HAEL-NAYLEA | 38

37.4K 1.8K 233
                                    

"Ceraikan saya."

Langkah Tengku Hael yang baru mahu memasuki lift rumah mereka serta merta terhenti apabila suara lembut Naylea menyapa gegendang telinganya. Tengku Hael terbungkam sebelum rahangnya diketap kuat mendengar permintaan Naylea.

Naylea memandang kosong belakang Tengku Hael, Mereka baru sampai rumah, Dari tadi dia menahan rasa, Dan sekarang sudah waktunya untuk dia meminta haknya.

Yah haknya untuk minta diceraikan.

Tengku Hael berpusing menghadap Naylea, Wajahnya dingin pandangannya tajam terhadap wanita itu, Jelas dimatanya pandangan kosong Naylea terhadapnya, Wajah jelita itu juga kelihatan tenang saja.

"Berapa kali aku nak cakap? Aku. Takkan ceraikan kau Naylea." Keras suara Tengku Hael menekan ayatnya, Jelas nadanya juga tertahan, Membahang seluruh tubuhnya apabila tidak habis-habis mendengar perkataan cerai hari ini.

"Saya nak bercerai! Hael awak nak kahwin dah pun, Yasmin dah balik dah pun, Apa lagi awak nak? Bonda, Ayah. Dah bagi izin pun untuk kita bercerai." Ditatap berani anak mata lelaki itu, Bergetar sedikit suaranya, Dadanya juga sudah tidak berapa teratur, Apa lagi Tengku Hael nak kan? Lelaki itu nak kahwin dah pun. Apa lagi gunanya dia?.

"So? Kau ingat kalau dorang izinkan aku akan ceraikan kau ke? No... Never... Sampai bila-bila pun aku takkan ceraikan kau Naylea." Ujar Tengku Hael tanpa perasaan, Walau apa pun jadi, Dia takkan sesekali ceraikan Naylea, Lantak Keluarga dia nak buat apa, Yang penting Naylea tetap akan menjadi isterinya.

Sampai bila-bila.

Naylea menghela nafasnya, Kelopak mata dipejam, Cuba menenangkan diri sekejap. Dia tak faham, Sumpah dia tak faham dengan Tengku Hael.

"Apa motif awak sebenarnya? Nak kahwin tapi awak taknak ceraikan saya. Awak betul-betul nak seksa saya ke Hael? Besar sangatkah dosa saya dekat awak? Tak cukup awak pijak maruah saya, Sekarang nak madukan saya pula?"

"Hael... Tolong... Tolong jangan buat saya macam ni. Kalau awak nak kahwin, Kahwin je Hael, Tapi lepaskan saya. Saya dah taknak duduk dengan awak, Lagi-lagi nak bermadu bagai. Saya taknak Hael." Kepala Naylea tergeleng kecil, Kelopak matanya kembali dibuka, Bibir mungilnya sedikit terketar.cuba menahan sebak, Matanya sudah dirasakan membahang dan anak matanya jelas bergetar menatap raut wajah Tengku Hael dihadapannya. Sedaya upaya ditahan air matanya daripada menitis dihadapan Tengku Hael.

Tengku Hael tidak segera menjawab malah dia terdiam ditempatnya, Mendengar suara sayu Naylea membuat dia kehilangan kata-kata untuk membalas, Dadanya bagaikan dirobek mendengar suara lembut itu yang jelas hancur.

"We don't even love each other. Kita kahwin sebab terpaksa, it's been 4 month Tengku Hael, Awak dah dapat pun apa yang awak nak, Lagi-lagi Yasmin dah balik dekat awak sekarang, Nak kahwin dah pun. Can you just let me go Tengku Hael? Saya pun nak bahagia juga." Penuh sebak Naylea kembali menyambung percakapannya, Terasa sesak didadanya. Wajahnya sudah berubah sungul dan tatapannya sudah lembut terhadap Tengku Hael.

Sudah tiada harapan lagi untuk mereka berdua, Tiada sebab lagi dia kena terus bersama dengan Tengku Hael, Lagi-lagi bermadu bagai. Tengku Hael pun tidak mencintainya jadi tiada sebab untuk lelaki itu terus mengikatnya lagi.

Penumbuk digenggam kuat sebelum Tengku Hael melangkah mendekati tubuh kecil itu, Kini dia berdiri betul-betul dihadapan wanita itu sampaikan Naylea terdonggak untuk menatapnya.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang