Naylea melangkah keluar daripada perut keretanya, Rumah dihadapannya dipandang sekejap sebelum satu Keluhan terlepas daripada bibirnya.
Pintu keretanya ditutup sebelum dia mula mengatur langkah menuju kepintu utama, Rumah keluarga Tengku Hael, Dia mendapat panggilan daripada mertuanya dan menyuruh dia datang kesini selepas kerja, Katanya ada hal penting. Semestinya tentang Tengku Hael.
"Assalamualaikum." Salam diberi sebelum dia masuk kedalam, Ruang tamu menjadi tujuannya.
"Kak Ngah!" Sesampai diruang tamu Naylea tersenyum apabila terus diterjah oleh Tengku Ishal, Gadis muda itu terus mendapatkan dia sebelum memeluk lengannya, Sempat dia menepuk perlahan tangan Tengku Ishal sebelum dia menoleh kearah mereka yang lain.
Semua keluarga Tengku Hael ada, Tengku Inaya, Tengku Iesha, dan semestinya Tengku Hael. Bonda dan juga ayah. Suami kedua iparnya itu juga ada.
"Nay sini sayang." Tengku Irene mengamit menantunya, Tidak menunggu lama Naylea dan Tengku Ishal berjalan mendekati mereka yang lain, Sebelum melabuhkan punggungnya Naylea sempat mengucup tangan kedua mertuanya itu. Apabila dia melabuhkan punggungnya Tengku Ishal kembali merangkul tangannya.
Sempat mata dia melirik kesatu sudut, Kearah Tengku Hael. Lelaki itu hanya tertunduk dan seakan tidak terkesan dengan kehadirannya.
"Isteri kamu dah ada Hael, Kamu nak bagitahu apa?" Kedengaran suara Tengku Hisyam mula menegur Tengku Hael yang hanya mendiamkan diri saja itu, Mereka semua sudah menumpuhkan perhatian kearah Tengku Hael, Anak keduanya ini mengatakan ada sesuatu yang mahu dia sampaikan. Entah apa agaknya.
Naylea bertindak mengenggam kuat tangannya sendiri, Entah kenapa dia merasa tidak enak, Dan dia seakan tahu saja apa yang ingin Tengku Hael katakan.
Tengku Hael mula mengangkat pandangannya dan satu persatu mereka yang berada dihadapannya dipandang kecuali wajah seseorang. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan wanita itu.
Duduknya diperbetulkan, Sempat Tengku Hael berdeham kecil cuba mengstabilkan dirinya yang sudah gementar itu, Dia tahu dia akan mengecewakan orang sekelilingnya tetapi dia tiada pilihan lain. Dia kena teruskan memandangkan juga dia sudah berjanji untuk melakukan ini.
"Hael nak kahwin." Senafas saja perkataan itu meluncur keluar daripada mulutnya, Kepalanya kembali ditunduk sebelum kelopak matanya dipejam, Disaat itu juga dada dia terasa sempit, Dan sakit.
"Kahwin?" Soal Tengku Irene tak faham, Berkerut seribu dahi wanita itu untuk cuba memahami maksud kata-kata daripada anak nya tadi. Mereka yang lain turut memasang wajah bingung. Masing-masing tidak faham.
Kecuali Naylea. Bagaikan ada sesuatu menyusup masuk kedalam jantungnya apabila mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Tengku Hael tadi, Setiap detakkan jantung dia sekarang terasa sakit.
Ya Allah...
"Hael nak kahwin dengan Yasmin." Sekali lagi suara Tengku Hael kedengaran dan ini berjaya membuat mereka semua terdiam, Tiba-tiba suasana berubah hening.
"Apa yang kamu merepek ni Tengku Hael Hazreeq." Perlahan tetapi keras saja suara Tengku Hisyam memecah kesunyian yang terjadi beberapa minit tadi, Kini duduknya sudah tegak dan pandangan tajam dilemparkan kearah anaknya. Raut wajahnya yang tenang kini perlahan-lahan berubah bengis.
"Hael tak merepek, Hael serius. Hael nak kahwin dengan Yasm--"
"TENGKU HAEL HAZREEQ!" Pekik Tengku Irene lantang, Bergema suara Tengku Irene memenuhi ruangan itu, Wanita itu juga sudah bangun dari duduknya dan kini berdiri dihadapan anak lelakinya, Jelas dada Tengku Irene sudah berombak menahan marah.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...