HAEL-NAYLEA | 13

35.7K 1.8K 45
                                    

Naylea mengambil begnya yang elok saja dia letak atas meja makan. Dia baru habis membasuh pinggan tempat dia habis makan sarapan pagi tadi dan sekarang bersedia untuk turun pergi kerja. Baru berapa langkah dia berselisih dengan Tengku Hael. Tetapi itu tidak menghentikan dia dari terus berjalan. Selamba dia melintasi lelaki itu tanpa menegur pun.

Beginilah keadaan mereka berdua sejak seminggu yang lalu. Sebab kes hari tu lah. Tengku Hael dengan layanan dingin dia kalau boleh taknak langsung pandang muka dia. Tapi dia tidak kisah. Harapkan dia mahu terhegeh meminta maaf memang takkanlah dia buat. Haritu dah dia buat tapi apa je dia dapat? Tahu ini semua salah dia tapi untuk terhegeh memohon maaf padahal sudah kena tengking haritu siap kena gelar bodoh memang dia kebalkanlah hati dia.

Lelaki tu taknak layan. Dia lagi berkali ganda taknak.

Entahkan lelaki itu sudah berbaik dengan kekasih hatinya ke atau belum. Dia tidak tahu.

Haraplah dah berbaik ye.

Baru mahu keluar dari ruangan dapur dia terhenti apabila telefon miliknya bergetar tanda ada panggilan masuk. Telefon yang sememangnya dia pegang dipandang. Dan nama kakaknya yang terpampang diskrin telefonnya. Pantas saja Naylea menekan butang hijau itu sebelum terus dilekapkan ketelinga.

"Assalamualaikum Long. Kenapa call?"

"Nay. Nay cepat datang hospital. Abah masuk hospital Nay!" Disebelah talian jelas suara Naysha kedengaran cemas. Dan Naylea sudah membulatkan matanya. Tiba-tiba jantung dia berdegup laju.

"Ke--kenapa? Al--along tak main-main kan? Ke--kenapa sampai boleh masuk hospital? Abah kenapa Along?" Soal Naylea cemas. Jantung dia semakin laju berdegup. Jelas tangannya sudah menggigil. Lutut juga sudah bergetar kecil.

Tengku Hael yang baru mengambil tempat duduk sudah mengerutkan keningnya. Dan dia memandang tubuh kecil isterinya yang masih tercegat dihadapannya.

"Ma--mana? Hospital mana hiks? Nay datang. Tunggu kejap." Tengku Hael pantas berdiri apabila melihat isterinya yang sudah berlari keluar itu. Terus kaki panjangnya melangkah mengekori gadis itu.

Naylea kalut memasang kasutnya sebelum dia berlari kearah keretanya. Air mata dia sudah mengalir. Risau. Kakak dia kata Abah dia jatuh dalam tandas sampai tak sedarkan diri. Sekarang Abah dia dikejarkan kehospital.

"Naylea!"

Baru mahu membuka pintu keretanya. Suara Tengku Hael yang tiba-tiba memanggil namanya menghentikannya. Dengan mata yang sudah banjir itu. Naylea menoleh kearah lelaki itu yang sudah datang menghampirinya.

"Ikut aku. Biar aku drive." Tengku Hael terus meraih tangan kecil itu sebelum ditariknya kearah kereta miliknya. Pintu keretanya dibuka sebelum ditolak perlahan tubuh kecil itu masuk kedalam. Gila biarkan budak ni pandu sendiri dengan keadaan dia yang begitu.

Naylea terdiam. Tidak sempat pun berkata apa-apa tahu-tahu dah masuk dalam kereta lelaki itu. Tapi dia tidak kisah pasal ini sekarang. Yang penting dia nak sampai hospital cepat-cepat. Nak jumpa Abah dia.

Tengku Hael terus melangkah ketempat pemandu. Dia turut memboloskan diri masuk kedalam. Sebelum kereta mewahnya memecut laju meninggalkan kediaman mereka itu.

 Sebelum kereta mewahnya memecut laju meninggalkan kediaman mereka itu

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
[C]✓Bidadari Tengku HaelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang