HAEL-NAYLEA | 34

37.4K 1.8K 125
                                    

Naylea membuka matanya perlahan lalu kepala dipalingkan perlahan kebelakang, Kelihatan Tengku Hael masih dengan lenanya. Naylea menghela nafas perlahan, Dengan gerakkan berhati-hati dia bergerak cuba mengambil telefon yang terletak diatas meja tepi katil wad Tengku Hael.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi, Nampaknya solat subuh dia terlepas, Bukan apa tapi dia tiada sediakan apa-apa, Pakaian dia yang sekarang pun masih sama dengan yang kemarin tak tukar.

Telefonnya kembali diletak sebelum dia memusingkan tubuhnya untuk menghadap Tengku Hael, Lelaki itu elok saja memeluk dia dari belakang, Dia tidur semalam pun tak lena sangat, Sikit-sikit terbangun sebab takut dia terlanggar luka Tengku Hael, Dia boleh tidur dekat sofa tapi Tengku Hael yang gatal tak benarkan.

Nasib baik dia jenis tidak lasak sangat tidur kalau tak payah je kena luka tu nanti. Mengada betul.

Tangan Tengku Hael yang berada dipinggangnya dipegang lembut, Berjaya saja memusingkan tubuhnya menghadap Tengku Hael, Terus bebola matanya bergerak memerhati seluruh wajah tampan itu. Polos persis bayi itulah Tengku Hael kalau sedang tidur.

Tak seperti sedang bangun, Suka menyakitkan hati kerjanya, Suka membentak mahu orang ikut kepala batu dia je, Paling penting biadap! Tangannya perlahan naik memegang hujung kening lebat milik suaminya itu.

Diusap lembut hujung kening Tengku Hael, Lama dia bermain dengan wajah Tengku Hael, Sebelum dia bangun sikit lalu melabuhkan satu kucupan didahi lelaki itu.

Senyuman nipis terhias indah dibibirnya dan dengan gerakkan perlahan tangan sasa itu yang masih setia berada dipinggangnya perlahan-lahan diangkat, Dia nak bangun nak basuh muka sebab dia nak turun bawah nak belikan Tengku Hael makanan.

Dia turun dari katil selepas berjaya merungkaikan pelukan Tengku Hael darinya, Dan selimut yang menutupi suaminya semakin dikemaskan, Selasai saja terus Naylea menghilangkan diri masuk kedalam bilik air.

Tengku Hael terus memalingkan kepalanya kearah pintu wadnya apabila pintu itu ditolak dari luar, Dan kelihatan susuk tubuh kecil isterinya yang melangkah masuk kedalam, Dan tangan wanita itu elok menjinjit dua plastik

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Tengku Hael terus memalingkan kepalanya kearah pintu wadnya apabila pintu itu ditolak dari luar, Dan kelihatan susuk tubuh kecil isterinya yang melangkah masuk kedalam, Dan tangan wanita itu elok menjinjit dua plastik.

"Eh dah bangun." Sedikit terkejut apabila pusing saja terus mata mereka bertemu, Tengku Hael sudah elok menyandarkan tubuh dikepala katil, Naylea tersenyum sebelum mendekati meja ditepi katil Tengku Hael, Dan makanan yang dibelinya diletak keatas meja tidak lupa juga dengan telefonnya.

"Ingat kau balik tinggal aku dekat sini." Terangkat kening Naylea mendengar itu, Balik? Manadalah dia pergi beli je pun, Tengku Hael memerhati Naylea, Masa dia bangun tadi kelibat Naylea sudah tiada, Ingatkan Naylea balik rumah dan tinggalkan saja dia dekat sini, Ternyata dia silap.

"Manadalah, Saya turun pergi kantin belikan awak makanan." Lembut saja suara Naylea menjawab dan dia mendekati Tengku Hael, Dia bukanlah jahat sangat mahu tinggalkan Tengku Hael sendirian. Gila agaknya.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang