HAEL-NAYLEA | 29

37.7K 1.8K 219
                                    

Tengku Hael melangkah masuk kedalam ruangan dapur, Dan masuk saja terus penglihatan dihiasi dengan kelibat Naylea yang sedang menjamah sarapan pagi itu, Kelihatan wanita itu hanya menunduk dan menumpuhkan perhatian kepinggan dihadapannya.

Wanita itu sudah kemas berpakaian cantik mungkin sudah mula mahu turun kerja kembali, Langkah diatur mendekati meja makan itu, Tengku Hael menarik kerusi dihadapan Naylea dan pandangan masih tidak dikalihkan daripada wanita itu.

Tepat sekali.

Naylea tidak mengangkat pun pandangan memandang dia, Wanita itu masih sama saja, Yang hanya menundukkan kepala dan tangan khusyuk menyuap makanan kedalam mulut.

Beginilah Naylea, Hanya mendiamkan diri saja, Bercakap dengannya tidak lagi, Bukan seperti dulu walaupun mereka tidaklah rapat mana Naylea tetap menyapanya, Sekarang nak pandang dia pun tidak sudah, Dan suara itu teramatlah jarang dia dengar beberapa hari ini.

Then what do you expect Tengku Hael? Dia akan layan kau selepas apa yang sudah kau buat dekat dia ke?

Tengku Hael menghela nafas kecil dalam diam.

Naylea lantas bangun apabila dia sudah menghabiskan makanannya, Dan pinggan tempat dia makan tadi turut dibawa dan gelas juga, Terus dia berjalan mendekati sinki.

Mata Tengku Hael hanya memerhati tingkah wanita itu, Sampailah kelihatan wanita itu selasai membasuh pinggan sebelum kembali berpusing menghadap meja makan dan Naylea melangkah mendekati meja kembali, Beg tangan dicapai, Dan tanpa menyapanya Naylea selamba melangkah pergi.

Tengku Hael berdecit geram, Terus dia bangun dari duduknya dan kaki panjangnya melangkah laju mengejar Naylea.

Tersentak Naylea apabila tangan dia direntap daripada belakang sebelum tubuh kecilnya terpusing kebelakang, Matanya sedikit membesar jelas dia terkejut.

Baru dia mahu membuka mulut memarahi kelibat yang merentap tangannya tetapi melihat wajah tampan itu terus dibatalkan saja niatnya.

Pantas Naylea melarikan pandangan dia kearah lain, Dan tangannya yang berada didalam genggaman Tengku Hael cuba ditarik.

"What do you think you are doing right now Naylea?" Soal Tengku Hael dengan nada yang tertahan, Pandangan dia ditajamkan menatap dalam wajah jelita dihadapannya yang jelas memalingkan pandangan kearah lain. Tangan juga semakin mengeratkan genggamannya.

Naylea menelan perlahan liurnya, Kening dia berkerut kecil apabila mendengar soalan Tengku Hael, Sumpah dia tidak faham.

"Buat perangai?"

Naylea hanya memandang dari ekor matanya lelaki itu, Tiba-tiba hati dia panas mendengar itu. Dia? Buat perangai?

Sebelah tangan dia yang bebas itu digenggam bentuk penumbuk, Sabar. Taknak buka mulut depan lelaki ni, Dia kalau boleh taknak langsung dah bercakap dengan lelaki dihadapannya ini, Kalau boleh taknak tengok muka Tengku Hael dah, Dan yang paling penting dia nak keluar dari kehidupan Tengku Hael...

"I ask you, Buat perangai ke?" Sambung Tengku Hael lagi, Geram dengan perangai Naylea, Nampak sangat usaha wanita ini yang tidak mahu membuka mulut langsung untuk bercakap dengannya.

Tabiat seorang Naylea Syazal memang menguji kesabaran dia ke apa ni?

"Awak nak apa Hael?" Soal Naylea malas, Mahu atau tidak dia terpaksa juga membuka mulut untuk bertanya apa kemahuan lelaki ini, Perlahan saja suaranya kedengaran, Dia dah penat. Tengku Hael je yang tak pandai penat.

"Reti pun nak buka mulut." Naylea memejam kejap kelopak matanya sekilas mendengar sindiran halus daripada lelaki itu.

"Nak apa Hael? Saya nak pergi kerja, Dah nak lambat. Saya sumpah takde masa nak layan kebodohan sekarang ini." Ujar Naylea mendatar, Semakin membahang pula dia rasakan sekarang, Kalau diikutkan hatinya memang ada dia tampar takpun terajang.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang