Naylea, Delina dan juga Sally sama-sama mengangkat kepala masing-masing dan pandangan tertumpuh kearah pintu yang ditolak dari luar menandakan ada pelanggan masuk.
Tapi melihat susuk si pelanggan masing-masing terdiam. Dan hanya mata yang memandang tak percaya melihat kelibat dihadapan mereka itu. Lagi-lagi Naylea sudah terkebil-kebil melihat kearah kelibat dihadapannya itu.
Tengku Hael!
Lelaki itu buat apa dekat sini?
"Err, Hael." Sapa Naylea sebelum dia bangun dari kerusi kaunter itu. Langkah dibawa mendekati suaminya. Hujung kening sempat digaru apabila terasa gatal tiba-tiba. Sally dan Delina hanya terpaku memandang Tengku Hael.
Sesampai dihadapan lelaki itu. Naylea sedikit mendonggak. Jarak mereka tidaklah dekat sangat. Ada ruang lagi. Manakala Tengku Hael pula tertunduk menatap isterinya.
"Awak kenapa datang sini?" Soal Naylea lembut. Pelik juga Tengku Hael datang sini tiba-tiba. Sempat lagi Naylea menoleh sekilas kearah kedua sahabatnya. Kelihatan keduanya hanya memandang kearah mereka. Naylea mengemam bibirnya. Sebelum dia kembali menoleh kearah Tengku Hael.
"Nenda suruh datang rumah dia sekarang. Aku tiada nombor kau nak call sebab tu aku datang sini je terus." Balas Tengku Hael malas. Sebab-sebab je tiada nombor gadis ini sampailah dia bersusah-susah datang tempat kerja Naylea. Nenda pun satu. Bagilah tahu awal-awal. Ni last minute juga dia bagitahu. Parah ni kalau tepat-tepat dia ada meeting. Nasib baik dia free sikit hari ini. Dan Naylea. Nenda suruh gadis ini untuk ikut sekali. Dia yang tiada nombor bini sendiri terpaksalah datang sini ambil Naylea. Masalah betul. Kalau tak boleh je dia suruh Naylea datang sana sorang-sorang. Jumpa dekat sana saja. Tapi tulah dia tiada nombor nak call.
Lah...
"Nenda suruh datang buat apa?" Tanya Naylea lagi. Baru jam 12 tengah hari ni. Dia pun baru habis rehat. Lagi satu. Kesian Tengku Hael. Susah-susah datang sini sebab nak bagitahu ini je. Tulah masing-masing mana ada save nombor. Kan kalau ada masalah jadi ginilah. Terpaksa datang sendiri.
"Entah. Aku pun tak tahu. Nenda suruh datang je." Nenda kata ada benda nak bagitahu jadi dia suruh mereka semua datang. Tak tahulah apa yang mahu Nenda bagitahu nanti. Naylea mengangguk kecil. Faham dengan balasan daripada Tengku Hael.
"Kalau macam tu awak pergilah dulu nanti saya menyusul."
"Tak payahlah. Kau pergi dengan aku sekali." Dia sudah penat-penat datang sini lepastu pergi sana naik asing. Tak ke bodoh namanya tu? Datang sini bagitahu Naylea je ke pastu blah? Otak dia. Baik dia angkut sekali budak ni. Tiadalah ketara sangat dia sanggup datang sini sebab nak bagitahu Naylea pasal ni je.
Naylea berpikir kejap. Habis tu kereta dia macam mana pula? Sanggup ke Tengku Hael ni nak hantar dia balik sini nanti?
"Habis tu kalau balik. Awak sanggup ke hantar saya sini balik? Rajinnya awak." Naylea tersenggih kearah Tengku Hael. Sempat dihujung ayatnya dia memerli lelaki itu. Bukan senang dapat usik lelaki ini. Jadi kalau ada peluang marilah kita pakai.
Tengku Hael mengecilkan pandangannya terhadap isterinya. Lagi-lagi sengihan tak bersalah gadis itu.
"Kau taknak aku terajang kau nanti tengah-tengah jalan raya baik kau pergi ambil barang kau sekarang. Jangan nak banyak tanya lagi situ. Sebelum penampar aku ni singgah muka hodoh kau tu. Baik kau diam je Naylea dan ikut je aku." Sengihan Naylea serta merta pudar apabila dibidas begitu oleh Tengku Hael. Pergh berasap telinga dia. Hodoh? Dia yang kemain cantik ni Tengku Hael cakap hodoh? Dasar buta! Dia tu yang hodoh dahlah mulut tak bertapis. Sumbat mulut tu dengan taik ayam kang. Ha terdiam seumur hidup.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...