Naylea membuka pintu kereta milik Tengku Hael sebelum dia melangkah keluar. Matanya memandang bangunan dihadapannya. Syarikat milik keluarga Tengku Hael.
Semakin mengecil dia rasakan. Tengku Hael mempunyai segala-segalanya. Manakala dia hanya orang yang sangat biasa. Bagaikan langit dan bumi tahu tak perbezaan mereka.
Betul-betul tak layak berdiri ditepi lelaki itu haha!
Naylea menoleh kearah Tengku Hael yang baru melangkah keluar dari perut kereta. Dia hanya berdiri ditepi kereta Tengku Hael menanti lelaki itu.
Tengku Hael mula mengatur langkah dan dia memandang kejap kearah isterinya. Kening diangkat kearah gadis itu sebelum dia terus berjalan melintasi isterinya. Naylea yang melihat Tengku Hael terus saja berjalan laju dia mengekori lelaki itu dari belakang. Selamba je dia main tinggal-tingal. Boom kang syarikat dia ni. Dah ajak orang tapi tinggal macam tu je.
Apabila sudah berada didalam, Naylea ternganga sikit melihat keadaan dihadapannya itu. Ramainya orang dekat lobby syarikat tu. Mungkin mereka semua adalah staff disini. Masing-masing kemas memakai baju kerja mereka.
Mata bundarnya melihat sekelilingnya. Dah dihias cantik. Betul-betul semangat meraihkan kedatangan CEO baru mereka ye.
"Hael. Naylea." Pantas kedua pasangan itu menoleh ketepi mereka apabila mendengar jeritan seseorang memanggil nama mereka. Toleh saja Naylea terus tersenyum lebar apabila melihat wanita yang sudah berusia datang mendekati mereka. Terus saja Naylea berjalan mendekati wanita tua itu.
"Nenda."
Naylea terus saja mencapai tangan tua itu sebelum dikucupnya lembut. Dan apabila dia mengangkat kepalanya kembali. Nenda bertindak mengusap pipinya. Kebiasaan wanita ini kalau berjumpa dengannya. Bukan dia saja kedua adik beradiknya juga. Mesti Nenda usap pipi mereka.
"Nenda apa khabar?" Soal Naylea lembut. Senyuman manisnya semakin lebar. Tangan tua yang masih setia mengusap pipinya dipegang lembut.
"Nenda baik saja sayang." Balas Nenda perlahan. Matanya melihat keseluruhan wajah cantik Naylea. Suka tengok cucu menantu dia ini. Dari dulu. Lagi-lagi sekarang sudah menjadi isteri kepada cucunya. Semakin suka dia.
"Nenda."
Kedua mereka terus menoleh kearah Tengku Hael. Naylea menginjak ketepi memberi ruang kepada lelaki itu. Dan kelihatan Tengku Hael turut mengucup tangan Nenda.
"Nenda sorang je ke? Bonda, Ayah mana?" Soal Tengku Hael apabila tidak perasan kelibat keluarganya yang lain. Dia kembali menegakkan tubuhnya dan hanya memandang Nendanya. Menanti jawapan daripada wanita kesayangannya itu.
" Tu dekat sana. Nenda ni baru je sampai. Jomlah pergi sana." Serentak Naylea Dan Tengku Hael memandang kearah yang ditunjukkan oleh Nenda. Kini pandangan mereka sudah dihiasi dengan kelibat kesemua keluarga Tengku Hael yang sedang berkumpul disatu arah. Bonda dan Ayah dia. Dan semestinya. Keluarga dia yang lain turut berada disitu.
Tengku Hael sempat menangkap susuk tubuh seseorang. Tengku Rayyan. Kelihatan lelaki itu dengan dunianya sendiri. Main phone.
"Jom." Nenda sudah mula mengatur langkah. Sempat tangan Naylea ditariknya. Jelas cucu menantu dia itu sedikit terpinga-pinga. Tetapi Naylea hanya diam dan membiarkan dia ditarik oleh Nenda.
Tengku Hael hanya mengekori dari belakang.
"Eh Mak. Nay pun dah sampai ye." Tengku Irene pantas saja berdiri dari duduknya dan terus menghampiri menantunya yang hanya tersenyum disisi Ibu mertuanya. Tangan Ibu mertuanya dicapai sebelum dikucup lembut. Habis saja. Naylea pula yang mencapai tangannya sebelum kelihatan gadis itu menunduk dan mengucup tangannya lembut. Tengku Irene tersenyum.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...