HAEL-NAYLEA | 41

41.9K 2.1K 477
                                    

"Weh Nay!" Bergema suara Delina diruangan itu apabila melihat kelibat Naylea yang sudah melangkah masuk kedalam kedai mereka, Jelas mata yang masih membengkak itu mula mengecilkan pandangan kearahnya, Raut wajah Naylea jelas sungul saja.

"Kenapa?" Soalnya lembut, Dia mula berjalan mendekati meja kaunter, Disitu ada Sally dan Delina. Lemah saja jalan Naylea mendekati kedua sahabatnya itu.

"Kau tahu tak kau dah femes sekarang ni." Berkerut seribu dahi Naylea dibuatnya, Apa benda Delina merepek ni? Femes apa benda dia, Beg tangannya diletak keatas meja, Dia menayang wajah bingung kearah Delina.

"Apa kau mer--"

"Babygirl you tengok ni." Sally laju memotong percakapan wanita itu sebelum menyua skrin telefonnya betul-betul dihadapan muka Naylea, Jelas Naylea semakin mengecilkan matanya kearah skrin gajet milik Sally.

"BERITA TERKINI, Yasmin Wardeena yang dikenali sebagai model terkenal telah didapati menjadi orang ketiga didalam sebuah rumah tangga antara jutawan muda yang bernama Tengku Hael Hazreeq bersama isterinya yang dikenali sebagai Naylea Syazal, Didapati bahawa Yasmin Wardeena telah melangsungkan perkahwinan pada hari semalam bersama pilihan hati iaitu suami orang..." Jelas membulat mata Naylea, Mulutnya juga sudah ternganga kecil apabila selasai membaca berita yang baginya sangat-sangatlah tidak logik.

Jelas gambar dia bersama Tengku Hael semasa disyarikat ku family haritu, Nama dia pun ada. Bapak siapa buat berita ni! Macam mana nama dia diketahui ini!

"Kau tahu tak perempuan tu habis kena kecam sekarang? And semua orang tengah simpati dengan kau? Lagi satu, Semua wartawan tengah cari kau, Aku rasa kau kena balik rumah umi sekarang juga, Netizen ni laju buat kerja Naylea, Easy je dorang cari kau ni. Jom kau balik, Jom-jom." Mendengar itu membuat Naylea menggigil kecil, Dah kenapa pula cari dia bagai? Liur ditelan kasar, Tapi laju juga dia mengangguk tanda nak balik, Takut pula dia dengar wartawan cari. Aih dah macam artis dah dia, Penangan Yasmin lain macam...

Sally mengekori langkah kedua sahabatnya daripada belakang, Dan mereka bertiga mula melangkah keluar daripada kedai itu, Ingin menghantar Naylea sampai masuk kereta.

"Oh no you are done babygirl..." Bisik Sally sebelum menghentikan langkahnya dan belakang baju Naylea dan juga Delina ditariknya, Terhenti kedua langkah sahabatnya itu, Sally sudah tidak berkelip memandang hadapannya.

"Ken--"

"ITU DIA!"

Terundur mereka bertiga apabila kini jelas dimata mereka ada berapa ramai entah manusia mula datang menyerbu mereka, Ditangan masing-masing adanya camera, Telefon.

Mampus.

"Puan Naylea!" Naylea terus mengecilkan tubuhnya dan terasa Delina sudah memeluknya, Tiba-tiba jantung dia berdegup laju, Takut... Bukan sorang tapi dia rasa berpuluh-puluh orang sudah mengelilingi mereka, Tangannya yang sudah menggigil teruk itu naik menutup wajahnya.

Ya Allah apa lagi ni.

"Puan Naylea sila beri penjelasan."

"Puan Naylea apa perasaan--"

"Puan Naylea--"

Berebut mereka untuk menyoal Naylea, Dan mereka semakin menolak antara satu sama lain, Sampaikan Naylea sudah terlanggar begitu juga Sally dengan Delina. Bergalut mereka ditengah-tengah itu. Suara-suara yang bertanya tidak kedengaran Jelas ditelinga Naylea apabila tiba-tiba saja dia terasa sesak.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang