Naylea mencelikkan kelopak matanya perlahan, Kening berkerut apabila merasakan sesuatu yang berat melilit dipinggangnya, Perlahan dia mengangkat selimut yang menutupi tubuhnya, Dari matanya yang masih kecil akibat masih mamai serta merta terbuka luas apabila melihat tangan berurat seseorang yang sedang melipat dipinggangnya.
Laju dia bangun daripada baringnya sebelum memalingkan kepala kebelakang, Gigi diketap kuat apabila kini matanya sudah dihiasi dengan kelibat Tengku Hael yang sedang terlena disebelahnya.
Bagaimana dia boleh lupa yang dia tidur bersama lelaki ini semalam? Tengku Hael buat hal semalam nak tidur sekatil bagai, Padahal dia dah prefer nak tidur dibawah lantai daripada tidur bersama diatas katil dengan lelaki ini.
Tetapi Tengku Hael mengugut dia macam-macam, Nak bagitahu umi itu inilah. Sampaikan dia pasrah dan tidur diatas katil saja. Tidur je takpelah, Ni nak main peluk-peluk orang dah kenapa? Buang tebiat ke lelaki ni.
Satu jelingan diberikan kepada lelaki itu yang masih terlena, Dengan kasar Naylea menyelak selimut sebelum dia bangun dari katil, Baik dia mandi sekarang, Kejap lagi solat subuh nak masuk dah. Tempat penyangkut tuala menjadi tujuan dan almarinya, Segala keperluannya diambil. sebelum Naylea menghilangkan diri masuk kedalam bilik air.
Bunyi pancuran air dari dalam bilik air berjaya menganggu lena Tengku Hael, Kelopak matanya dibuka perlahan, Terus rambutnya yang serabai dikuak kebelakang. Tubuh sasanya perlahan dibawa menyandar dikepala katil. Kepala dipalingkan sekilas kearah pintu bilik air yang tertutup rapat, Sebelum anak matanya bergerak melihat kearah jam yang elok tergantung didinding hadapannya.
Lagi berapa minit nak masuk subuh dah.
Kedengaran pintu bilik air terbuka dari dalam, Laju Tengku Hael menoleh kearah itu, Kelihatan Naylea yang sudah kemas memakai telekung itu sudah melangkah keluar, Semua gerak geri wanita itu diperhati, Naylea masih tidak menyedarinya. Kelihatan tubuh kecil itu melangkah kehujung bilik sebelum menyangkut kembali tuala yang mungkin digunakan oleh wanita itu tadi.
Pusing saja kebelakang Naylea sedikit terkelu apabila anak matanya bertembung dengan anak mata milik lelaki itu, Terkebil-kebil Naylea sekejap sebelum laju melarikan anak matanya ketempat lain. Kenapa dia tidak perasan yang lelaki itu sudah bangun. Tidak menghiraukan lagi pandangan daripada lelaki itu, Naylea mencapai sejedahnya. Bersedia mahu dibentang.
Tengku Hael terus bangun dari katil dan berjalan kehujung bilik itu, Mahu mengambil tuala Naylea, Dia pun kena mandi nanti tertinggal subuh pula.
"Tunggu aku, Kita solat sama-sama." Perkataan yang terkeluar daripada mulut lelaki itu berjaya membuat Naylea berpusing dan menghadap lelaki itu, Rasanya dia tidak salah dengarkan? Tak pernah-pernah Tengku Hael ajak dia solat bersama, Baru sekarang.
Walaupun pernah berbaik dengan Tengku Hael tetapi meraka tidak pernah solat sama-sama. Rasanya Tengku Hael terlupa sesuatu ni.
"Saya solat sendiri." Lembut saja suara Naylea menolak ajakan Tengku Hael, Ditatap kosong lelaki itu, Tengku Hael ni kena sempuk eh, Tu berkelakuan pelik-pelik sekarang ini.
"No, Solat dengan aku." Ujar Tengku Hael lagi sekali, Tatapan kosong Naylea kepadanya dibalas lembut, Salah ke nak solat sama-sama? Bukannya buat apa pun. Kedekut betul budak Naylea ni. Naylea tergelak kecil, Kedengaran sinis, Hujung keningnya sempat digaru perlahan.
"Did you forget something Tengku Hael? Nak saya ingatkan ke? Sebab saya ni ingat sangat-sangat dan takkan pernah lupa tau." Senyuman manis Naylea ukir, Kedua keningnya terangkat, Jelas kini dimatanya wajah keliru Tengku Hael, Mungkin tak faham dengan kata-katanya.
"Lupa yang awak takkan sesekali nak solat bersama saya? Ah kalau yah pun bukan dengan saya dengan Yasmin kan? Sekarang ni apa ye? Maaflah Tengku Hael, Saya ni Naylea bukannya Yasmin, Jangan cuba tryhard nak solat dengan saya sekarang, Sebab saya benci, Benci awak, You got it?" Lembut suara Naylea memulangkan paku kepada Tengku Hael, Masih dia ingat dengan jelas amaran Tengku Hael masa-masa mereka baru kahwin dua bulan yang lalu, Pertama kali dan terakhir dia mengajak Tengku Hael untuk solat sama-sama. Sebab amaran pedas Tengku Hael dulu berjaya berkesan dalam hati dia sampaikan hari ini.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...