PROLOG

6.6K 235 2
                                    

HARI INI, adalah hari yang paling sukar baginya, apabila melihat suami sendiri melafazkan akad nikah kepada wanita lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI INI, adalah hari yang paling sukar baginya, apabila melihat suami sendiri melafazkan akad nikah kepada wanita lain.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Laura Amelia binti Zikri dengan mas kahwin sebanyak RM 2000 Tunai!"

"Aku terima nikahnya Laura Amelia binti Zikri dengan mas kahwin sebanyak RM 2000 Tunai!"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah."

Selepas sahaja selesai Majlis akad. Iris terus berlalu naik ke atas. Pintu ditutup rapat. Dia duduk di birai katil bersama air mata yang bertakung.

Seketika air matanya mengalir tatkala teringat akan kata-kata dari suaminya.

"Hubby dah buat pilihan." Kata Noah dengan penuh kehampaan.

"Jadi hubby akan kahwin dengan dia? Apa kurangnya saya di mata hubby? Kenapa hubby buat saya macam ni?" Ujarnya dengan air mata yang mengalir dari celah tubir matanya. Dia menumbuk-numbuk dada bidang suaminya.

"Hubby minta maaf sayang. Hubby terpaksa ikut cakap umi. Hubby taknak jadi anak yang derhaka. Please faham hubby, sayang. Please." Desak Noah.

"Faham hubby? Habis saya ni siapa nak faham?" Lagi dan lagi tumbukan semakin kuat. Noah hanya diam dengan tindakan yang dilakukan oleh Iris.

Dan akhirnya. PANG!

Terteleng ketepi wajah Noah apabila mendapat tamparan dari si isteri. Wajah kembali menghadap hadapan bagi memandang setiap inci wajah isterinya yang sudah kemerahan akibat menangis.

"Ye sayang hubby tahu. Hubby minta maaf."

Iris menggeleng.

"Saya cinta kan hubby Tapi hubby? Hubby buat saya macam ni. Nanti bila hubby dah kahwin lain mesti hubby akan berubah betul tak?" Adaian dari Iris membuatkan Noah serta merta menggelengkan kepala. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Iris.

"Tak sayang, hubby akan cuba berlaku adil. Hubby sayangkan caramel hubby ni dengan anak-anak kita." katanya dengan cara memujuk. Bahu Iris cuba disentuh malah Iris menepis tangannya agar menjauhinya.

"Kalau awak sayangkan saya kenapa awak perlu tunaikan apa yang umi minta? Sedangkan dia tahu yang saya ni isteri awak! Dan dia tak sepatutnya masuk campur dalam hal rumah tangga kita!" Naik seoktaf ton nada Iris menahan amarahnya.

"Ya Allah sayang. Sayang sedar tak yang dia tu Umi hubby? Dia tu tengah sakit tahu tak? Ke Iris nak dia mati baru nak izinkan hubby kahwin lain?!" Noah juga mula meninggikan suaranya sehingga seluruh tubuh Iris terkaku dan menggeletar.

Noah yang seakan baru tersedar cuba untuk mendekati isterinya. Wajah isterinya ditatap.

"Sayang.. Hubby."

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now