HAEL-NAYLEA | 55

74.9K 2.4K 702
                                    

Naylea berpusing setelah selasai membasuh pinggan yang baru habis dipakainya, Seketika matanya terkebil-kebil apabila melihat kelibat Tengku Hael yang laju saja melangkah mendekatinya.

Eh?

Tidak sempat melakukan apa-apa terasa tubuh kecilnya ditarik kedalam pelukkan oleh lelaki itu, Membulat mata Naylea, Terdonggak dia akibat pelukkan tiba-tiba dari Tengku Hael, Kedua tangannya juga terhimpit ditengah mereka. Terkaku Naylea hanya matanya yang terkebil keatas.

Tengku Hael memejam kelopak matanya rapat tangannya semakin erat memeluk tubuh kecil Naylea, Dagunya direhatkan dibahu kecil itu cuba mencari ketenangan. Sejak kejadian semalam dia sumpah masih terasa lelah. Tidak sempat bertemu dengan Naylea memandangkan wanita ini sudah dijemput lena semalam. Baru pagi ini ada peluang berjumpa Naylea.

Dia mahukan Naylea saja sekarang ini. Hanya Naylea.

Kenapa dengan Tengku Hael? Tiba-tiba saja berkelakuan begini.

"Err Ha--Hael."

Berkerut-kerut wajah Naylea sekarang ini dan dia cuba untuk melepaskan diri dari pelukkan Tengku Hael. Sumpah tak selesa! Ketat semacam boleh sesak nafas dia begini.

Tidak menghiraukan malah Tengku Hael semakin mengeratkan pelukkannya, Diabaikan saja suara lembut Naylea yang seakan mengarahkan untuk dia melepaskan pelukannya.

Naylea sudah mengemam bibirnya kuat. Masalah!

"Sa--saya tak selesa." Adunya perlahan, Berharaplah Tengku Hael lepaskan, Bukan tiada perasaan tapi dia betul-betul tak selesa lagipun dia pelik dengan Tengku Hael sekarang tiba-tiba saja nak peluk bagai dah kenapa?

Mendengar itu perlahan Tengku Hael lepaskan pelukkannya kini matanya mula menatap lembut anak mata Naylea, Kedua tangannya juga sudah naik memegang bahu Naylea.

"Naylea."

Terkedip Naylea apabila Tengku Hael Hael menyerunya lembut lagi-lagi perasan dengan tatapan Tengku Hael kepadanya itu. Melihat itu Naylea sedaya upaya mengawal riak wajahnya seakan-akan tidak terkesan walhal hatinya terasa mahu meletop.

Gugup!

"Tunggu aku. Bagi aku habis settle semua Naylea, And after that I have something to tell you." Lembut saja suara Tengku Hael dan kini kedua tangannya naik menyentuh tepi pipi kemerahan Naylea malah jarak wajah mereka semakin didekatkan. Hari ini dia akan uruskan penceraiannya dengan Yasmin, Dan selepas saja masalah ini semua selasai. Dia berjanji. Dia akan baiki hubungannya dengan Naylea.

Dia sudah banyak membuang masa dan kali ini dia takkan sia-siakan lagi peluangnya. Akan dia tebus semua kesalahannya terhadap Naylea.

"Bagi aku sikit masa je lagi Naylea..."

Berkerut kening Naylea riak wajahnya sekarang jelas bingung. Sumpah tidak faham dengan yang apa Tengku Hael cuba sampaikan, Tunggu? Settle? Nak bagitahu apa pula? Cakap terus tak boleh ke? Sumpahlah dia betul-betul tak faham.

"Naylea."

Sekali lagi Tengku Hael menyerunya, Detakkan jantung Naylea perlahan-lahan berubah rentak apabila melihat mata Tengku Hael yang sudah sedikit kemerahan seakan berkaca-kaca. Semakin bingung Naylea.

Kenapa dengan Tengku Hael?

"Awak--"

"I'm sorry. I'm truly sorry sayang. I promise I will fix everything after this. Bagi aku sikit masa lagi... Tunggu aku. Kejap je lagi."

"Tunggu aku."

Bersungguh-sungguh Tengku Hael bertutur dan air matanya mula mengalir perlahan, Semakin dalam tatapan dia terhadap Naylea.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang