HAEL-NAYLEA | 39

38.6K 1.8K 315
                                    

Mereka semua memandang kearah Naylea yang baru saja sampai dirumah keluarga Puan Daayah, Lagi-lagi Nenda. Mata tuanya tidak melepaskan pandangan daripada cucu menantu kesayangannya yang baru saja sampai dihadapan mereka.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat berita seperti ini, Dan dia pun tidak teragak-agak terus datang kesini.

"Nenda." Sapa Naylea lembut, Terus dia berjalan mendekati Nenda sebelum meraih tangan wanita itu, Dikucup lembut tangan tua itu sebelum dia kembali mengangkat pandangannya kearah Nenda. Senyuman manis dilemparkan kearah wanita tua itu.

Nenda tidak membalas apa-apa malah tangannya naik mengusap pipi kemerahan Naylea, Dalam menahan sebak Nenda menarik satu senyuman. Tersentuh hati tua dia melihat raut wajah cucu menantunya.

Rasa bersalahnya semakin membuak, Dia tidak dapat menghalang cucunya, Inipun dia baru balik daripada berjumpa dengan keluarga Yasmin, Tengku Hael akan melangsungkan perkahwinan dengan Yasmin dalam seminggu ini lagi.

Puan Daayah memandang belakang tubuh kecil anak keduanya, Kalau keluarga Tengku Hael tidak datang hari ini, Sampai sekarang mereka sekeluarga tidak tahu apa-apa, Naylea tidak langsung menceritakan pasal ini.

Dan betapa hancurnya hati dia apabila mengetahui anaknya akan diduakan. Ibu mana saja yang tidak sakit melihat anaknya disakiti?

"Nenda minta maaf." Ucap Nenda penuh rasa bersalah, Dia gagal, Tengku Hael tidak mahu mengalah dengannya, Cucunya itu masih mahu berkeras walaupun macam-macam yang dia ugut, Macam-macam dia bagi nasihat, Tetapi Tengku Hael tetaplah Tengku Hael, Tiada siapa dapat tandingi cucunya itu.

Keras kepala dia kalah segala Hiblis, Shytan, Dekjal. Firhaun hm...

Hujungnya mereka semua mengalah, Dan dia terpaksa berjumpa dengan keluarga Yasmin, Memandangkan Tengku Irene tidak mahu melakukannya maka dialah yang wakil. Kalau bukan dia berkeras Tengku Hisyam juga tidak mahu melakukannya. Walau macam manapun, Mereka kena hormat keluarga Yasmin, Dah cucunya sudah berkeras apa lagi yang mampu mereka lakukan?.

Naylea memandang kejap wajah sungul Nenda, Mendengar permohonan maaf daripada Nenda membuat dada dia sempit, Gigi diketap cuba menahan sesuatu, Senyumannya semakin dilebarkan.

Naylea bertindak mengucup dahi Nenda, Dia rindu pula wanita tua ini, Hampir sebulan lebih dah tak jumpa Nenda, Baru hari ini dia bertemu kembali dengan wanita ini.

"Janganlah minta maaf macam ni, Nenda tak salah pun." Pujuk Naylea lembut, Nak buat macam mana lagi? Kalau dia yang hadap ni pun kalah apa tah lagi yang lain, Tangan tua Nenda diusap perlahan, Tiada siapa yang salah pun kalau Tengku Hael nak kahwin, Dia bukan tak nampak usaha keluarga Tengku Hael untuk pertahankan dia macam mana. Walaupun Tengku Hael tidak sukakan dia, Tapi keluarga Tengku Hael melebihi segalanya. Merekalah keluarga keduanya.

Yang paling Ter masalahnya Tengku Hael sekarang ini.

Tengku Irene menghela nafas kecil, Melihat menantu nya seperti itu membuat hatinya tersentuh, Mereka tahu, Naylea cuba untuk kelihatan kuat diluar, Tapi dalaman wanita itu, Tiada siapa yang tahu, Dia yang sudah begini pun tidak ingin bermadu apatah lagi seperti Naylea yang masih muda.

Kenapa anak dia tergamak sangat melakukan sejauh ini terhadap menantunya?

Naylea berpusing memandang uminya, Kelihatan wajah sedih uminya, Sekali lagi Naylea mengukirkan senyuman lebar.

Aih uminya, Naylea mendekati uminya, Sebelum mengambil tempat disebelah wanita kesayangannya itu. Tangan tua uminya dicapai sebelum diusap lembut.

"Anak umi okey?" Soal puan Daayah prihatin, Dia mengusap perlahan kepala Naylea, Terangguk laju wanita muda itu dibuatnya, Siap tangannya ditepuk oleh Naylea, Semakin sebak umi melihat anaknya itu.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang