"Jangan susahkan Nenda sangat dekat sana ye, Ada apa-apa call umi je." Pesan puan Daayah terhadap anaknya, Muka juga sengaja diriak garang, Tak boleh ikut tinggal dekat kampung teman anak kedua dia memandangkan tak boleh tinggalkan Naymira disini yang masih ada class.
Terangguk-angguk Naylea mendengar pesanan uminya, Dia sudah dibenarkan keluar hospital pada hari ini, Dan sekarang mereka dihadapan hospital dan dia dengan Nenda sudah bersedia mahu gerak pergi balik kampung. Keluar je hospital tak balik mana-mana rumah pun terus saja gerak.
Nasib baik ada uminya yang baik hati kemaskan semua barang keperluan dia.
"Iya-iya..."
"Nenda dengan Nay, Nak apa-apa call sini terus tau." Sekali lagi Naylea Terangguk kali ini Nenda sekali, Macam-macam. Dah gaya macam jauh sangat dorang tinggal nanti. Macam-macam pesanan ada naik pening mereka berdua.
"Baik bonda..." Meleret suara Naylea sampaikan Tengku Irene tersenggih, Tahu mereka sudah melebih dari dalam lagi dah pesan macam-macam, Siapa je tak penat?
Ngauman motor berkuasa tinggi milik seseorang menarik perhatian mereka, Terus mereka memaling kepala ketepi, Kelihatan Tengku Rayyan yang sudah memarkir tepat dihadapan mereka. Sebelum lelaki itu mencabut helmet yang dipakainya, Tersenggih jejaka tampan itu.
"Nak pergi dah ke?" Soal Tengku Rayyan ramah, Dia lambat datang, Nak jumpa Nenda dengan Naylea sebelum keduanya pergi, Nanti lepas ini dia busy memang payahlah nak jumpa Nenda jumpa Naylea juga.
"Iya nak pergi dah ni." Balas Nenda terhadap cucunya, Kelihatan Tengku Rayyan yang mula turun dari motor mewahnya itu, Tengku Rayyan datang mendekati Nenda sebelum terus mengucup tangan tua itu.
"Take care Nenda, Nanti ada masa Rayyan datang." Ujarnya apabila kembali mengangkat kepalanya, Senyuman diberikan kepada Nendanya sekilas sebelum terus menarik tubuh tua itu kedalam pelukannya.
Nenda hanya tersenyum dan menepuk belakang tubuh tegap cucunya itu.
Kucupan diberikan pula didahi Nenda sebelum Tengku Rayyan melepaskan tubuh tua itu perlahan, Dan dia memusingkan tubuhnya menghadap Naylea yang hanya berdiri memerhati tingkahnya, Semakin lebar senyumannya.
"Hey. You too take care, Jangan merajuk lama sangat tau." Pesannya tapi terselit usikkan, Jelas Naylea mencebikkan bibirnya. Wajah mengejek Tengku Rayyan hanya dipandang dengan dia yang sudah membuat muka.
Merajuk?
Dia merajuk ke? Manada!
"Guraulah, Take your time Naylea, Comeback stronger." Sambung Tengku Rayyan lagi, Kali ini tangan dia yang tersarung tangan itu pula naik mengusap kepala wanita itu yang cantik saja dibaluti tudung, Tersenyum Naylea dibuatnya. Dia hanya mengangguk kecil.
"Kak ngah jangan lama-lama dekat sana tau, Nanti suka pula Nenda dia ada kawan dekat sana, Kejap je tau, Biar padan muka Nenda tiada kawan nanti, Siapa suruh tinggal jauh-jauh." Terjuih-juih mulut Tengku Ishal membidas Nendanya, Bukan apa. Tak puas lagi nak bersama dengan neneknya itu, Sekarang pula nak kena balik dah, Dahlah bawa kakak ipar kesayangannya. Memang makin sedih lah dia, Tiada cuti sebab tu tak dapat ikut sekali.
"Budak ni, Macam-macam." Tergeleng Nenda dengan perangai cucunya itu, Ada je benda budak ni tak puas hati dengannya, Nak ikut cakap! Tak payah sindir-sindir lagi.
"Dahlah jom Naylea kita kena gerak dah sekarang." Nenda sudah mula melangkah untuk memasuki perut kereta yang sememangnya sudah menunggu mereka dari tadi, Sesi peluk memeluk sudah dilakukan tadi jadi apa lagi geraklah. Tengku Rayyan mula menginjak ketepi memberi ruang untuk Naylea.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...