"Ngah, Jomlah teman ambilkan mangga, Nak makan..." Merengek Tengku Inaya meminta untuk Tengku Hael kaitkan mangga yang berada dibelakang rumah Nenda. Adik keduanya yang elok terbaring disofa ruang tamu sambil bermain telefon itu dipandang penuh berharap.
Memandangkan yang tua-tua tiada dekat sini sebab Nenda bawa jalan-jalan katanya nak berkenal-kenal dengan orang kampung, Hanya mereka yang muda-muda saja tinggal sekarang ini.
Jadi memang minta Tengku Hael lah kaitkan.
Naylea yang turut berada disitu menoleh kearah kedua adik beradik itu, Dia khusyuk tengok tv tadi tapi dengar Tengku Inaya cakap pasal mangga terasa nak menyibuk pula.
Mangga! Sedap tu, Dia perhati je buah tu tau.
Bebola matanya bergerak memandang kedua beradik tu bersilih ganti, Kelihatan Tengku Hael masih fokus dengan gajetnya itu.
Tengku Hael memandang kejap kakaknya sebelum dia kembali menatap skrin gajetnya, Line tengah elok jadi dia nak bergayut dengan Yasmin, Memandangkan gadis itu free sekarang ini.
"Malaslah, Tak pandai."
Jawabnya acuh tak acuh, Tengku Inaya mencebik mendengar alasan daripada adiknya itu, Tengku Hael ni betul je adik dia tapi mana pernah senang kena suruh budak ni, Kena paksa berkali-kali baru nak. Menyampah ada adik lelaki tetapi perangai keras kalah batu ni.
Naylea hanya tergeleng, Lambat lagi kalau Tengku Hael yang nak diharapkan, Pemalas!
"Eh Yan." Tengku Inaya tersenggih apabila melihat kelibat Tengku Rayyan yang melintasi mereka, Mungkin lelaki itu mahu kedapur ke atau kemana dia tidak pasti, Tengku Rayyan terus menoleh kearah mereka, Senyuman kecil terbit dibibir jejaka itu, Dan dia datang menghampiri mereka, Sempat matanya menangkap kelibat Tengku Hael yang elok berbaring disofa ruang tamu itu.
"Ye Kak Naya kenapa?" Sopan suara dia bertanya, Dan kedua tangannya dimasukkan kedalam poket seluarnya manakala kening terangkat kearah Tengku Inaya. Jari Tengku Hael terhenti sekejap daripada menekan-nekan skrin gajetnya apabila mendengar suara garau milik sepupunya itu, Terus berubah reaksi wajahnya tetapi dia tidak pula menoleh. Tidak lama sebelum dia kembali menekan-nekan skrin gajetnya kembali.
Seakan tidak terkesan dengan keadaan sekelilingnya.
"Nak tak teman akak kaitkan buah mangga?" Kata Tengku Inaya sebelum dia tersenggih-senggih dihadapan adik sepupunya itu, Naylea turut memandang Tengku Rayyan. Seketika Tengku Rayyan tergelak kecil melihat tingkah kakak sepupunya itu.
"Jomlah."
"Yeay!" Tengku Inaya terjerit kecil tangan turut ditepuk perlahan, Dia menoleh kearah Naylea sebelum mengajak adik iparnya, Naylea tidak menunggu lama laju saja dia bangun dari duduknya dan mendekati Tengku Inaya.
"Jom-jom." Tengku Inaya berjalan mendahului Naylea dan Tengku Rayyan sebelum keduanya itu mengekori dia dari belakang, Manakala Tengku Hael tidak ternganggu pun, Lelaki itu kelihatan terleka dengan gajetnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...