Tengku Hael membuka perlahan kelopak matanya. Keningnya sedikit berkerut sebelum dia menoleh perlahan ketepinya. Dia yang masih mamai sedikit tersentak apabila wajahnya dan wajah isterinya hanya jarak berapa inci saja.
Kelihatan gadis itu masih dengan lenanya. Dan sebelah tangannya elok saja memeluk pinggang gadis itu manakala sebelah pula dijadikan bantal oleh gadis itu. Tengku Hael menelan perlahan liurnya. Tidak tahu sudah pukul berapa sekarang yang pasti mungkin mereka sudah terlepas solat subuh. Terlalu nyenyak tidur sampaikan dia sudah terlepas subuh.
Kini bebola matanya menjalar disegenap wajah cantik itu. Dari kening turun ke mata yang tertutup rapat. Tetapi masih jelas kelihatan sedikit membengkak akibat banyak sangat menangis. Dan bulu mata. Naylea mempunyai bulu mata yang tak panjang tetapi sedikit melentik. Hidung yang sedikit mancung dan terakhir matanya berhenti betul-betul dibibir merah yang jelas pucat dan kering itu.
Just perfect.
Naylea sangat cantik. Dia tidak boleh nafikan itu. lagi-lagi kulit putih melepak Naylea semakin membuat gadis ini bertambah cantik.
Tidak bertahan lama dia memandang situ. Matanya kembali naik menatap mata yang masih tertutup rapat itu. Tangannya yang berada dipinggang kecil itu naik menyentuh dahi Naylea.
Sudah kebah sedikit.
Suhu badan Naylea dirasakan tidaklah sepanas semalam dan itu melegakan Tengku Hael. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala gadis itu sebelum tangannya ditarik. Dan kepala isterinya kembali dibaringkan. Dia tidak mahu menganggu lena gadis ini. Dia tahu Naylea perlukan rehat secukupnya disebabkan kemarin gadis ini kehabisan banyak tenaga. Tengku Hael menyelak perlahan selimut menutupi mereka. Sedaya upaya mata ditahan dari menatap tubuh atas gadis itu. Dia bangun dari katil sebelum kembali menundukkan badannya dan menarik selimut untuk menutupi tubuh kecil itu.
Habis saja Tengku Hael kembali menegakkan tubuhnya. Dia memandang kearah meja kecil tepi katil. Dulang makanan yang dibawanya semalam masih disitu. Matanya terpandang kearah telefone miliknya yang elok diletakkan diatas meja. Terus dia mencapai. Baru pukul 8 pagi dan matanya disapa dengan panggilan tak diangkat daripada Tengku Razzaq. Bukan sekali tapi 10 kali panggilan daripada sahabatnya itu. Jelas dia benar-benar tidak sedarkan diri sudah semalam. Dan lupa sahabat dia masih ada dibawah.
Lagipun telefonnya dalam mode silent memang takkan sedarlah dia.
Tengku Hael kembali meletakkan telefonnya sebelum dia berjalan kehujung katil. Dia mahu mandi dulu sebelum turun kebawah. Dia tidak tahu sudah keadaan semalam. Keluarga dia balik pukul berapa. Sahabat dia pun.
Dia berjalan kehujung bilik sebelum mencapai tuala milik Naylea. Selepas itu terus dia berjalan menuju kebilik air.
Tengku Hael mengatur langkah menuju kearah ruang dapur. Jelas kedengaran bising disitu dan semestinya suara Nenda dia dan Bondanya jelas kedengaran ditelinganya.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...