HAEL-NAYLEA | 46

40.8K 1.8K 70
                                    

Tengku Hael membuka perlahan pintu bilik mereka, Dia baru habis menjawab semua panggilan dari keluarganya dan keluarga Naylea, Umi takpelah lembut je bercakap dengannya, Cuma berpesan suruh jaga anak dia elok-elok.

Tapi keluarganya. Boleh pecah telinga dia, Lagi-lagi bondanya dengan kakak sulung dia. Pedas betul bercakap macam dia dah betul-betul tak layak nak jaga Naylea. Nenda pun menyampat membebel dia. Tapi takdelah teruk sangat. Pesan orang-orang tua je.

Masuk saja kedalam matanya terus tertancap keatas katil mereka, Kelihatan jelas tubuh kecil itu yang elok terbaring membelakanginya, Mungkin terlelap. Tudung masih elok tersarung tidak dibuka pun. Tengku Hael mendekati katil tersebut.

Dia tersenyum senget, Matanya meliar memerhati gaya tidur Naylea, Dekat belakang pinggang Naylea elok ada bantal, Wanita itu juga meletakkan bantal diatas perutnya.

Tengku Hael menjatuhkan tubuhnya ditepi katil gaya mencangkung, Dan matanya memerhati segenap wajah polos Naylea yang terlena, Tidak teragak-agak tangannya mengusap kepala isterinya yang masih tersarung tudung itu. Lama dia mengusap kepala Naylea bermacam-macam yang bermain dalam pikirannya. Sebelum matanya melorot jatuh kearah perut Naylea yang ditutupi dengan bantal.

Tengku Hael tersenyum nipis.

Kini tangannya dialihkan kearah bantal yang menutupi perut bulat itu, Perlahan-lahan tangannya mengalihkan bantal tersebut sebelum hanya diletak kebawah lantai. Dia kembali memandang perut Naylea. Rahang diketap perlahan teruja melihat itu. Dengan sedikit gugup tangannya perlahan-lahan menghampiri perut Naylea.

Semakin hampir semakin berubah rentak jantung dia. Kini tangannya sudah menyentuh perlahan perut bulat Naylea, Liur ditelan apabila tangannya sudah menyentuh sepenuhnya perut Naylea.

Dia mula mengusap perlahan, Ya tuhan. Sekian berapa bulan ini dia perhati dari jauh saja baru sekarang ada peluang untuk dia sentuh. Dia bertindak mendekatkan wajahnya keperut Naylea.

"Hai. Anak papa." Sapa Tengku Hael dengan gaya berbisik, Semakin ligat tangannya mengusap perlahan perut Naylea, Kini dia sudah tersenyum lebar, Semakin teruja dia dibuatnya.

"Thankyou for coming in the right time baby, Thankyou for always being there with your mama when I'm not around." Sambung Tengku Hael lagi, Kali ini senyuman dia menipis, Tipu kalau tidak terkilan apabila tiada disisi Naylea semasa awal kandungan, Tidak dapat merasa melayan macam-macam ragam Naylea semasa awal kandungan, Tidak dapat merasa perkembangan anaknya dimasa awal kandungan, Kini sudah masuk 5 bulan baru dia dapat merasa.

Semua Naylea hadap seorang diri. Padahal awal-awal kandungan lah suami kena ada disisi seorang isteri. Sebab akan ada macam-macam ragam kena hadap.

Sedih tapi sedar diri semua berpunca darinya...

"I'm sorry..."

Tengku Hael bertindak mengucup perut Naylea sekilas, Walaupun sedikit terlambat, Akan dia pastikan kali ini semua kerenah Naylea mahupun perkembangan anaknya dia akan turuti dan juga tidak akan terlepas lagi.

InsyaAllah...

InsyaAllah

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang