Naylea melangkah masuk kedalam rumah mereka, Dia baru balik dari kedai. Ruang tamu menjadi tujuan, Dia melabuhkan punggungnya disalah satu sofa disitu. Begnya hanya dicampak ketepi sebelum dia menyandarkan belakangnya disitu. Cuba merehatkan dirinya.
Entah bagaimana keadaan kedua orang yang bergaduh tadi pagi, Dia habis je kejadian tu turun kerja dan sudah tidak tahu apa lagi yang terjadi dengan Tengku Hael mahu pun Yasmin.
Naylea mengeluh kecil sebelum kembali menegakkan tubuhnya, Kini tangannya perlahan-lahan menjalar ke betisnya. Dia mula mengurut perlahan. Tiba-tiba terasa lenguh.
Sedang ralit mengurut betisnya dia sedikit tersentak apabila ada kelibat yang mengambil tempat dihadapan, Betul-betul mencangkung dihadapannya terkejut kecil Naylea dibuatnya.
"Hey. Kenapa ni?"
Soal Tengku Hael perlahan, Dia memandang tangan Naylea yang mengurut betis sendiri itu. Sakit kah dia? Terus saja dia mengalihkan tangan kecil itu sebelum diganti dengan tangannya. Dia mula mengurut perlahan betis Naylea.
Dari tadi dia tunggu kepulangan Naylea, Dahlah pergi kerja tadi tak bagitahu dia. Punyalah bosan dekat rumah. Dia tak pergi office sebab tiada mood. Kalau pergi pun sah satu kerja dia tak buat, Ingatkan Naylea tak pergi kedai, Masa dia turun balik tadi pagi mak buyung ni dah takde.
Naylea hanya terdiam, Terkebil-kebil matanya melihat tangan Tengku Hael yang sedang mengurut betisnya itu. Tidak lama terus dia mahu menjauhkan betisnya dari terus diurut lelaki itu tetapi laju saja Tengku Hael menarik kembali.
"Janganlah." Ringkas saja amaran lelaki itu kepadanya dan itu berjaya menghentikan niatnya untuk menjauhkan betisnya daripada diurut oleh Tengku Hael. Naylea cuba mengawal riak wajahnya kini dia sudah membiarkan Tengku Hael mengurut betisnya itu. Dia kembali menyandarkan belakangnya disofa tersebut.
Tak selesa sebenarnya. Kekok!
"Kenapa pergi tadi tak bagitahu aku?" Soal Tengku Hael apabila berapa minit mereka berdiam diri, kini matanya sudah naik menatap anak mata bundar itu yang juga sudah menatapnya, Terus keningnya diangkat mahu meminta penjelasan. Tangannya masih setia mengurut betis Naylea.
Naylea tidak menjawab segera lagi berpikir mahu menjawab apa raut wajahnya biasa saja.
"Entah. Saja." Balasnya acuh tak acuh, Takkan nak cakap yang dia taknak kacau lelaki ini tadi? Kan tengah marah. Marah dengan cinta hati dia yang buat hal tadi.
"Ah sakitlah!" Naylea mengadu sakit sebelum bertindak menepis tangan Tengku Hael, Berkerut sakit dia dibuatnya apabila Tengku Hael selamba saja memicit betisnya. Sakit!
Tengku Hael tersenyum senget, Tahu pun sakit. Dia tanya elok-elok jawab macam apa je. Ambik. Dahlah geram dengan perangai Naylea. Suka hati je pergi tak minta izin dengannya.
"Tahupun sakit. Aku tanya elok-elok tau Naylea." Mencebik tanpa sedar Naylea dibuatnya, Tangan Tengku Hael yang kembali mahu mengurutnya laju ditepis. Wajah tampan itu juga dijelingnya.
"Kenapa nak sibuk? Suka hati sayalah. Nak bagitahu ke taknak suka hati saya." Ujar Naylea yang jelas kedengaran tidak puas hati, Selama ni takde nak gelabah macam ni. Sekarang acah je lelaki ini.
"Eh mestila sibuk dah kau isteri aku, Ingat bagus pergi je tak minta izin suami. Kau ingat bagus?" Mendengar bidasan Tengku Hael seperti itu laju saja Naylea membuka mulutnya untuk menjawab tetapi cepat saja tersedar. Dia terus mengkemam bibirnya.
"Ha apa?"
Kata Tengku Hael lagi apabila perasan dengan tingkah wanita ini.
Naylea hanya mendengus kasar. Kalau diikutkan kata hatinya tadi memang dia akan bidas Tengku Hael habis-habisan. Kau ingat bagus, Kau ingat bagus konon, Diri sendiri banyak salah. Bukan salah kecik tapi besar! Tak ingat tak bagus pula.
![](https://img.wattpad.com/cover/306165375-288-k625994.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...