Naylea memandang penampilannya dihadapan cermin meja soleknya, Wajahnya yang pucat sedikit itu hanya dicelitkan dengan liptint, Tiada semangat mahu menambahkan apa-apa dimukanya. Dan dia juga sudah kemas memakai baju abayanya.
Hari ini, Hari kebahagiaan Tengku Hael dengan Yasmin, Sudah seminggu dia tidak bertemu dengan Tengku Hael disebabkan dalam seminggu ini dia tinggal dirumah keluarganya, Baru semalam dia datang kerumah Nenda memandangkan hari ini majlis perkahwinan Tengku Hael dengan Yasmin akan berlangsung.
Tengku Hael pun sibuk kebelakangan ini menguruskan hal-hal perkahwinan jadi memang tiada masa mereka berdua untuk bertemu, Dan harini dia akan berjumpa dengan lelaki itu. Berjumpa untuk melihat lelaki itu berkahwin lagi. Dengan perempuan yang dicintai pula itu.
KLAK!
Naylea terus berpusing kepintu biliknya apabila kedengaran pintu itu dikuak dari luar, Bukan biliknya, Ni bilik Tengku Hael yang sememangnya disediakan dirumah Nenda ini.
"Dah siap ke? Cantiknya cucu menantu Nenda ni..." Naylea terus tersenggih apabila melihat Nenda yang sudah melangkah masuk kedalam mendekatinya, Siap dipuji oleh wanita tua itu, Kembang kempis hidungnya mendengar itu.
"Cantik apanya Nenda ni kan mulut manis tau, Nay tak pakai apa-apa pun lah, Pakai ni je." Bibir dimuncung dihadapan Nenda, Lagak memberitahu yang dia hanya pakai liptint saja, Cantik apanya pucat je dia tengok. Dah macam mayat hidup pun ada.
Tergelak kecil Nenda dengan tingkah comel Naylea, bukan main cucu menantu dia tu muncungkan bibir, Tapi betullah, Pucat pun Naylea masih cantik, Cantik sangat... Wajah bersih saja. Berseri je walaupun pucat.
"Betullah, Nenda tak tipu, Naylea cantik macam bidadari." Ujar Nenda lagi, Masih dengan mulut manisnya sampaikan Naylea mencebik kecil, Amboi Nenda ni...
"Malulah Nay macam ni, Kembang dah Nay Nenda buat tau." Balas Naylea bersahaja, Dia tergelak kecil sebelum merangkul lengan Nenda. Haih Nenda sorang ni macam-macam, Nenda bertindak menepuk perlahan tangan putih melepak itu yang merangkul lengannya.
"Jom Kita keluar ye? Dah nak gerak, Hael tak datang sini, Dia terus pergi sana. Katanya jumpa sana saja." Ajak Nenda lembut, Makin tersenyum dia kearah Naylea dan tangannya mengusap perlahan tangan halus Naylea, Kelihatan cucu menantunya hanya menganggukkan kepala tanda faham.
"Macam tu, Yelah jom turun." Lengan Nenda mula ditarik supaya berjalan, Kaki dibawa melangkah mendekati pintu bersedia mahu keluar daripada bilik itu, Entah kenapa hati dia berdegup laju. Mungkin sebab akan bertemu dengan Tengku Hael selepas seminggu tidak bersua muka dengan lelaki itu, Entah-entah Tengku Hael tengok dia pun dah tak sudi, Yelahkan nak berkahwin dah dengan pilihan hati, Dia apa je? Tiada tempat.
Ya Allah kuatkan aku...
Tengku Hael berpusing kebelakang apabila perasan yang kendaraan milik keluarganya satu persatu mula memasuki kawasan perumahan milik Yasmin, Ada beberapa buah kereta yang hadir, Kereta sahabatnya juga turut ada. Hanya Tengku Razzaq saja yang tiada, Lepas kejadian hari itu dia sudah tidak berlayan dengan Tengku Razzaq lagi.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...