HAEL-NAYLEA | 49

41.2K 1.7K 81
                                    

Naylea terus saja menolak Tengku Hael daripada terus memeluknya, Jelas lelaki itu terundur setapak kebelakang, Kini mata mereka berdua memandang seorang gadis yang sudah mula mengatur langkah mendekati mereka.

Tengku Hael hanya menatap biasa gadis dihadapannya, Manakala Naylea terkebil kejap memandang kelibat dihadapannya, Bebola matanya memandang atas bawah susuk tubuh gadis dihadapannya jelas kening dia terangkat sikit melihat cara pemakaian gadis dihadapannya.

"Eh kenapa lepas? I ganggu ke?" Soal kelibat itu apabila sampai saja dihadapan mereka, Jelas suaranya kedengaran sinis. Tangannya juga naik memintal-mintal rambut sendiri dan sesakali mencuri pandang kearah wanita dihadapannya. Pandangan mengejek dilemparkan.

Naylea tidak membalas malah hanya menatap kosong gadis dihadapannya, Balik dah.

"Hai madu, Lama tak nampak you pergi mana? Lari ke?" Sambung gadis itu lagi, Kini dia sudah memandang sepenuhnya wanita dihadapannya, Atas bawah diteliti tubuh kecil dihadapannya dan berhenti di perut bulat wanita itu. Seketika dia mencebik kecil melihat itu.

Ceh.

"Yasmin." Kedengaran suara garau Tengku Hael yang tertahan itu menyeru nama isteri keduanya, Seakan memberikan amaran kearah gadis dihadapannya. Wajahnya mula berubah riak. Tidak suka dengan cara Yasmin bercakap.

Naylea yang mendengar itu sudah menjulingkan matanya keatas. Bagus. Bertambah masalah dia. Tidak membalas apa-apa Naylea berpusing sebelum terus mengatur langkah meninggalkan keduanya disitu. Buang masa jika terus berada disitu. Lebih baik dia naik atas siap-siap nak pergi rumah umi.

Tengku Hael hanya memandang kepergian Naylea dengan ekor matanya, Sampailah wanita itu menghilang, Dia mengeluh dalam diam. Manakala Yasmin sudah mencebik melihat keselambaan wanita mengandung itu.

"Eleh sombong." Perlahan saja suaranya kedengaran kini dia mula memandang Tengku Hael. Kelihatan suaminya itu turut memandangnya. Tetapi jelas dimatanya pandangan kosong lelaki itu terhadapnya, Terus Yasmin tersenyum lebar melihat Tengku Hael.

"Hai sayang. Apa kha--"

"Reti balik rupanya. Ingat dah sesat tak tahu jalan balik rumah ni." Belum sempat dia menyapa Tengku Hael terus saja mencantas percakapannya. Perlahan Yasmin mengemam bibirnya dan tangan naik menggaru hujung keningnya, Jelas dimatanya wajah dingin Tengku Hael.

"Hala, Sorrylah tahulah I pergi haritu tak bagitahu you. Janganlah sindir-sindir I. I dah balik dah pun kan?" Ujar Yasmin sebelum semakin mendekati Tengku Hael, Tetapi laju saja lelaki itu mengelak daripada terus didekatinya, Terkebil-kebil Yasmin dibuatnya, Marah sangat ni.

Maklumlah dua bulan lepas. Dia pergi luar negara mana bagitahu Tengku Hael. Tunggu dia sampai sana baru dia bagitahu lelaki ini. Sempat juga lelaki ini mengamuk tapi. Nak buat macam mana. Dia dah pergi dah pun. Dah selamat sampai dah pun. Siap dah balik pun. Hmm.

"Don't come closer. Kau pergi tak bagitahu aku, Kau dah macam pijak maruah aku sebagai suami tau Yasmin. Lepastu sekarang datang macam tak buat salah, Kau ingat kau siapa?" Bidas Tengku Hael tak puas hati, Semakin tegang wajahnya. Jelas marah dengan kelakuan Yasmin terhadapnya, Dah macam gaya tiada suami. Senang-senang pergi lepastu suka hati berbulan-bulan disana.

Melihat kemarahan Tengku Hael Yasmin menghela nafas kecilnya, Nak lawan tapi tak mampu. Dah terang-terang salah dia. Takkan nak bela diri sendiri padahal memang salah sendiri.

"Okey-okey. I minta maaf okey? Janganlah marah. I baru sampai tau Hael. You tak kesian ke?" Muka simpati ditayangkan dihadapan Tengku Hael, Mengalah jelah walaupun hatinya meronta mahu melawan mempertahankan ego sendiri. Dia tidak tipu tapi dia betul-betul penat sekarang. Dahlah dia sejak kebelakangan ini terlampau sibuk. Tiada masa nak rehat sangat. Tidur pun tak cukup. Inikan tidur makan pun kadang dia lupa.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang