"Macam mana hidung kamu? Masih keluar darah ke?" Soal Tengku Hilal kearah menantu abangnya itu, Dia mengambil tempat dihadapan gadis itu yang elok saja duduk disofa ruang tamu dihadapannya.
"Darah dah berhenti Paksu, Dah okey dah." Balas Naylea sebelum menarik senyuman, Tengku Hael disebelah hanya menatap sekilas isterinya itu, Sebelum dia kembali menatap skrin gajetnya.
"Maaflah, Anak Paksu tu memang ada je masalah dia buat." Punyalah dia terkejut dengar berita pasal menantu abang dia cedera sebab-sebab anak teruna dia tu, Budak tu memang ada je hal yang dibuatnya. Menggeleng Tengku Hilal, Geram je dengan perangai budak remaja tu.
"Takpela, Helmi bukan sengaja pun." Kata Naylea lagi, Tangannya naik menggaru hujung keningnya, Sempat matanya mengerling kearah Tengku Hael, Khusyuk betul dengan gajet, Paksu kat depan dia buat tak tahu.
"Kamu Inaya kepala okey tak tu?" Paksu menoleh kebelakangnya memandang kearah Tengku Inaya yang elok duduk diatas lantai bersama kedua anak wanita itu, Elok saja wanita itu bermain dengan anaknya, Buat hal betul anak dia tu, Dua orang sekali gus mangsa dia.
"Okey je Paksu, Sakit dia pun dah hilang." Balas Tengku Inaya pula, Kepala dia sakit waktu kejadian tu je, Lama-lama sakit dia hilanglah tak teruk pun dia kena, Cedera apatah lagi, Tiada langsung, Lainlah Naylea, Kena hidung memang meranalah. Dia kena dua biji mangga tapi tak teruk, Yang Naylea satu je teruk, Takleh bayang kalau adik ipar dia tu kena yang dua biji memang bengkak jadinya.
Lega sikit Tengku Hilal mendengar balasan daripada anak buahnya itu, Tengku Hilal menghembus nafas lega.
"Auw, Look at your aunty Naylea nose kena tumbuk dengan buah manggalah." Kedengaran suara Tengku Rayyan mengusik Naylea, Dan kucingnya dihadapkan kearah Naylea, Gaya mahu memperlihatkan haiwan berbulu itu keadaan hidung Naylea.
Naylea terus mencebik kecil mendengar usikan Tengku Rayyan, Kucing ditangan Tengku Rayyan dipandang tak puas hati, Manakala Tengku Hidayati yang duduk disisi Tengku Rayyan sudah tergelak kecil mendengar usikan abangnya terhadap Naylea. Tangan dia mengusap lembut satu lagi kucing abangnya.
"Tak payah nak usik saya sangat, Curi kang kucing awak, Bawa balik rumah." Ujar Naylea dan matanya semakin ligat memandang kelakuan kedua kucing yang berada dihadapannya itu, Tersenyum kecil dia melihat itu, Comel betul.
"Curilah, Aku report polis, Kata anak aku kena culik, Tolong tangkap penculik dia, Tidurlah kau dalam lokap." Selamba saja Tengku Rayyan berkata begitu dan Naylea sudah ternganga kecil, Amboi-amboi jejaka kacak ni, Melebih-lebih pula dia ye.
Tengku Hidayati mengemam bibirnya, Abang dia ni kan memang hauk sikit.
"Tak kisah, Esok awak bangun kucing awak dua ekor ni dah takde, Saya akan bawa lari esok." Naylea sudah tersenggih-senggih, Hari ini last mereka berada disini esok semua kena gerak balik ketempat masing-masing, Kena tinggalkan Nenda dah esok dekat sini.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C]✓Bidadari Tengku Hael
Romance|My first sad romance| - Stand alone series - "Tolong jangan munculkan diri kau dihari pernikahan itu nanti..." TENGKU HAEL HAZREEQ - Jejaka yang mempunyai segalanya dari paras rupa ke harta dan mampu memikat hati setiap gadis, Dirinya yang terpaksa...