HAEL-NAYLEA | 26

41.3K 1.9K 446
                                    

Nenda melihat cucu dia yang sudah memasukkan bagasi masing-masing kedalam kereta, Nenda hanya berdiri didepan tangga terakhirnya, Seminggu sudah habis dan hari ini anak cucu dia akan balik ketempat masing-masing, Sedih sikit hati tua dia, Lepas ini sunyi lah sikit rumah dia ni selepas ketiadaan cucu-cucunya, Dia akan tinggal dengan pekerja-pekerja dia saja lepas ini.

"Ma, Kami pergi dulu, Ma jaga diri dekat sini baik-baik tau, Kalau ada apa-apa terus call tau ma..." Tengku Irene melangkah mendekati mertuanya itu, Lembut saja suara dia berkata begitu, Sedih juga tinggalkan wanita ini disini, Tapi apa boleh buat, Masing-masing ada tanggung jawab sendiri dekat sana, Tengku Irene bertindak menarik mertuanya itu kedalam pelukkannya.

Nenda tersenyum sebelum pelukan menantunya dibalas, Belakang Tengku Irene diusap perlahan.

"Jangan risau pasal ma lah, Pandailah ma jaga diri sendiri, Kamu tu dekat sana jaga diri, Apa-apa masalah jangan lupa bagitau." Tengku Irene hanya teranguk-angguk mendengar pesanan daripada Nenda.

Tengku Irene melepaskan pelukkan sebelum dia mengucup sekilas dahi Nenda, Dan dia menoleh kearah belakang, Tepat menatap anak-anaknya.

"Cepat sini salam Nenda dulu." Arahnya kearah anak-anaknya, Tidak menunggu lama, Kesemua cucu Nenda datang memeluk cium wanita tua itu.

Jatuh juga air mata Nenda mendengar pesanan-pesanan daripada cucunya, Gaya dah takkan berjumpa dah balik cucunya buat ayat-ayat sedih tau, Sengaja nak bagi dia nangis budak-budak ni semua.

Tahulah sibuk dah masing-masing lepas ni, Dan agak susah dah nak datang sini jumpa dia, Tapi janganlah sampai takkan datang selamanya pula, Mahu dia merajuk dekat sini kang.

"Naylea, Taknak say goodbye to my babies ke?" Terkebil-kebil Naylea memandang tepat kearah Tengku Rayyan apabila lelaki itu menyapanya, Kucing yang berada ditangan Tengku Rayyan dipandang bersilih ganti dengan wajah lelaki itu.

Tengku Rayyan tersenggih kearah Naylea, Entah lepasni mesti susah sikit jumpa Naylea, Saja bagi gadis itu say goodbye dekat anak-anak dia.

Naylea suka anak-anak dia, Nak balik kan? Say lah goodbye.

Naylea sudah mengemam bibirnya, Tangannya juga sudah disatukan sebelum digenggam erat. Dia bukan taknak, Geram dah dia tengok anak Tengku Rayyan tu, Tapi dia takut dengan Tengku Hael.

Lagi-lagi Tengku Hael sudah memandang dia sekarang ini, Tak payah menoleh pun dia tahu yang Tengku Hael tengah tengok dia sekarang, Lagipun suara Tengku Rayyan tadi bukan pelan panggil dia, Kemain lantang.

"Err, Ha bye-bye jelah dekat babies awak." Naylea tersenggih kekok, Dan tangannya digerakkan lagak melambai kucing Tengku Rayyan dari jauh sikit, Takpe kot, Asal jangan berdekatan dengan lelaki itu kan?

"Ala tak cukup. Kiss them."

Membulat mata Naylea apabila Tengku Rayyan bertindak mendekati dia, Matilah!

Tepat berhenti dihadapan tubuh kecil itu, Tengku Rayyan bertindak menyua kedua-dua kucingnya mendekati wajah cantik itu, Minta gadis itu kiss kan anak-anak dia.

"Kiss them aunty Naylea..." Terkelu Naylea dibuatnya, Buntu tidak tahu mahu buat apa sekarang, Tidak dinafikan jantung dia sudah berdegup kencang, Baru kemarin Tengku Hael beri amaran dan hari ini, Dia berlayan lagi dengan Tengku Rayyan.

Tapi.

Eh tapi, Siapa lelaki itu nak atur hidup dia? Bukan dia buat apa pun, Dengki lelaki tu je dekat Tengku Rayyan. Lagipun apa Tengku Hael boleh buat? Takkanlah lelaki itu nak pukul dia pula kan? Mustahil.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang