HAEL-NAYLEA | 19

37.5K 1.8K 169
                                    

"Suka kucing eh?"

Naylea pantas mengangkat pandangannya apabila kedengaran suara garau bertanya. Senyuman terbit dibibirnya melihat kelibat yang bertanya. Dan tangannya masih setia mengelus si bulu itu. Naylea mengangguk Kecil.

"Suka."

Jawab Naylea ceria. Dia kembali menunduk dan semakin ligat mengusap si haiwan berbulu itu. Kucing parsi dirumah Nenda! Besar gemuk dahlah wangi. Culik kang.

Dia memincingkan matanya apabila jejaka itu turut mencangkung sepertinya tepat disebelahnya. Tetapi sedikit berjarak.

"Awak suka kucing juga ke Rayyan?" Soal Naylea pula kepada lelaki itu. Sesekali saja dia menoleh kearah Tengku Rayyan sebelum kembali memandang kearah kucing yang hanya mendiamkan diri itu. Tidak banyak meragam tau. Suka kena usap-usap macam ni. Sampai terpejam-pejam mata dibuatnya.

"Sangat. I have mine. Nak tengok tak?" Kepala Tengku Rayyan sedikit tersenget menatap Naylea dari tepi. Tangan juga sudah bersedia mengeluarkan gajetnya dari poket seluar. Naylea pantas mengangguk.

"Mana?"

Tengku Rayyan tersenyum. Terus dia mengalihkan perhatian kearah gajetnya. Dan jarinya mula menekan-nekan skrin gajetnya itu. Tidak sampai seminit dia mengalihkan skrin gajetnya tepat dihadapan wajah Naylea. Jelas mahu menunjukkan gambar kucingnya kepada Naylea.

"Wah Rayyan comelnya kucing awak!" Bersinar mata Naylea melihat gambar kucing Tengku Rayyan. Dedua kucing british longhair. Kacaknya! Tengku Rayyan tersenggih. Suka anak-anak dia kena puji.

"Dua-dua jantan ke? Ataupun satu betina satu jantan?" Tanya Naylea lagi. Matanya masih ralit memandang gambar kucing Tengku Rayyan. Sumpah comel sangat. Mesti Mahal ni.

"Dua-dua jantan. Beli lain jantina nanti beranak banyak-banyak tak boleh handle lah pula. Wait for their father to get married barulah dorang pun Kahwin. Nanti ada kawan uruskan anak bini dorang pula ha." Balasan daripada Tengku Rayyan sempat membuat Naylea terdiam sekejap. Berkerut-kerut kening dia cuba untuk menghadam maksud kata-kata lelaki itu. Apabila sudah memahami maksud Tengku Rayyan. Naylea tergelak.

Lah.

Tengku Rayyan turut tergelak. Betullah. Dia sibuk kerja. Uruskan dua ekor tu pun dah susah sikit. Inikan dah beranak pinak memang habislah dia. Tunggulah diri ini tak single baru beli yang perempuan punya. Beranak banyak-banyak pun takpe. Isteri dia ada jagakan ehehe.

Jauhnya berangan haih.

"Naylea." Serentak kedua mereka menoleh kebelakang apabila kedengaran suara Tengku Iesha melaung memanggil nama Naylea. Anak ketiga dalam adik beradik Tengku Hael. Perlahan Naylea melepaskan kucing parsi yang dipegangnya sebelum dia bangun dari terus bercangkung. Tengku Rayyan turut melakukan hal yang sama.

Tengku Iesha tersenggih kearah Naylea dan juga Tengku Rayyan. Dia datang mendekati adik iparnya itu. Terus lengan Naylea dirangkulnya.

"Jom ikut akak. Bonda panggil." Naylea menatap kakak iparnya sebelum dia tersenyum dan anggukkan kecil diberikan kearah wanita itu.

"Jom."

"Pergi dulu tau abang Yan." Tengku Iesha tersenyum kearah Tengku Rayyan. Kelihatan jejaka itu hanya mengangguk membalasnya. Sebelum pergi sempat Naylea memberikan senyuman manis kearah Tengku Rayyan.

Hilang kelibat kedua itu. Tengku Rayyan kembali berpusing menghadap kucing parsi milik Nenda. Dia tersenyum. Tengku Rayyan kembali mencangkung sebelum mengelus kucing kesayangan Nendanya itu.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang