HAEL-NAYLEA | 22

37.9K 1.8K 87
                                    

"Dah pergi panggil suami-suami kamu dulu." Arah Nenda kepada anak cucunya sebelum dia mula melabuhkan punggung dikerusi meja makan itu, Mereka yang kaum perempuan baru habis memasak untuk sarapan pagi. Kini jelas bermacam-macam jenis makanan sudah tersedia diatas meja itu.

"Baiklah Ishal kejutkan Suami Ishal kejap." Semua terus memandang kearah Tengku Ishal, Jelas dimata mereka gadis muda itu tersengih-sengih siap kedua paha dikepit, Lagak sedang malu-malu kucing.

Pecah ketawa Tengku Inaya melihat kelakuan adik bongsu mereka itu, Manakala Naylea sudah mengemam bibirnya menahan ketawa.

Risau dengan Tengku Ishal ni.

"Nak bonda ketuk kepala kamu ke wahai Tengku Ishal Harlena? Sibuk je kamu dekat situ, Kecik-kecik lagi dah gatal kamu ye." Bebel Tengku Irene terhadap anak daranya itu, Anak siapalah ni dah gatal ni, Tak padan masih student dah pandai main suami-suami ni?. Dijeling tajam wajah cantik itu.

Tengku Ishal terkekek kecil dia sudah mula mengambil tempat disebelah Nendanya, Senyuman nakal diberikan kearah Nendanya yang sudah tergeleng dengan perangai dia.

"Tak rilek lah bonda ni, Dah Nenda suruh tadi panggilkan suami, Ishal pun nak panggilkan lah." Jawab Tengku Ishal lagi dan tangannya mula menarik pinggannya tapi memuncung bibirnya apabila Nenda bertindak memukul perlahan tangannya, Terus dipandang wajah Nendanya jelas wanita tua itu mencerlungkan mata kearahnya.

"Tunggulah yang lain dulu, Nenda suruh yang bersuami budak macam kamu ni single duduk diam-diam, Dah pergilah panggilkan cepat tak payah layan budak Ishal ni." Arah Nenda sekali lagi dan memandang satu persatu menantu dan cucu-cucunya. Masing-masing sudah mula meninggalkan ruangan dapur itu bersedia mahu membangunkan suami dan anak masing-masing.

"Apa pandang-pandang?" Soal Nenda dengan suara sengaja digarangkan. Cucunya itu ditatap dengan kening terangkat, Jelas dimatanya senyuman penuh makna si Tengku Ishal itu. Apa lagi tingkah si budak nakal ni.

"Nenda kata Ishal single, Diri sendiri pun single." Ujar Tengku Ishal selamba sebelum dia tergelak kecil, Sengaja mahu mengusik Nendanya jelas mengecil pandangan wanita tua itu terhadapnya.

"Eh siapa cakap? Kekasih Nenda tengah tunggu dah tu dekat syurga, Kamu tu tiada siapa yang tunggu, Nak pun tiada." Jelas terdiam Tengku Ishal dibuatnya mendengar bidasan daripada Nendanya, Mak aih sentap kejap dia dibuatnya, kedengaran pula gelakkan kecil daripada Nenda. Terkebil-kebil gadis muda itu dibuatnya terasa ada yang menampar muka dia sekarang ini.

Tiada siapa yang tunggu? Tiada siapa yang nak? Amboi Nenda ni melebih-lebih.

"Nak merajuk dengan Nendalah kalau macam ni."

"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang