Selasai makan sarapan tadi kini mereka semua berkumpul diruang tamu, Anak Naysha yang sudah berumur 2 tahun itu kelihatan terkedek-kedek kesana kesini. Mereka hanya melihat tingkah kanak-kanak itu.
Tengku Hael berdeham sedikit cuba menarik perhatian mereka semua. Jelas dimatanya mereka yang berada disitu terus menoleh kearahnya termasuk isterinya. Tetapi gadis itu hanya melihatnya sekilas sebelum kembali menumpuhkan perhatian kepada anak Naysha itu.
"Hael nak minta izin nak bawa Naylea tinggal dengan Hael."Naylea yang mendengar itu sudah terkebil-kebil dia tidak menoleh kearah lelaki itu malah dia hanya memerhati anak buahnya itu. Taknak, Tolonglah jangan izinkan!.
"Eh apa pula minta izin lagi, Nay tu dah jadi isteri kamu dah jadi hak kamu pun sepenuhnya. Abah izinkan saja Hael..."Tengku Hael sudah tersenyum kecil mendengar itu. Jatuh kedua bahu Naylea mendengar itu. Boleh dia bayangkan kalau tinggal dia dan Tengku Hael saja. Mesti kekok dia.
"Bila abang ngah nak bawa angah pindah?"Tengku Hael menjatuhkan pandangan kepada adik iparnya. Senyuman kecil diukir kearah gadis muda itu, Naylea yang duduk sedikit jauh memasang telinga.
"Esok."
Naylea terus saja menoleh kearah lelaki itu, Esok? Lah cepatnya baju dia lagi belum kemas. Sempat ke tak kemas, Dia dahlah masih malas mahu kemas bajunya.
"Elok lah tu."Naylea menoleh kearah Abahnya, Abahnya ni pun senang betul bagi izin tahulah Tengku Hael tu suami dia tapi eeee. Ingin bersuara menyatakan dia tidak mahu mengikuti lelaki itu nanti apa pula kata Abahnya? Kata mereka yang lain? Naylea hanya mendiamkan diri terpaksalah dia walaupun perkahwinan ini bukan kemahuannya. Tetapi lelaki itu tetap suaminya yang sah jadi perlu ikut kemana saja lelaki itu pergi.
Tanpa mengeluarkan sebarang kata Naylea bangun dari duduknya dan kesemua mereka disitu terus menoleh kearahnya. Termasuk suaminya.
"Boraklah dulu, Nay nak naik atas dulu ye."Senyuman kekok diukir kearah mereka sambil tangannya naik menggaru hujung keningnya. Lalu tanpa menunggu balasan dari mereka Naylea terus saja melangkah pergi meninggalkan mereka diruang tamu itu, Langkah dibawa menuju ketangga.
Lebih baik dia tidur dari terus dengar dorang borak. Dia hanya mampu mendengar tidak mampu membalas.
Pintu biliknya dibuka perlahan sebelum terus mendekati katil miliknya. Terus saja dia menghempas perlahan tubuh kecilnya keatas katil itu, Tudung sarung yang dipakai dibuka sebelum diletak keatas meja tepi katil. Ah lega. Naylea mengemaskan posisinya, Dia nak tidur memandangkan awal pagi lagi dia sudah bangun padahal penat dia dari kemarin takleh bawa bincang.
Terus saja dia menutup kelopak matanya apabila mendengar bunyi pintu dibuka dari luar, Lah takkan lelaki itu ikut dia naik aduh, Nak tidur pun tak senang .
"Aku tahu kau belum tidur, Lebih baik kau kemas barang kau sekarang, Jangan nak buang masa sangat."Kata tengku Hael mendatar, Matanya menikam tubuh kecil isterinya yang membelakanginya itu. Tengku Hael hanya memasukkan tangan kedalam poket seluarnya sambil bersandar dipintu bilik Naylea.
Naylea yang memejamkan matanya sudah mengigit bibirnya, Geram suka hati saja nak arah dia, Dahlah dia penat nak rehat kejap pun tak boleh ke? Naylea tidak menghiraukan lelaki itu malah makin memejamkan rapat matanya. Serius dia ngantuk nak tidur.
"Naylea Syazal!"
"Apa awak nak?"Terus saja dia bangun mendadak apabila lelaki itu bertindak memanggil namanya sedikit kuat, Nasib baik keluarganya masih dibawah jadi tidak kedengaran sangat suara lelaki ini.
"Aku kata kemas baju kemas jelah, Yang kau degil sangat kenapa?"Mata Tengku Hael menikam tajam anak mata gadis itu yang jelas sudah menahan marah kepadanya .
"Malam ni kan boleh? Buang masa apanya? Tolonglah keluar bagi saya tidur kejap. Saya penat, Lagipun perlu ke awak ajak saya sekali tinggal dengan awak?"Tak boleh ke dia tak ikut lelaki ni? Tahulah suami tapi taknaklah ikut, Nak duduk sini je .
"Kau pikir aku nak sangat ke ajak kau tinggal dengan aku? "Kasar saja suara Tengku Hael, jika bukan anak uncle dani sudah lama dia tinggal begitu saja tak pun ceraikan terus.
"Takpelah awak balik sorang, Saya taknak ikut awak, Nanti pandailah saya cari alasan, So Tengku Hael silakan pergi ye."Ujar Naylea selamba sebelum menjeling sekilas wajah tampan itu. Dia kembali membaringkan tubuhnya membelakangkan lelaki itu, Mereka masih dirumah keluarganya pun sudah banyak makan hati, Inikan tinggal dia dan Tengku Hael saja. Mungkin silap-silap mati dia akibat hari-hari makan hati.
"Kau ni memang bodoh eh? Tak boleh ke kalau tak menyusahkan aku? Semak tahu tak, Aku kata kemas baju kau kemas jelah perempuan."Panas hati dia melihat keselambaan gadis itu, Pantas saja Tengku Hael mendekati Naylea sebelum tangan gadis itu ditarik dan digenggamnya kuat memaksa gadis itu bangun dari baringnya.
"Auw sakitlah Hael lepas, Apa awak ni?"Terkejut dia dengan tindakan kasar lelaki itu kepadanya, Dia yang sudah berdiri dihadapan Tengku Hael disebabkan ditarik kasar oleh lelaki itu Sudah menikam anak mata milik Tengku Hael, Wajahnya berkerut sakit akibat genggaman kuat Tengku Hael kepadanya. Dia cuba untuk melepaskan genggaman itu dari tangannya sumpah sakit.
"Sakit? Kau dengar sini. Sekali lagi kau tunjuk perangai kau macam tu dekat aku memang habis kau aku kerjakan. Jangan cabar aku."Katanya berbisik kasar dihadapan wajah cantik itu. Terus saja dia melepaskan kasar genggaman nya kepada isterinya sampaikan tubuh kecil itu terjatuh menghempap katil kembali.
Naylea sudah mengkemam bibirnya menahan sakit dan marah. Matanya yang berkaca dibiarkan. Dia kembali duduk diatas katil sambil mengusap tangannya yang sudah bertanda merah itu, Tidak dia sangka lelaki itu berani bertindak sampai begini.
"Kau kemas sekarang Naylea..."Tengku Hael kembali memasukkan tangannya kedalam poket seluar sambil memandang kosong wajah isterinya yang hampir saja mahu menangis itu. Gertak sikit dah nangis lemah betul.
"Keluar."Perlahan saja suaranya tetapi dia yakin lelaki itu dengar. Air matanya ditahan sumpah sakit hatinya sudah tidak tertahan.
"Kau kata ap--"
"Saya kata keluar Hael!"Suaranya ditahan dari menjerkah suaminya itu, Matanya mencerlung tajam kearah Tengku Hael. Air matanya yang sudah mengalir dibiarkan.
Tengku Hael menjeling sekilas isterinya sebelum dia melangkah mendekati pintu lalu dia melangkah keluar dari bilik itu. Takkan dia beria nak lama-lama dengan isterinya itu. Naylea memandang dengan ekor matanya. Hilang saja kelibat lelaki itu pantas kedua kakinya dinaikkan keatas katil lalu wajahnya disebamkan kelututnya.
Terhenjut bahunya akibat dari esakannya, Dosa apa dia dekat lelaki itu sampaikan dia dilayan begini? Apa Tengku Hael pikir hanya dia saja yang terpaksa kahwin ke? Habistu dia ni apa?.
Tidak sampai berapa hari menjadi isteri lelaki itu dia sudah sakit begini tidak tahu apakan dia hadap lagi lepas ini...
To be continued
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...