HAEL-NAYLEA | 47

42.1K 1.8K 67
                                    

Tengku Hael menutup pintu keretanya sebelum langkah dibawa menuju kearah pintu utama rumahnya, Jam sudah menunjukkan pukul 9 lebih. Dia baru balik sebab ada kerja urgent yang tidak boleh dia elak. Ikutkan hati memang dia tak datang, Tapi perkara penting memang payahlah nak tinggalkan.

Entah apalah yang dilakukan Naylea, Ditinggalkan wanita itu sedari petang lagi.

Terus saja dia melangkah masuk kedalam baru dia mahu menuju kearah lift tapi terhenti apabila mendengar suara tv ruang tamu mereka terbuka. Laju kepala dipaling kearah itu sebelum kening dia terangkat apabila kini sistem penglihatan dia disapa dengan tubuh kecil isterinya yang kelihatan khusyuk menonton tv itu.

Tidak menunggu lama terus Tengku Hael mengatur langkah mendekati wanita itu, Masih khusyuk sampaikan kehadiran dia masih tidak disedari.

"Hai." Selamba Tengku Hael mengambil tempat disebelah isterinya, Jelas wajah tersentak wanita itu dan tidak menunggu lama Naylea terus mengesot menjauhinya. Tengku Hael menjulingkan mata keatas.

Naylea melirikkan matanya ketepi, Terkejut sebab kehadiran tiba-tiba Tengku Hael, Apabila merasakan sudah sedikit jauh dari lelaki itu Naylea kembali menumpuhkan perhatiannya kearah skrin tv.

Entah lelaki ini dari mana baru munculkan diri, Tadi elok je dia tenang tanpa Tengku Hael, Sekarang ada bau-bau gunung berapi meletop.

"Buat apa?" Masih berusaha mahu bercakap dengan Naylea walaupun tahu akan dipalau juga. Ini Tengku Hael dia kisah apa? Dia juga mengesot mendekati Naylea.

"Jangan dekat boleh tak?" Marah Naylea kepada lelaki itu, Kalau asyik nak menjauh je penat juga dia. Tengku Hael ni memang suka bagi dia naik anginkan. Duduk jelah jauh-jauh. Sibuk je nak kacau dia dah kenapa.

Kehidupan lelaki ini memang suka buat hidup dia tak tenang ke apa? Ada je benda dibuatnya. Yang semestinya menyakitkan hati. Menyampah. Rimas!

"Tak boleh."

Naylea menjulingkan matanya keatas mendengar balasan selamba daripada lelaki itu, Tidak menunggu lama Naylea cuba berusaha untuk bangun dari sofa itu. Lebih baik dia naik atas tidur. Daripada disini melayan perangai entah apa-apa Tengku Hael.

"Hey. Nak pergi mana." Soal Tengku Hael apabila melihat Naylea sudah bangun dari duduknya, Malah wanita itu sudah melangkah seakan mahu meninggalkan dia disitu. Laju Tengku Hael bangun sebelum membuntuti langkah isterinya daripada belakang.

Tidak menghiraukan soalan Tengku Hael Naylea berjalan menuju kearah lift. Bibirnya diketap geram. Tahu Tengku Hael sedang ikut dia.

Terus saja dia masuk kedalam apabila pintu lift terbuka, Seakan tidak melihat kelibat Tengku Hael yang turut melangkah masuk kedalam.

TING !

Tengku Hael hanya menggeleng kecil melihat tingkah Naylea, Tangan dimasukkan kedalam poket seluar sebelum kembali mengikuti langkah wanita itu yang semestinya menuju kepintu bilik mereka.

Apabila sampai dihadapan pintu bilik mereka Naylea berpusing menghadap Tengku Hael, Jelas lelaki itu mengangkat kening kearahnya.

"Saya nak tidur sorang. Saya taknak tidur dengan awak." Ujar Naylea tanpa perasaan, Reaksi wajahnya juga biasa saja. Dan berharap Tengku Hael ikut apa yang diinginkannya. Jelas berubah reaksi wajah Tengku Hael.

"Why should--"

"Taknak hantar saya balik rumah umi takpe. Tapi jangan tidur dengan saya Tengku Hael." Laju saja Naylea mencantas lelaki dihadapannya, Tatapan Tengku Hael yang mulai tajam itu dibalas berani. Pikir dia tiada perasaan ke? Sesenang tu saja lupakan semua? Kalau bukan sebab lelaki ini bertindak menculik dia memang sampai kesudah dia takkan jejak kaki dekat sini.

[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang