Naylea menarik selimut yang menutupi tubuhnya perlahan, Lutut dia juga sudah dilipat kedadanya. Sejuk gila, Dengan hujan lebat lagi macam ni. Jam baru pukul 2 tengah malam.
Naylea mengeluh perlahan, Kipas yang digantung diatas itu dipandangnya, Nak matikan benda tu boleh tak? Dia dah tak tahan sejuk, Rumah kayu macam ni kalau malam-malam memang sejuk tambah pula tengah hujan lebat sekarang ini memang berlipat kali gandalah sejuk dia dibuatnya.
Matanya terkebil-kebil memandang Tengku Hael yang elok saja tidur meniarap itu, Biar betul lelaki ni, Tak sejuk ke dia? Dahlah tak pakai selimut tapi lena saja tidur lelaki itu, Bunyi hujan mengenai atap pun seakan tidak menganggu lena lelaki itu. Hanya bantal guling yang memisahkan mereka.
Perlahan-lahan mata Naylea memandang kembali kipas itu, Kalau dia matikan benda tu boleh kan? Dia bukan apa nanti kang mengamuk bapak singa sebelah dia ni, Tapi rasanya takkan sedar punya lelaki ni. Nyenyak semacam tidur dia.
Perlahan selimut yang menutupi tubuhnya diselak dan dia mula mengesot ketepi katil, Dia berpeluk tubuh, Lengan dia diusap perlahan, Biar betul rumah Nenda ni kalau hujan boleh sejuk macam ni.
Tangan mematikan kipas tersebut dan Naylea menghela nafas lega. Mengurang sikit sejuk dia, Ni dahlah kipas dari arah bawah kaki mereka, Memang merana dia dibuatnya.
Perlahan Naylea kembali berpusing kearah katil, Dia mendekati katil semula, Perlahan dia membaringkan tubuhnya kembali, Selimut ditarik menutupinya, Dah okey dah tak sejuk macam tadi dah.
Dia mengiringkan tubuhnya membelakangi Tengku Hael, Bersedia mahu menyambung tidurnya, Baru dia mahu melelapkan matanya gerakkan daripada sebelahnya menghentikan dia. Naylea pantas menoleh kebelakang, Hanya kepala saja yang ditoleh. Jelas kelihatan Tengku Hael yang sudah menelentang dan menggosok matanya. Terkedip Naylea melihat lelaki itu.
Tengku Hael memandang mamai kipas yang sudah semakin perlahan berpusing itu, Kening dikerutkan sebelum dia menoleh perlahan kesebelahnya, Jelas dia sedikit tersentak apabila bertemu mata dengan gadis itu.
"Ke--kenapa awak bangun?" Soal Naylea polos, Dia membuat lelaki ini terjaga ke? Ke sebab dia matikan kipas, Tu sebab Tengku Hael terbangun. Habislah.
"Kau matikan kipas tu ke?" Soal Tengku Hael dengan suara serak basahnya, Dia sudah membangunkan sedikit tubuhnya dan mata masih menatap sedikit mamai wajah cantik isterinya, Panas tahu tak, Dia tersedar betul apabila kipas tu mati.
Naylea mengemam bibirnya mendengar soalan lelaki itu, Dengan lambat dia mengangguk kecil. Jelas kedengaran Tengku Hael berdecit Kecil.
"Panas tahu tak, Kau matikan dah kenapa?" Naylea jelas ternganga mendengar ujaran lelaki itu, Panas? Biar betul Tengku Hael ni? Kulit beruang ke apa lelaki ini? Punyalah sejuk dia kata panas.
"Awak kata panas? Hael punyalah sejuk dengan hujan macam ni lagi awak kata panas?" Soal Naylea tak percaya, Sah Tengku Hael ahli neraka. Tu sebab kata panas, Gila lelaki ini terkejut dia.
Tengku Hael menghiraukan kata-kata gadis itu, Dia bertindak mengesot ketepi katil sebelum bangun dari katil itu, Dia berjalan mendekati kipas dan tangannya selamba menghidupkan kembali kipas itu.
Naylea pula yang terasa mahu menangis.
"Taknaklah Hael sejuk tahu tak." Rengek Naylea perlahan, Dia sudah bangun terduduk diatas katil itu, Matanya tidak melepaskan pandangan daripada Tengku Hael yang sudah memeluk tubuh dihadapannya. Kelihatan lelaki itu mengangkat kening kearahnya.
"Otak kau sejuk, Panas gila." Ujar Tengku Hael selamba, Tubuh kecil isterinya dipandang dengan wajah mengejek, Sejuk tang mana dia. Punyalah sedap kipas tu hidup kalau dimatikan macam nak lemas dah dia.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...