HAEL-NAYLEA | 7

38K 1.9K 206
                                    

"So how was life after marriage bro?" Soal Tengku Razzaq sebelum dia mencapai minumannya dan disedut straw perlahan, Mereka sekarang berada dicafe milik Syed Luth haizar matanya hanya menatap Tengku Hael yang duduk dihadapannya.

Terangkat hujung bibir Tengku Hael mendengar soalan sahabatnya itu.

"Serabut." Sepatah saja jawapannya tetapi mampu membuat ketiga jejaka dihadapannya itu terdiam.

Syed Zaquel hanya mengangkat bahunya apabila matanya bersilih ganti bertemu dengan mata Tengku Razzaq dan juga Syed Luth.

"Maksud kau?" Kini suara Syed Luth menyapa gegendang telinga mereka. Rambutnya diraup kebelakang, Walaupun sudah faham dengan jawapan Tengku Hael tadi tetapi dia saja ingin menyoal lagi lelaki itu.

"What did you guys expect? Aku akan terima perempuan tu ke? Sudah tentunya tidak." Senyuman kecil terukir diwajah tampannya. Matanya memandang satu persatu reaksi dari ketiga sahabatnya itu. Kalau sahabatnya sangka dia akan menerima perkahwinan ini begitu saja then they are totally wrong .

"Kau tak rasa ke diri kau tu kejam?" Terangkat alis tebal Tengku Hael apabila mendengar kata-kata yang baru saja keluar dari mulut Syed Zaquel, Kejam? Kejam apanya dia bukan buat apa pun.

"Kejam apanya maksud kau ni?"

Senyuman senget terukir diwajah tampan Syed Zaquel, Dia menyandar kemas tubuhnya dikerusi sebelum matanya menatap dalam wajah tampan sahabatnya itu.

"Disebabkan kau taknak harta tu jatuh ketangan Rayyan kau sanggup buat kerja bodoh, Sudah tahu syarat tu perlu kahwin dengan budak tu tapi kau tetap pilih jalan tu. And now what? Kau kata serabut? Kau ni ada perasaan ke tiada?" Wajah Syed Zaquel sudah berubah serius. Dia tidak faham dengan Tengku Hael yang sanggup buat kerja bodoh hanya disebabkan Tengku Rayyan dan tidak sedar bahawa telah menyusahkan hidup seseorang yang langsung tiada kena mengena.

"That's why i ask her to run away but she didn't listen. Aku awal-awal lagi dah bagitahu dia yang aku ada Yasmin but look what she did? Dia tetap nak kahwin, Salah aku ke?"

"Bro are you serius? Tergelak kecil Syed Zaquel mendengar jawapan lelaki itu "Salah kaulah, Kau tahu dah ada Yasmin yang kau pilih jalan tu kenapa? And what? You ask her to run away? Gila ke kau? Kalau dia lari haritu kau sajalah senang habistu dia apa? Merana?
Dibenci keluarga, Dipersalahkan, Hael kau heret dia dalam masalah ni faham tak, Kau tiada hak pun untuk salahkan dia dan benci dia." Tengku Razzaq dan Syed Luth hanya mendiamkan diri, Terdiam mendengar bidasan Syed Zaquel terhadap Tengku Hael. Dan mereka sangat setuju dengan apa yang sudah keluar dari mulut Syed Zaquel, Tidak faham dengan perangai Tengku Hael, Salah sendiri tapi act dia yang victim .

Tengku Hael terdiam, Kebetulan dengan apa yang Syed Zaquel lontarkan kepadanya, Memang dia tidak layak untuk melayan Naylea seperti itu, Disebabkan ini berpunca darinya sendiri. Naylea langsung tidak layak untuk dia benci sebab gadis itu langsung tiada kena mengena dengan semua ini. Tetapi hanya disebabkan nama gadis itu tertulis dalam wasiat Atuknya dan terus saja gadis itu terheret dalam masalah ini. Jika dia hanya membiarkan harta itu jatuh ketangan Tengku Rayyan mungkin hidupnya masih seperti biasa tidak seserabut seperti sekarang, Tapi dia salah langkah dan sudah terlambat untuk mengundur.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang