HAEL-NAYLEA | 52

44.6K 1.8K 50
                                    

Tengku Hael memberhentikan keretanya secara mengejut. Pintu dibuka kasar sebelum dia melangkah keluar. Jelas wajahnya tegang dan urat-urat hijau kelihatan ditepi dahinya.

Pintu kereta kembali ditutup kasar, Pandangannya tajam. Dia mula mengatur langkah untuk masuk kedalam. Rata-rata manusia memandang kearahnya tetapi tidak dipedulikan.

Lapangan terbang.

Ye. Dia berada dilapangan terbang mahu menghalang Yasmin untuk pergi, Berderau darah dia apabila sampai saja dihospital untuk menjemput Yasmin setelah ditahan dihospital selama 2 hari mendapat berita bahawa Yasmin sudah keluar duluan sebelum dia sampai. Paling dia terkejut apabila mendapat tahu Yasmin bukan balik kerumah malah datang kelapangan terbang. Bersedia mahu fly entah kemana lagi.

Betul-betul melampau.

Matanya yang tajam melihat sekelilingnya. Cuba mencari kelibat Yasmin. Dia tahu gadis itu belum pergi. Semakin laju langkah Tengku Hael menuju ketempat pelepasan itu. Nafasnya sudah tertahan-tahan. Wajah kemerahan menahan kemarahan yang mungkin bakal meletus.

"YASMIN WARDEENA!"

Suasana disitu yang tadi kedengaran bising saja kini tiba-tiba menjadi hening. Suara Tengku Hael lantang bergema disitu. Tidak memikirkan orang-orang yang jelas sudah terdiam akibat terkejut dengan suara lelaki itu. Menderu kasar nafas Tengku Hael melihat Yasmin yang elok saja dikelilingi oleh orang-orang disitu mungkin peminat kepada gadis itu.

Gadis itu tidak bersendirian, Tetapi bersama team-teamnya yang lain. Semakin menggelegak hati Tengku Hael melihat itu.

Terkejut besar Yasmin apabila mendengar suara garau yang jelas kedengaran garang itu. Kini penglihatan dia sudah dihiasi dengan wajah bengis Tengku Hael yang berada dihadapannya. Berdegup laju jantung dia melihat raut wajah lelaki itu. Kelihatan bodyguard yang diarahkan menjaganya kini semakin menolak peminat-peminatnya untuk menjauh.

You are done Yasmin.

"Hael--"

"What the hell did you think you are doing Yasmin Wardeena?" Soal dingin Tengku Hael sebelum mengatur langkah mendekati Yasmin. Tangannya digenggam bentuk penumbuk. Kini mereka sudah menjadi pusat perhatian umum tapi dia kisah apa.

Yasmin menelan liurnya sebelum hujung matanya mengerling sekelilingnya. Bibir juga dikemam rapat. Jangan Tengku Hael buat benda gila disini sudah. Habis dia.

"Hael please..." Perlahan saja suara Yasmin dan kedengaran seperti merayu, Dia bertindak maju kedepan mendekati Tengku Hael. Harapan dia satu saja sekarang ini. Kalau Tengku Hael nak marah bukan disini. Sumpah bukan disini.

"What? Let me ask you. ARE YOU INSANE YASMIN! Dah gila ke!" Terpejam rapat mata Yasmin apabila suara Tengku Hael kembali melantang menengkingnya. Kini tangan dia sudah menggigil menyentuh dada lelaki itu. Menghalang Tengku Hael bertindak diluar jangkaan.

"Not. Here... Hael." Masih dengan suara pelannya. Semakin kuat jantung dia berdegup. Tidak menyangka yang Tengku Hael akan datang kesini untuk menghalangnya dan akan mengamuk seperti ini dihadapan khalayak ramai.

"Kenapa? Malu? Malu sebab tindakkan bodoh kau sekarang? Kau dah bodoh ke? Bodoh? You are fucking sick right now Yasmin. Kau baru habis operation 2 hari lepas. OPERATION!"

"ARE YOU KIDDING ME?!" Semakin meninggi suara Tengku Hael. Kalau diikutkan saja kehendak hatinya. Memang dia akan heret saja isterinya ini. Tetapi sabar. Tahu tubuh Yasmin masih sakit. Tapi kebodohan gadis ini walaupun baru habis dibedah masih pikirkan karier dia. Malah mahu fly lagi dan seperti biasa. Pergi tanpa pengetahuannya.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang