Naylea hanya memandang keluar tingkap kereta, Mereka dalam perjalanan untuk kerumah Tengku Hael. Hati tidak merelakan untuk mengikuti Tengku Hael. Tetapi apa boleh buat. Dah dia isteri yang kena sentiasa ada disisi suami walaupun bukan suami yang dicintai.
Tengku Hael hanya hanya fokus dengan pemanduannya. Sesekali juga dia melirik kearah gadis itu. Selepas kejadian semalam gadis ini langsung tidak bercakap dengannya. Inikan bercakap memandang dia pun tidak.
Tapi ada dia kisah? Lagi bagus adalah. Dia tidak sabar untuk pulang kerumahnya. Sebab jika dia terus berada dirumah mertuanya tidak bebas untuk dia berhubung dengan Yasmin. Tidak seperti dirumahnya nanti dia akan bebas untuk melakukan apa pun yang dia mahu.
Keretanya memasuki sebuah halaman rumah mewah, Naylea memandang rumah tersebut, Cantik. Tengku Hael memberhentikan keretanya tepat digaraj rumah miliknya. Bebola mata Naylea memandang sekeliling halaman rumah itu. Tidak dinafikan rumah lelaki ini sangatlah cantik.
Naylea membuka seatbelt yang melilit tubuh kecilnya, Dia membuka pintu sebelum melangkah keluar, Mata masih meneliti halaman rumah itu. Seketika dia menoleh kearah suaminya yang juga sudah keluar dari perut kereta. Kelihatan lelaki itu menuju ke arah bonet kereta.
"Ambil sendiri barang kau, Jangan harap aku angkat." Kata Tengku Hael dingin. Sebelum hanya mengambil bagasi miliknya saja. Dan terus melangkah pergi untuk masuk kedalam rumahnya. Meninggalkan Naylea yang hanya terkebil-kebil disitu.
Naylea mencebik perlahan. Macam dia beria berharap lelaki tu angkat barang dia, Elo. Tak mampu macam manapun takkan dia beria suruh lelaki itu. Rela dia paksa biar tak mampu.
Naylea mendekati bonet kerata suaminya yang hanya dibiarkan terbuka. Sebelum bagasinya dikeluarkan. Kedua bagasi itu penuh dengan barangnya. Sumpah boleh tahan berat. Tadi semasa dirumahnya Tengku Hael yang angkatkan. Ala maklumlah ada keluarganya. Sekarang tiada siapa jadi keluarlah perangai setan lelaki itu.
Selasai menurunkan kedua bagasinya. Naylea menutup perlahan pintu bonet kereta itu, Sebelum dia mula menarik bagasinya dan melangkah mendekati pintu rumah Tengku Hael.
Dia melangkah masuk kedalam perlahan matanya melihat sekeliling dalam rumah itu. Kemas dan sangat cantik, Terpegun seketika dia dibuatnya. Matanya terhenti kearah sofa dimana Tengku Hael sedang melabuhkan punggung dengan tumpuannya kearah gajet ditangan.
"Mana bilik saya?" Soal Naylea malas. Jika bukan dia tanya pasal bilik jangan harap suara dia keluar dihadapan lelaki ini. Dia berdiri sedikit jauh dari Tengku Hael. Pandangan kosong dilemparkan kearah lelaki itu.
Tengku Hael terus saja menoleh kearah isterinya sebelum mata mereka bersatu. Tapi Naylea pantas saja melarikan pandangannya dan terus melihat sekelilingnya, Tengku Hael hanya menjeling sebelum dia bangun dari duduknya.
"Ikut aku."
Naylea kembali memandang kearah Tengku Hael yang sudah mula melangkah untuk memasuki lift, Eh tak perasan pula dia ada lift. Dia tersenyum kecil. Bagus. Tiadalah dia struggle nak angkat bagasi dia ni nanti.
"Cepatlah kau terjegat apa lagi situ?" Naylea menggigit bibirnya apabila terus dibidas begitu oleh lelaki itu. Lelaki ni kan tak menyabar betul. Laju saja dia menolak kedua bagasinya sebelum meloloskan diri masuk kedalam lift itu.
Masuk saja terus Tengku Hael tutup. Naylea hanya menunduk memandang bawah, Manakala Tengku Hael kembali fokus ke gajetnya, maklumlah Yasmin chat.
TING !
Mereka sampai ketingkat 2 rumah Tengku Hael, Terus saja lelaki itu melangkah keluar dan berjalan terus kehadapan, Naylea mengekori lelaki itu dari belakang. Seperti biasa matanya melihat sekeliling itu, Gila rumah lelaki ni dari keatas sampai kebawah cantik diatu takleh bawa bincang.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...