HAEL-NAYLEA | 31

40.5K 1.8K 127
                                    


Tengku Hael melangkah keluar daripada lift, Matanya memandang ruang tamu sekilas sebelum terus mengatur langkah menuju ke ruangan dapur.

Kening dikerutkan apabila sampai dihadapan dapur tiada kelibat Naylea kelihatan, Takkan tak turun lagi? Bukan selalu waktu begini Naylea sudah turun? Bilik wanita itupun tadi kedengaran sunyi saja, Ingatkan dah ada dekat bawah, Tapi batang hidung wanita itupun tidak kelihatan sekarang.

Tadi sebelum masuk subuh memang dia bangun dululah, Pindah masuk bilik dia, Sambung tidur dekat sana. Gila nak biarkan Naylea tahu dia pecah masuk bilik wanita itu semalam? Mahu bergegar rumah ni nanti sebab Naylea mengamuk.

"Eh Tengku? Kenapa tercegat dekat situ je? Marilah duduk sarapan." Kedengaran suara Makcik Yam menyapa Tengku Hael yang hanya tercegat dihadapannya, Dipelawa pemuda itu untuk mengambil tempat dimeja makan.

Tersentak sikit melihat kelibat makcik Yam yang tiba-tiba muncul, Terleka, Bila entah makcik Yam datang dekat situ dia pun tidak perasan. Tidak membalas apa-apa Tengku Hael terus saja mendekati meja.

"Naylea tak turun lagi ke?" Soal Tengku Hael kearah wanita itu, Dia mula menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya disitu. Tangan juga sudah menarik satu pinggan. Seperti biasa, Roti menjadi santapan pagi dia dicapai.

"Eh Naylea dah pergi kerja dah, Katanya kena awal sebab banyak tempahan hari ni." Balasan daripada wanita itu berjaya menghentikan suapan Tengku Hael, Kepala diangkat memandang kejap kearah Makcik Yam. Sebelum satu Keluhan kecil dilepaskan.

Again, Naylea pergi kerja tak bagitahu pun dia, lebih tepat tak meminta izin seperti dulu, Sekarang Naylea gerak je sesuka hati. Tipu kalau dia tidak terasa. Naylea betul-betul mahu menjauhkan diri darinya sekarang ini.

Dan dia takkan biarkan itu terjadi.

Takkan sesekali...

Naylea melangkah keluar daripada perut keretanya sebelum ditutup kembali, Kaki terus saja diatur kepintu utama rumah milik keluarganya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Naylea melangkah keluar daripada perut keretanya sebelum ditutup kembali, Kaki terus saja diatur kepintu utama rumah milik keluarganya. Balik-balik je kerja. Dia terus balik rumah umi dan bukannya rumah Tengku Hael. Rasanya dia sudah lama tidak menjengguk Umi dan kedua beradiknya, Kebelakang ini dia sibuk sangat-sangat.

"Assalamualaikum!" Salam diberi sebelum tangannya naik mengetuk pintu rumah keluarganya, Diketuk berkali-kali, Naylea budak baik, Tak main rempuh-rempuh masuk rumah orang ni, Walaupun itu rumah keluarganya sendiri, Kang rempuh mendapat pula karate umi nanti.

"Walaikumsalam, Eh Angah!" Buka saja pintu, Kelibat Naymira menyapa pandangannya, Adiknya itu jelas terkejut sikit dengan kehadiran dia. Naylea tersenggih. Tangan terus disua kearah adiknya itu dan tidak menunggu lama Naymira terus saja menyambut sebelum gadis muda itu kelihatan menunduk mengucup tangannya.

"Angah, Rindu angah tahu tak, Dah lama angah tak datang sini." Ujar Naymira apabila mengangkat kembali kepalanya, Terus saja dia bertindak memeluk tubuh kecil kakaknya itu, Tak tipu, Dia betul-betul rindu angahnya.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang