"Ya Allah kau jadikanlah aku hamba mu yang redha. Yang redha dengan setiap apa juga yang berlaku, Kau pelihara lah hatiku daripada mencintai lelaki yang bukan milikku..." Air matanya mengalir perlahan, Tangan dibawa menekup wajahnya sebelum kelopak matanya dipejam perlahan, Naylea baru saja selasai solat subuh.
Suaminya selepas keluar semalam lelaki itu sudah tidak kembali masuk kedalam biliknya, Dia tidak tahu kemana lelaki itu pergi. Dia cuba untuk tidak kisah tentang lelaki itu walaupun lelaki itu sudah bergelar suaminya.
Perlahan dia kembali membuka matanya sebelum dia tersenyum kecil. InsyaAllah dia mampu menghadapi semua ini. Naylea bangun perlahan sebelum tangannya menarik sejadahnya lalu dia melipat kemas.
Dia bangun lalu berjalan kearah hujung biliknya. Sejadah digantung disitu sebelum telekung yang dipakainya dibuka perlahan. Rambut tebalnya kelihatan. Dia membuka ikatan dirambutnya membiarkan untuk dikeringkan.
KLAK!
Naylea terus saja menoleh kearah pintunya apabila pintu biliknya dibuka dari luar. Dia terkebil. Lah pintu dia tak kunci ke? Matanya terus menatap kelibat suaminya yang baru saja melangkah masuk kedalam. Baru balik eh? Dari manakah dia.
Baju lelaki itu pun sudah bertukar.
"Awak dari mana? Awak dah solat ke Hael?" Walaupun dia tahu dia tidak sepatutnya melayan lelaki itu kerana baru semalam mereka bertengkar. Tapikan lelaki ini suaminya? Walaupun dia tidak dianggap tetapi lelaki ini tetap suaminya yang sah.
Tengku Hael menoleh kearah isterinya itu. Tidak nafikan isterinya cantik. Apatah lagi rambut gadis itu dibiar begitu. Semakin cantik.
"Perlu ke kau sibuk?" Bidasnya dingin. Sebelum selamba mengatur langkah kearah katil milik gadis itu. Dia semalaman pergi kerumahnya. Dan hampir saja subuh dia kembali kesini kerana tidak mahu membuat uncle Daninya perasan dia menghilang semalam.
Naylea tersenyum kecil. Agak dah jawapan dia. Matanya hanya melihat kearah lelaki itu yang sudah mengambil tempat diatas Katilnya. Naylea hanya menjungkitkan bahunya sengaja buat-buat tak koyak. Orang tanya elok-elok tak boleh ke dia jawab elok-elok?.
Baik dia turun bawah mesti uminya sudah bersiap masak-masak. Sudah kebiasaan uminya selepas solat subuh akan terus berperang didapur. Dia kadang-kadang teman uminya tapi kadang-kadang dia lepas solat tidur kembali itupun kalau dia terlebih penat.
Sekarang pun dia penat tapi rela dia dekat bawah dari terus berada didalam bilik ini bersama lelaki entah siapa-siapa. Tiber je muncul.
Naylea melangkah kearah pintu biliknya sempat dia mencapai tudung sarungnya. Biasalah dalam rumah ni ada lagi abang ipar dia. Dia membuka pintu itu. Tengku Hael hanya melihat dari ekor matanya kepergian isterinya itu, Hilang saja kelibat gadis itu pantas dia menutup kelopak matanya. Lebih baik dia tidur.
Naylea tersenyum apabila sudah hampir tiba diruang dapur. Bunyi dari ruangan itu jelas kedengaran. Macam biasa umi kesayangan dia sudah mula memasak untuk sarapan pagi mereka nanti.
"Umi, masak apatu?" Terus saja dia menyoal wanita itu. Naylea melangkah menghampiri Uminya sebelum dia mengintai dari belakang melihat apa yang dimasak oleh wanita itu.
"Eh Nay, Umi ingat nak masak nasi lemak. Awalnya turun kenapa tak rehat dulu?" Kata Puan Daayah yang sedikit terkejut dengan kehadiran anak keduanya, Kenal sangat dekat perangai anak dia sorang ni, Kalau dia penat jangan harap nak turun tolong dia, Tapi harini bukan dia tidak tahu anaknya ini penat dengan melayan tetamu sepanjang majlis kemarin tapi tiba saja dah bangun awal.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...