4 bulan kemudian
Syed Zaquel mengalihkan pandangan daripada terus menatap gajetnya seketika dia menghentikan langkahnya secara mengejut apabila melihat susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya sedang memeluk lengan seorang lelaki. Dan keduanya berjalan bahagia mendekati meja kaunter utama hotel.
Mengecil pandangan Syed Zaquel cuba memastikan lagi kalau dia tidak salah tengok.
Betullah!
Perlahan-lahan dia cuba mendekati kaunter tersebut tetapi tidak sempat mendekati kedua pasangan itu kelibat itu terus melangkah pergi. Mungkin sudah selasai menempah.
Syed Zaquel hanya memandang kepergian kedua pasangan itu dipandang sampailah menghilang.
Laju Syed Zaquel mendekati pekerja perempuan yang menjadi penjaga kaunter disitu.
"Tuan Muda."
Sapa gadis tersebut apabila melihatnya, Syed Zaquel hanya tersenyum nipis. Dia memandang kejap gadis dihadapannya.
"Orang tadi tempah berapa bilik eh?" Soal Syed Zaquel perlahan, Entah kenapa hati dia tiba-tiba terasa tidak enak. Mustahil! Sangatlah mustahil. Takkan sanggup melakukan perkara bodoh seperti yang dipikirkannya sekarang.
Harapnyalah tak betullah.
"Satu Tuan Muda." Mendengar itu Syed Zaquel mengetap kuat rahangnya, Tanpa mengucap terima kasih dia melangkah menjauhi kaunter tersebut.
Dia mula menekan-nekan skrin gajetnya sebelum mendail nombor seseorang, Gajet terus dilekap ketelinganya. Dan tidak menunggu lama panggilannya disambut.
"Hael. Kau datang hotel aku sekarang. SEKARANG HAEL!"
Langkah masing-masing terhenti dihadapan satu bilik hotel milik Syed Zaquel yang bernombor 54, Satu anggukkan daripada Syed Zaquel dan terus kelihatan seorang pekerja lelaki mula membuka pintu tersebut menggunakan kunci mereka. Dia mencabut kunci tanpa membuka pintu tersebut. Selasai dengan kerjanya dia menginjak ketepi memberi ruang kepada mereka yang lain.
Tengku Hael mula berdiri dihadapan pintu tersebut, Tidak memulas terus tetapi dia menarik nafas perlahan. Jantung dia yang sudah berubah rentak cuba ditenangkan. Kedua tangannya digenggam penumbuk.
Tengku Razzaq, Syed Zaquel dan juga Syed Luth yang turut berada disitu hanya menanti tindakkan dari Tengku Hael, Bukan Tengku Hael saja yang dihubunginya malah Tengku Razzaq dan Syed Luth. Tidak ketinggalan Tengku Rayyan tetapi tidak tahu jika jejaka itu akan datang atau tidak.
Tangannya sudah naik bersedia mahu memulas pintu tersebut. Buka saja Tengku Hael perlahan-lahan menolak pintu tersebut. Dia mula melangkah masuk kedalam tetapi dia terhenti. Tangannya yang memegang tombol pintu itu mula mengenggam kuat, Jelas urat-urat tangannya timbul.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...