman posisi kedua pasangan suami isteri itu mengemam bibirnya. Tidak dia nafikan. Sumpah sakit melihat aksi dihadapannya. Bagaikan ada benda tajam yang menyucuk tangkai hatinya. Liur ditelan payah. Dan kelopak matanya dikedipkan berkali-kali cuba menghalang sesuatu dari terjatuh.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...