Naylea hanya menunduk bermain dengan jari-jarinya sendiri, Manakala dihadapannya ada Sally dan Delina yang kadang-kadang berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang dia.
Keduanya hanya mendiamkan diri, Ingin bertanya takut Naylea menangis lagi, Kang susah lagi.
Delina mencerlungkan matanya kearah Sally sebelum kepala digerakkan kearah Naylea menyuruh Sally membuka mulut untuk bertanya kepada Naylea. Sally membuat muka tidak mahu.
"Kaulah!" Arahnya tanpa suara, Hanya gerakkan bibir saja. Wajah cantik Delina dijeling tajam, Dia kembali menumpuhkan perhatiannya kearah Naylea, Seketika keluhan kecil terlepas dari bibirnya, Sedari tadi, Sudah hampir sejam Naylea sampai tapi satu patah perkataan pun tiada yang keluar daripada mulut wanita ini, Naylea langsung tidak bercakap sedari tadi.
Diam dan diam saja.
Nak tegur pun takut, Nanti menangis lagi.
"Ma--maaf."
Tegak terus kedudukan Sally dan Delina apabila suara lembut Naylea sudah kedengaran, Jelas ditelinga mereka suara itu bergetar. Dan kelihatan Naylea yang sudah mengangkat pandangan memandang kearah mereka.
Melihat raut wajah sembap itu masing-masing mempamerkan wajah simpati, Tidak tahu apa masalah yang dihadapi sahabat mereka ini, Nampak sangatlah berat.
"Maaf, Datang-datang bawa masalah." Sambung suara lembut itu lagi, Satu senyuman manis dipaksa diukir dihadapan kedua sahabatnya, Ingatkan nak sembunyikan perasaan ataupun taknak keluarkan air mata dihadapan mereka berdua, Tetapi dia silap langkah. Dia tidak mampu menyembunyikan perasaan dia kali ini.
Delina menggeleng kecil, Dia turut tersenyum kelat, Kenapa sesak dada dia melihat keadaan Naylea sekarang?
"Kalau kau nak cerita kami ada tau, Kami sudi nak dengar, Tapi kalau taknak pun takpe, Kami faham." Lembut suara Delina mengatakan itu, Dia takkan memaksa Naylea untuk bercerita, Biarlah daripada kemahuan wanita itu sendiri. Apa yang perlu mereka buat sekarang adalah, Tenangkan saja hati Naylea.
Sally turut mengangguk setuju dengan ujaran Delina, Dia tersenyum manis dihadapan Naylea.
Semakin lebar senyuman Naylea.
Terkilan macam manapun, Kecewa macam manapun dan benci manapun dia, Dia takkan sesekali menceritakan perbuatan Tengku Hael terhadapnya kepada sesiapa pun, Aib dia Aib suami dia.
Jadi dia takkan sesekali menceritakan hal ini, Walaupun hatinya memberontak ingin mengeluarkan semuanya...
Naylea memandang lama almari yang dipenuhi dengan barangan makeup dia, Almari itulah yang dibeli Tengku Hael kepadanya.
Perlahan dia mengesot ketepi katil sebelum dia bangun dari labuhannya, Dan berjalan mendekati almari tempat dia meletakkan kesemua barangan soleknya itu, Tangannya laju mengambil satu brend foundation. Dan tidak dilupakan tempat blend. Dia melangkah pula kearah meja soleknya, Sebelum dia melabuhkan punggung disitu.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...