HAEL-NAYLEA | 28

39.2K 1.8K 113
                                    

Naylea mencelikkan kelopak matanya perlahan, Tangannya terus naik mengurut dahinya apabila dia merasakan sedikit pening.

Dibawa tubuhnya bangun untuk menyandar dikepala katil, Dan dia termenung memandang hadapannya, Matanya terasa berat, Dia tahu mungkin mata dia masih bengkak.

Entah berapa lama dia tidak sedarkan diri, Dan pukul berapa sudah sekarang dia tidak tahu, Kesemua tingkap dalam biliknya kini tertutup rapat, Biliknya terang menderang saja, Dia tidak tahu kalau masih pagi atau dah malam ke sekarang ini.

Lama-lama termenung tanpa sedar air matanya kembali mengalir perlahan, Lama dia melayani perasaan sendiri, Dan semakin menjadi-jadi air matanya mengalir laju, Tinggal tunggu esakan dia pecah saja.

Naylea bertindak mengesot ketepi katil apabila mendengar pintu biliknya dibuka dari luar, Tidak menghiraukan lagi kesakitan ditubuhnya Naylea pantas bangun, Kesakitan yang dirasakan ditubuhnya tidak setanding sesakit hatinya.

Tanpa memandang kelibat yang membuka pintu biliknya Naylea terus saja mengatur langkah kearah bilik air. Tetapi dipertengahan jalan dia memejamkan rapat kelopak matanya apabila kelibat itu sudah berdiri betul-betul dihadapannya menghalang laluan dia. Langkah dia turut terhenti.

Tengku Hael menatap wajah pucat dihadapannya, Lega apabila wanita itu sudah sedarkan diri, Pukul lapan malam baru Naylea sedarkan diri, Dan berapa kali dah dia keluar masuk bilik hari ni sebab-sebab nak tengok kalau Naylea sudah sedarkan diri.

"Mandi, Lepastu kau makan." Arah Tengku Hael tanpa nada, Matanya masih tidak mengalihkan pandangan daripada wajah cantik itu, Jelas dipandangan dia ada bekas aliran air mata diwajah wanita itu. Kelihatan sangat Naylea baru lepas menangis.

Naylea hanya diam membisu, Mata masih setia dipejam, Tiada kekuatan untuk menatap seraut wajah tampan dihadapannya, Takut emosi tidak terkawal lagi, Dia penat, Jadi dia nak tenang sekejap, Sekejap pun takpe.

"Go Naylea." Mendengar itu Naylea kembali mencelikkan matanya tetapi pandangan dilemparkan ketepi lelaki itu saja, Dan tanpa mengeluarkan sebarang bicara dia berginjak ketepi sebelum dia melintasi Tengku Hael.

Terus kaki menuju kebilik air, Dan Naylea menghilang diri masuk kedalam. Tidak lupa pintu dihempas sekuat hatinya.

BAM !

Tengku Hael tercengang seketika, Dia hanya terkaku ditempat dia berdiri, Sebelum satu Keluhan kasar terlepas daripada bibirnya.

Naylea berpusing kebelakang, Perlahan tangannya dialihkan daripada terus memegang tombol pintu bilik air itu, Kalau tadi air matanya sanggup ditahan di depan Tengku Hael, Sekarang mutiara itu mengalir kembali malah lebih deras.

Tubuhnya juga sudah menggigil kecil dan kaki digagahkan mendekati pili shower yang berada dihadapannya.

Tangannya yang mula terketar itu membuka pili shower tersebut, Dan dia berdiri betul-betul dibawah pancuran air itu, Matanya semakin kabur dan dia hanya tertunduk memandang lantai bawah. Tidak menunggu masa yang lama, Baju kemeja yang dipakainya sudah basah kuyup, Seluruh tubuh dia sudah basah.

Dan esakan yang sedari tadi ditahan pecah juga akhirnya, Perlahan dia menyandarkan tepi tubuhnya kedinding tandas, Lutut terasa longlai dan tangisan dia semakin menjadi-jadi.

Bagaimana lagi dengan nasib dia lepas ni? Tengku Hael dah ambil satu-satunya harapan yang dia ada, Kalau lelaki itu betul-betul mahu melepaskan dia, Kenapa sanggup memperlakukan perkara ini kepadanya?

Kenapa Tengku Hael kejam sangat terhadapnya? Apa dosa yang dia buat dekat lelaki itu sampaikan Tengku Hael melakukan semua ini kepadanya.

Benci sangat ke Tengku Hael kepadanya? Perlu ke buat macam ni dekat dia? Perlu ke hancurkan kehidupan dia? Tak cukup ceraikan dia nanti, Tengku Hael merampas pula mahkota yang dijaganya selama ini.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang