HAEL-NAYLEA | 44

40K 1.8K 92
                                    

Naylea khusyuk menonton drama di tv tangannya mengusap perlahan perutnya yang sudah memboyot besar. Iyup dah 5 bulan. Sedar tak sedar dia sudah 4 bulan berada disini bersama Nenda.

"Naylea, Sini makan." Kedengaran suara Nenda yang berada ruang dapur menjerit memanggil namanya, Tegak terus tubuhnya sebelum kepala dipaling. Terkebil sekejap dia.

"Baik Nay datang." Dengan bersusah payahnya dia bangun dari labuhannya, Berjaya saja terus dia mengatur langkah ingin menuju keruang dapur, Masuk saja kedalam dapur dia tersenyum kecil, Nenda dengan pembantu lain tengah sibuk hidangkan makanan, Dia? Dia goyang kaki je dalam rumah ni. Nenda yang tak suruh, Tak sangka Nenda boleh-boleh tegas dalam hal ni sampaikan dia pun tak mampu nak membantah.

"Sini sayang duduk." Pelawa Nenda apabila perasan kelibat Naylea yang sudah berjalan menghampiri mereka. Naylea terus saja mengangguk sebelum mula menarik satu kerusi dan dia mula melabuhkan punggungnya disitu, Matanya meliar memandang satu persatu lauk yang dimasak oleh Nenda, Mak aih terliur.

Nenda turut mengambil tempat duduknya ditepi Naylea, Seperti biasa pembantunya akan pergi, Diajak sekali makan mana pernah mahu, Masalah, Meja makan punya luas banyak kosong hanya dia dengan Naylea saja yang makan disini, Pembantu dia selepas mereka makan baru makan.

Dah orang taknak siapa kita nak paksa? Mungkin tak selesa makan bersama dengan dia. Nak buat macam mana. Pasrah jelah. Takde Naylea memang makan sorang-sorang lah dia.

"Esok Nenda taknak ikut Nay?" Soal Naylea lembut, Sengaja. Dipandang Nenda yang sibuk menyendok nasi kedalam pinggan itu, Esok dia kena balik sebab nak checkup baby. Dekat sini ada je klinik berdekatan tapi dia biasa dengan dokter Fasya. Dalam 4 bulan ni bukan dia sepenuhnya dekat sini, Ada je dia balik sana sebab temu janji dengan dokter Fasya. Lepastu balik sini lagi. Begitu jelah. Dan esok dia kena pergi lagi.

Selalu Nenda teman, Tapi kali ini Nenda taknak ikut sebab ada kenduri katanya, Kawan Nenda kenduri esok jadi Nenda tak dapat teman dia.

"Nenda nak ikut tapi kawan Nenda nak buat kenduri, Nay jelah pergi ye, Kali ini Nenda tak dapat teman Nay." Kedengaran rasa bersalah sikit suara Nenda, Naylea hanya tersenyum kecil, Tak kisah pun. Dia bukan tak boleh pergi tanpa Nenda. Driver ada je bukan dia yang pandu sendiri. Jadi apa susah?

"Eh takpela, Nay okey je." Ujar Naylea lembut sebelum dia mula menyuapkan makanan kedalam mulutnya.

"Esok pergi sana terus balik sini ke stay sana dulu?" Soal Nenda sambil menatap lembut cucu menantunya, Selalu mereka pergi Naylea ajak tidur sehari dulu dekat rumah keluarganya sebelum kembali balik sini. Ada juga mereka berdua terus balik lepas checkup.

"Macam biasa Nenda. Nay jumpa umi dulu." Mengangguk faham Nenda mendengar itu.

"Yalah kalau macam tu, Dah makanlah cepat."

"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang