BUK !
"Eh Ya Allah maafkan saya." Gelabah Naylea meminta maaf sebelum kalut dia berpusing kebelakang. Dia sudah melanggar susuk tubuh seseorang. Matanya membulat besar jelas raut wajahnya rasa bersalah. Dan pusing saja kebelakang mulutnya terbuka kecil melihat pakaian susuk tubuh yang dilanggarnya sudah kotor dengan air yang tertumpuh ke baju itu. Semakin tebal rasa bersalah Naylea.
Ya Allah cuainya seorang Naylea Syazal.
"Maaf sumpah saya tak sengaja." Gelas yang dibawanya diletak ke atas meja yang jelas dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan diatas sebelum dia kembali memandang susuk tubuh yang sudah dilanggarnya.
Apabila dia memandang kewajah itu Naylea terkedu kejap. Lah sepupu suaminya. Tengku Rayyan.
Tengku Rayyan memandang tubuh hadapannya yang jelas sudah basah dan kotor dengan kopi yang dibawanya. Rahangnya diketap menahan rasa sebelum dengan perlahan dia mengangkat pandangan dan memandang raut wajah cantik itu jelas sudah berkerut disebabkan serba salah.
Haih nasiblah kau budak. Kalau tak dah lama dia mengamuk. Taklah haha gurau je. Saya budak baik.
"Saya minta maaf." Kedengaran lagi suara lembut itu meminta maaf. Kali ini tubuh kecil itu menunduk sekilas tanda dia betul-betul minta maaf. Tengku Rayyan hanya terdiam memandang kelakuan gadis dihadapannya. Dia tidaklah marah. Cuma tulah terkejut sikit. Nasib baik baju dia berlapis kalau tak. Memang meraung lah dia. Air yang dia bawa panas tahu.
"Nah. It's okey." Lembut saja suara Tengku Rayyan. Senyuman nipis dia ukir dihadapan gadis itu. Dia bertindak melintasi tubuh kecil itu sebelum dia meletakkan gelas yang dibawanya keatas meja. Tangan dia mula menghilangkan sisa kotor dibajunya. Naylea yang melihat itu pantas membuka begnya sebelum tisu basah yang selalu dia bawa diberikan kepada lelaki itu.
"Guna ni. Maafkan saya." Perkataan maaf tidak lekang dari bibirnya. Sumpah dia rasa bersalah sangat. Dia lepas ambil air miliknya tanpa menoleh atau melihat sekeliling selamba mengundurkan dirinya. Tahu-tahu dah terlanggar lelaki ini.
Tengku Rayyan tanpa menolak terus saja mengambil tisu basah yang dihulur kepadanya. Bolehlah tahan malang dia hari ni ye.
Naylea sudah kekok. Dia hanya memandang lelaki itu yang sibuk mengelap bajunya. Mereka masih berada disyarikat Tengku Hael. Lepas makan nanti dia mintalah izin nak pergi kerja.
"Janganlah tunjuk muka kau macam tu. Small matter lah haha." Dihujung ayatnya Tengku Rayyan tergelak kecil. Muka gadis itu dia takleh betul. Macam buat kesalahan paling besar tahu. Padahal kecil je.
Naylea tersenggih. Tangan naik menggaru hujung keningnya. Nasiblah dia terlanggar Tengku Rayyan. Kalau orang lain? Mampus dia kena maki tau. Tetapi walaupun begitu dia masih kekok dengan situasi ini.
"Nah ambil balik. Thank you." Tengku Rayyan menghulur kembali tisu basah kearah Naylea. Dan senyuman nipis masih dia ukir kepada gadis itu.
"Kak Ngah, Abang Yan!" Terus mereka berdua menoleh apabila kedengaran seseorang menjerit memanggil mereka dari tepi. Kelihatan kelibat Tengku Ishal datang mendekati mereka.
"Oyemgi. Abang Yan kenapa dengan baju tu?" Soal Tengku Ishal sedikit terkejut apabila melihat baju Tengku Rayyan yang sudah kotor itu. Memuncung bibir Tengku Ishal menunjuk kearah baju Tengku Rayyan.
"Akak tak sengaja terlanggar. Lepastu kopi tertumpah kat baju dia hehe." Perlahan saja Naylea menjawab. Takpe biar dia saja yang menyampuk. Malu dah dia tahu dengan Tengku Rayyan. Dengan Tengku Ishal juga. Kenapalah diri ini cuai sangat.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...