HAEL-NAYLEA | 50

45.4K 1.8K 86
                                    

Naylea memasuki bilik mereka, Dah nak pergi kerja tapi dia lupa bawa beg dia. Masalah betul. Katil didekati sebelum begnya yang terletak ditengah-tengah katil itu diambil. Naylea kembali mendekati pintu mahu keluar kembali daripada bilik itu.

Sedang melangkah mahu menuju kearah lift Naylea bertembung dengan Yasmin, Kening dikerutkan melihat keadaan Yasmin. Dengan rambut yang tidak terurus, Pakai pijama lepastu baju t-shirt biasa. Nampak sangat baru bangun dari tidur. Naylea tergeleng kecil.

Dah seminggu berlalu, Seminggu juga dia duduk sebumbung dengan Yasmin, Tapi. Dalam seminggu ni Tengku Hael tidur dengannya. Kadang dia pelik. Tak marah ke Yasmin? Kenapa Tengku Hael tak sebilik dengan gadis ini?

Dan dalam seminggu ni susah nak tengok Yasmin duduk diam dekat rumah. Hari-hari jalan, Pagi keluar malam balik. Begitu jelah gadis ni. Baru sekarang dia nampak Yasmin pagi-pagi macam ni serabut masih. Selalunya waktu begini gadis ini sudah keluar.

Naylea memasuki lift begitu juga dengan Yasmin mata masih tidak melepaskan pandangan daripada Yasmin, Keadaan Yasmin sedikit pelik, Dengan rambut yang menutupi seluruh wajahnya dan sesekali tangan gadis itu mengusap bahagian bawah perut sampai ketepi pinggang.

"Kau okey tak ni?" Soal Naylea apabila perasan Yasmin yang sudah tertunduk-tunduk malah tangan gadis itu semakin menekan perutnya, Naylea mengusap perlahan pula perutnya, Dah kenapa dengan Yasmin ni. Dia tengok macam dalam kesakitan pun ada.

Berapa saat sepi. Tiada pun balasan daripada gadis ini.

TING!

Pintu lift sudah terbuka dan Naylea terus saja melangkah keluar, Memandangkan Yasmin pun tak jawab soalan dia baik dia keluar. Macam menyesal sebab bertanya pun ada.

"Argh." Baru berapa langkah Naylea terhenti sebelum berpusing mendadak kebelakang kembali apabila mendengar suara erangan Yasmin yang seperti dalam kesakitan. Seketika dia sedikit terkedu apabila kini matanya disapa dengan keadaan Yasmin yang sudah melorot jatuh kebawah itu. Siap berpaut dipintu lift tersebut. Manakala sebelah tangan gadis itu masih setia menekan perutnya.

"Yasmin."

Seru Naylea lembut sebelum mendapatkan tubuh Yasmin, Dengan bersusah payahnya dia menjatuhkan lututnya, Sebelum memegang lembut bahu Yasmin. Rambut gadis itu Naylea selak supaya dapat melihat wajah itu. Semakin tidak keruan dia apabila melihat wajah pucat Yasmin. Dan berpeluh sikit. Mata itu juga terpejam rapat dengan kening berkerut. Betul-betul dalam kesakitan.

"Yasmin kau okey tak ni? Kau kenapa ni?" Soal Naylea cemas, Liur ditelan payah dan bebola matanya bergerak memandang seluruh tubuh Yasmin, Kotlah ada luka ke. Tapi tiadapun.

"Sa--sakit."

"Hah?"

"Sa--sakit to--tolong I sakit sa--sangat." Dengan bersusah payahnya Yasmin cuba membuka mulutnya, Dan dia semakin mengecilkan tubuhnya, Tangan juga semakin kuat menekan perutnya. Terasa mahu putus nafas dia disebabkan kesakitan yang dirasakannya sekarang ini.

Naylea mula gelabah, Lagi-lagi melihat Yasmin yang sudah mula mengalirkan air mata. Menggigil juga dia dibuatnya. Dia tidak tahu apa jadi dengan Yasmin, Sakit apa yang dirasai oleh gadis ini.

"HAEL!"

Lantang suara Naylea menjerit memanggil nama Tengku Hael, Lelaki itu berada diruang dapur. Walaupun begitu pandangan tidak dikalihkan daripada Yasmin.

"HAEL TOLONG!" Sekali lagi Naylea menjerit memanggil lelaki itu apabila tiada tanda-tanda untuk Tengku Hael datang. Dan kali ini jelas kedengaran suara Tengku Hael menyahut. Tidak menunggu lama kelihatan Tengku Hael yang sudah berlari mendapatkan mereka. Wajah lelaki itu kelihatan cemas.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang