HAEL-NAYLEA | 36

38.8K 1.8K 759
                                    

Sedar tak sedar sudah empat bulan usia perkahwinan mereka, Segala kejadian yang menimpa mereka juga sudah sebulan berlalu, Sekarang hubungan kedua pasangan itu semakin rapat...

Seperti pasangan suami isteri diluar sana.

Naylea membuat muka dihadapan Tengku Hael sebelum matanya dijuling keatas. Jelas menyampah dengan lelaki dihadapannya itu.

"Tak lawak langsung..."

Tengku Hael tergelak besar, Reaksi menyampah yang ditayangkan oleh Naylea menggelikan hatinya, Tangannya mencapai rotinya dengan sisa ketawa masih ada roti disumbat kemulutnya.

Naylea hanya tergeleng dengan tingkah suaminya itu, Macam-macam, Jam tangannya dilirik, Sudah waktunya dia pergi kerja, Pandangan kembali dialihkan kearah Tengku Hael, Kelihatan lelaki itu masih khusyuk menyuap roti kedalam mulut.

"Awak makanlah dulu, Saya kena pergi dah ni, Jangan lupa cuci pinggan awak tau lepas makan." Naylea mula bangun daripada labuhannya, Pesanan sempat diberikan kepada Tengku Hael, Dia sudah siap sarapan tadi, Waktu Tengku Hael tengah bersiap, Dia nak pergi dah tadi tapi Tengku Hael gatal minta teman sarapan pagi bagai.

Eleh dia boleh je sarapan sendiri Tengku Hael je ni mengada.

"Kejaplah dah siap ni, Kejap basuh jap." Air panasnya yang masih tersisa sikit diteguk rakus sebelum pinggannya diambil dan Tengku Hael berjalan mendekati sinki, Mahu mencuci tempat makan dia, Pagi-pagi dah jatuh macho cuci piring bagai.

"Cepat sikit saya tunggu depan tau." Tanpa menunggu balasan daripada Tengku Hael, Naylea melangkah keluar daripada ruangan dapur, Tangannya mula membuka zip begnya sebelum dia menyelongkar mencari telefonnya, Jumpa saja telefonnya dikeluarkan dan dia berjalan mendekati pintu hadapan.

TOK! TOK!

Baru tangannya mahu memegang tombol pintu, Ketukan daripada luar sedikit mengejutkan dia, Lantas pandangan dialihkan daripada telefonnya dan memandang terus pintu yang masih tertutup itu, Tidak menunggu lama Naylea membuka terus pintu tersebut.

Seketika dia terpaku.

Kelibat dihadapannya menyentakkan hatinya, Tidak berkelip dia memandang kelibat dihadapannya, Lagi-lagi mata mereka berdua sudah bertembung, Disaat itu juga degupan jantung Naylea berubah rentak, Daripada tenang kini sudah semakin laju.

"Kau pehal tercegat je dekat si--"

"SAYANG!"

Mendengar suara garau Tengku Hael kelibat tersebut terus saja menerjah masuk, Dan sempat melanggar bahu Naylea yang masih terkaku dihadapan pintu itu, Jelas Naylea terundur setapak akibat bahunya yang dilanggar tadi.

"Sayang..."

Meleret suara lembut itu kedengaran dan dia terus melompat naik keatas tubuh tegap Tengku Hael, Lelaki itu terundur akibat perbuatan tak disangkanya itu. Terus dia memeluk erat tubuh tegap itu, Kakinya melipat erat dipinggang Tengku Hael dan tangannya melilit dileher lelaki itu sebelum wajahnya disembam kebahu Tengku Hael.

"Yas--Yasmin..." Jelas Tengku Hael tersentak dengan kehadiran tak disangka-sangka oleh kekasihnya, Bergetar sikit suaranya menyeru nama kekasih hatinya itu, Liur ditelan perlahan. Mahu meletop jantung sendiri disebabkan terkejut dengan kehadiran Yasmin dihadapannya sekarang ini.

Naylea perlahan-lahan berpusing menghadap kebelakangnya, Terkelu, Itu reaksinya, Jantung dia semakin kuat kedengaran apabila kini pandangannya sudah dihiasi dengan posisi kedua pasangan dihadapannya itu, Tidak mampu mengeluarkan sebarang apa-apa tindakan melainkan hanya terkaku ditempatnya berdiri.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang