Naylea mencelikkan kelopak matanya perlahan, Matanya yang masih sepet itu memandang jam yang elok tergantung dihadapan. Berapa minit lagi nak subuh. Seketika kening berkerut apabila merasakan berat ditepi pinggangnya, Dengan gerakkan perlahan dia menundukkan pandangan sebelum terkebil mamai apabila kini matanya dihiasi dengan tangan seseorang, Yang semestinya siap dimasukkan kedalam bajunya.
Tidak semana-mana matanya terbuka luas, Mahu terhenti nafas sendiri apabila melihat tangan itu yang berada didalam bajunya. Bagaikan ada darah pekat menyerbu seluruh wajahnya.
Tidak menunggu lama Naylea terus berpusing kebelakang secara mendadak. Desisan terlepas apabila terasa senak diperutnya apabila dia berpusing secara mendadak begitu.
"Auw..." Terpejam kelopak mata dia menahan sakit. Sekali belakang pinggang dia terasa sakitnya. Terasa mahu patah pinggang dengan senak perut lagi. Memang cari penyakit Bibir diketap kuat.
Tengku Hael mencelikkan matanya apabila merasakan pergerakkan disebelahnya, Mata dia yang sememangnya masih sepet itu semakin mengecil melihat Naylea yang kelihatan seakan cuba menarik nafas itu. Siap kelopak mata itu terpejam rapat, Dan kening cantik itu jelas berkerut.
Melihat itu Tengku Hael terus mengangkat kepalanya sedikit dan matanya mula memerhati atas bawah wanita itu.
"Hey. Kenapa ni?" Soalnya prihatin tangannya yang masih melilit pinggang wanita itu mula mengusap perlahan tepi pinggang Naylea. Dari gaya Naylea macam dalam kesakitan. Kenapa?
Naylea menarik nafas dalam-dalam kesakitan yang dirasakannya semakin lama semakin mengurang. Soalan daripada Tengku Hael dibiarkan sepi.
Kau sabar jap semua salah kau.
Berapa minit menenangkan dirinya Naylea membuka perlahan kelopak matanya, Dan buka saja wajah tampan Tengku Hael menyapa pandangannya. Ada sedikit raut kerisauan dia wajah suaminya itu.
"Kau okey?" Soal Tengku Hael lagi. Ditatap lembut wajah jelita isterinya.
PAK !
"Argh! Naylea!" Bergema suara Tengku Hael mengadu sakit didalam bilik mereka apabila Naylea secara tiba-tiba menampar kuat dadanya. Sakit! Dahlah kuat budak ni tampar. Tengku Hael terus memegang dadanya yang baru habis jadi mangsa pukul Naylea, Terbaring dia kembali dan pandangan perlahan diturunkan melihat bekas tamparan Naylea.
Merah!
Naylea menyelak kasar selimut mereka sebelum berusaha mengesot ketepi. Hati dia panas. Kalau diikutkan kata hatinya memang habis dia kerjakan Tengku Hael. Terasa mahu ditendang lelaki itu sampai jatuh tergolek. Tapi sedar dia tak mampu. Badan Tengku Hael tu kalah gajah beratnya.
Apabila berjaya berdiri ditepi katil mereka dia berpusing dan memandang tajam Tengku Hael yang masih mengadu sakit itu.
Padan muka. Tu baru sikit.
"Dah gila? Saya cakap jangan tidur dengan sayakan! Apa awak ni Tengku Hael!" Marah Naylea tak puas hati, Geram dengan Tengku Hael, Tak reti bahasa ke apa? Sumpah dia sakit hati dengan Tengku Hael. Entah bila lelaki itu menyelinap masuk semalam, Dahlah peluk orang bagai tanpa izin. Peluk biasa takpe. Ni terlebih luar biasa. Memang minta kaki.
Tengku Hael menghela nafas kecilnya sebelum tangan dialihkan dari terus memegang dadanya, Dia perlahan bangun dan menyandarkan tubuh sasanya dikepala katil, Lantas kepala dipaling kearah Naylea, Seketika dia mencebik kecil melihat wajah bengis wanita itu.
Sikit-sikit nak marah, Sikit-sikit nak mengamuk. Terkam kang.
"Memang gila pun. Gilakan kau." Ujarnya selamba. Reaksi wajahnya terus saja berubah. Kini dia sudah menarik senyuman nakal manakala kening diangkat kearah isterinya. Seperti biasa. Dia suka Naylea marah. Makin wanita itu marah dengannya makin dia tambahkan lagi.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...