HAEL-NAYLEA | 33

39.2K 1.8K 173
                                    

"Begitu syulit lupakan Sally, Apa lagi Sally pondan..." Merdu sekali suara Delina kedengaran bernyanyi dihadapan Naylea dan juga Sally yang sudah menjulingkan matanya keatas, Bebola matanya tajam menikam tubuh kecil Delina yang sudah berpusing-pusing lagak sedang menghayati 'kontsert' nya dihadapan mereka itu.

"Begitu susah cari gantinya--"

"KAU DIAM!"

Terhenjut bahu Delina mendengar jeritan lantang daripada Sallahuddin, aka Sally, Terkebil-kebil dia sekejap memandang Sally, Sumpah tak tipu, Suara Sally yang betul-betul punya suara keluar. Suara jantan dia!

Tidak lama kemudian sebelum Delina melepaskan ketawa besarnya, Siap menekan-nekan perut sendiri, Suka tengok Sally marah, Tak tenang kehidupan dia seharian kalau tidak mengusik Sally. Makin Sally bengang dengannya makin suka dia dibuatnya.

Makin berasap Sally melihat Delina yang semakin galak mengatawakan dia itu, Kurang asam tau budak Delina ni. Dia dahlah penat dengar lagu tu, Dimana-mana ada je lagu tu, Delina memang suka cari pasal.

Sally mendengus kasar, Dijeling tajam sahabatnya itu, Manakala Naylea hanya menahan ketawa melihat telatah kedua sahabatnya itu, Dia yang tengok pun penat apa lagi Sally yang hadap. Delina je ni tak pandai penat.

"Baik kau diam Delina, Kang aku campak kau dalam taik jamban kang ha." Amaran diberikan, Rimas pula dia melihat Delina yang masih beria ketawa itu, Entah apa yang lucu dia pun tidak tahu, Melebih je budak tu. Geram, Jual kang.

Delina menghentikan ketawanya apabila deringan daripada telefon Naylea menjerit nyaring, Tanda ada panggilan masuk, Laju kelihatan tangan Naylea mencapai telefonnya.

Seketika kening dia berkerut kecil apabila nama mertuanya terpampar diskrin telefonnya, Jarang-jarang mertuanya ini menghubungi dia. Tidak menunggu lama Naylea laju menekan butang hijau sebelum telefonnya dilekapkan terus ketelinganya.

"Hell--"

"Assalamualaikum Nay, Nay boleh datang hospital tak sekarang? Hael masuk hospital sayang. Kena tikam." Bagaikan mahu terhenti nafas sendiri mendengar berita yang disampaikan oleh mertuanya, Dia tak salah dengarkan? Bonda kata Hael masuk hospital kena tikam. Liur ditelan kasar dan tubuh kecilnya mula menggigil kecil.

"Ti--tikam? Allah kenapa sampai boleh kena tikam? Ke--kejap bonda Nay datang." Bergetar suara Naylea, Jantung dia semakin laju berdegup, Kalut dia berdiri dari duduknya, Dan jalannya sudah tidak tentu arah, Dia nak ambil sesuatu tapi dia lupa.

Kedengaran Tengku Irene meminta izin menamatkan panggilan tersebut kerana wanita itu juga masih dalam perjalanan kehospital. Naylea berlari laju mendekati kaunter, Dia nak ambil beg dia, Begnya dia rupanya yang dia tercari-cari tadi.

"Nak pergi hospital, Hael ke--kena tikam." Matanya yang mulai membahang itu memandang kejap Delina dan Sally yang hanya mendiamkan diri, Masing-masing jelas beriak bingung melihatnya.
Sally dan Delina berpandangan seketika sebelum keduanya kalut berdiri, Laju Delina berlari mendekati kaunter begnya turut diambil. Jelas masing-masing menayangkan reaksi terkejut.

"Aku teman kau jom." Ujar Delina sebelum mendapatkan Naylea, Sally turut tidak mahu ketinggalan, Dia turut membuntuti kedua sahabatnya itu, Nasib baik mereka tiada tempahan, Jadi tak risau pun kalau mahu tutup sekejap kedai mereka. Nanti pekerja lain pandai-pandailah buka sendiri.

Tak boleh biarkan Naylea memandu sendiri bahaya.

Tak boleh biarkan Naylea memandu sendiri bahaya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang