HAEL-NAYLEA | 23

36.2K 1.7K 62
                                    

"Sejuknya!" Jerit Tengku Ishal teruja, Kakinya yang berada di dalam air sungai itu dipandang, Mereka berada dihujung-hujung sungai, Tak mandi cuma berdiri ditepi sungai itu, Lebih tepat memasukkan saja kaki kedalam. Disebelahnya ada sepupu-sepupu dia yang lain. Paling dekat Naylea lah.

Naylea menunduk menyentuh permukaan air sungai itu, Dah lama tak merasa macam ni, Maksud dia dah lama tak pergi sungai macam ni, Best sangat. Dahlah sejuk air dia, Ni kalau mandi lagi best. Tapi rumah Nenda jauh sikit dari sini takkan nak balik sana dah basah-basah pula. Buang tebiat agaknya. Dahlah tak sediakan apa-apa macam tuala ke.

"Nak mandilah kalau macam ni, Air dia sejuk mesti sedap ni mandi." Kedengaran suara anak lelaki Paksu mereka bersuara, Kelihatan remaja itu seakan menahan diri dari tidak berenang, Matanya mengekori aliran air sungai itu.

"Kau mandilah, Cuba berenang sekarang." Arah Tengku Hael pula kepada sepupunya itu, Senyuman mengejek ditayangkan kearah budak remaja itu, Tangan dia setia menepuk belakang Safiya perlahan, Dia berdiri sedikit jauh dari tepian sungai, Dan hanya dia saja tidak menyertai mereka yang lain, Ni pun dah ragu-ragu datang sini sebab-sebab budak Safiya ni. Tapi disebabkan alasan mereka yang lain nak bermain kejap je ha dia pun ikut jelah.

"Eleh tengok-tengok tengah mandi korang tinggalkan saya." Jelas budak remeja itu mencebik kecil, Kakinya yang direndam digerak-gerakkan, Kalau dia tengah berenang lepastu sepupu dia tinggal memang naya dia, Dahlah sungai ni boleh tahan sunyi, Memang berkawan ni dengan makhluk lain kalau mandi sendiri.

"Okeylah tu, Berkawan kau dengan bunian nanti."

"ANGAH!"

Tengku Hael terkekek apabila mendengar suara jeritan adiknya, Tengku Iesha. Mencerlung tajam mata wanita itu kearahnya. Takutlah tu...

"Angah tak lucu tau Angah." Ujar Tengku Iesha dengan muka sedikit cuaknya, Anak dia yang sudah berumur setahun itu semakin dipeluk, Wajah tampan abangnya yang ketawa itu dijeling. Gila selamba je lelaki tu sebut dekat sini. Ni kalau dia hempuk apa tak dapat.

"Arghh! Ap--apa benda ni?" Suara jeritan Tengku Ishal berjaya membuat mereka kalut menoleh kearah gadis muda itu, Jelas kelihatan Tengku Ishal mengangkat kakinya dan disitu membulat mata mereka apabila melihat sesuatu diseluar gadis itu.

"PA--PACAT!"

"Arghh!" Hura hara sekejap keadaan mereka disitu, Kalut semua berlari mahu keluar daripada sungai itu, Lagi-lagi Naylea yang berdekatan dengan Tengku Ishal, Laju dia meninggalkan Tengku Ishal yang sudah menggeletis dan muka gadis muda itu sudah kemerahan mungkin ketakutan.

"Arghh! To--tolong Hiks!" Menjerit Tengku Ishal meminta tolong kepada yang lain, Air matanya juga sudah mengalir, Jelas dia masih terkaku ditempatnya dan sesekali dia memandang kebawahnya semakin menjadi-jadi tangisan dia melihat pacat itu yang masih melekat diseluarnya.

Tengku Hael yang melihat adik bongsunya yang sudah menangis ditepi sungai itu tergelak besar, Muka adik dia jelas pucat teruk. Nak lari pun tak mampu dah budak tu, Mereka yang sudah selamat menjauh dari Tengku Ishal terdiam, Masing-masing tidak mampu berkata apa-apa hanya terkebil-kebil memandang Tengku Ishal yang sudah menangis teruk itu.

Tengku Rayyan laju mendapatkan Tengku Ishal, Tidak menunggu lama seluar Tengku Ishal ditariknya sebelum pacat yang masih melekat diseluar Tengku Ishal diambil dan selamba dia buang ketepi. Bibirnya mengemam menahan ketawa melihat muka Tengku Ishal yang sudah memerah mata gadis muda itu juga sudah banjir air mata.

"Dah Shal dah hilang dah." Kata Tengku Rayyan dan ketawanya meletus. Tak mampu nak tahan sebab muka Tengku Ishal lucu sangat. Pucat habis. Tangannya tidak semana-mana naik mengusap kepala gadis muda itu yang dilapik dengan tudung. Cuba menenangkan gadis muda itu.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang