Bab 62

1.3K 24 0
                                    

Dua minggu sudah pun berlalu, namun masih tiada tanda-tanda Datin' Rosmanida hendak sedar. Selama dua minggu, Noah tidak berhenti ulang alik dari hospital. Baginya dia rela pergi setiap hari tanpa jemu hanya untuk sebuah jawapan. Noah memandang wajah anak perempuanya yang mirip dengan isterinya. Dalam seketika, dia cuba berfikir tentang cerita yang tergantung sebegitu sahaja. Dia mahukan penjelasan yang sebenar dari uminya sendiri. Dengan keadaan yang tidak mengizinkannya pulang, dia berada di rumah Tuan Darren atas permintaan Puan Ayra sendiri.

Pipi gebu milik Irelyn dikucup perlahan agar bayi tersebut tidak terjaga dari lena. Wajah Iris disebelah Irelyn dipandang dengan rindu sekali. Tubuh dibaringkan disebelah anaknya, Irelyn. Mata cuba dipejamkan agar dia juga turut terlena sama seperti Irelyn dan Iris, namun matanya seakan tidak mahu menutup. Rasa mengantuk dan letih itu sudah pasti. Setiap malam dia terjaga, dia akan pastikan anaknya tidur dengan selesa. Wajah Irelyn yang mirip sekali dengan Iris membuatkannya tidak mahu meninggalkan dia seorang diri.

Namun, dia sendiri yang menolak. Tiada sesiapa yang boleh gantikan tempat arwah di dalam hatinya. Cintanya pada Iris terlalu besar walaupun cinta itu pernah hilang.

Laura? Tidak sama sekali. Cukup sampai disitu sahaja kisahnya dengan Laura. Wanita itu sekarang sudah tiada apa-apa hubungan dengannya. Dia lelah ditipu hidup-hidup selama ini. Disayangi malah dicurangi, Dicintai malah dikhianati. Dia bodoh kerana selama ini dia mengabaikan anak kandungnya dan melebihkan anak yang bukan dari benihnya. Sakit itu hanya DIA sahaja yang tahu. Terlukanya dia bila melihat bukti-bukti yang pernah ditunjukkan oleh Rafif Jauzar tiga hari lalu.

"Aku bodoh, selama ni aku percayakan dia bulat-bulat. Tapi akhirnya? Kosong?" Gambar Laura bersama Rafif di sebuah bilik lukisan di dalam telefon bimbit milik Rafif dipandang dengan riak kosong. Betapa gembiranya Laura saat itu bersama dengan lelaki lain dan bukan dirinya.

Argh! Kisah apa. Dia dah malas nak hadap perempuan macam tu lagi. Cukup hanya Iris seorang sahaja yang menjadi bidadari buatnya. Dia cuma mahukan satu bidadari sahaja iaitu Iris Natasha.

"Benda dah lepas buat apa kau nak fikir kan lagi? Alang-alang kau jumpa aku ni, aku nak cakap sikit pasal anak-anak aku. Aku tahu selama ni kau yang besarkan mereka tapi... Aku nak minta izin kau untuk serahkan hak penjagaan Laira dan Lavira sepenuhnya pada aku. Walaupun aku tak kaya macam kau, ada gelaran Tengku tu semua tapi... Aku cuma nak kan hak penjagaan mereka. Boleh?"

"Baik, aku akan serahkan hak penjagaan mereka pada kau. Lagipun kau ayah kandung mereka... Kau lebih layak jaga mereka berbanding aku. Tapi tolong jangan sesekali seksa mereka," Ujar Noah. Kepala ditundukkan dengan rasa kecewa dan malu mahu menghadap lelaki dihadapannya ini. Rafif hanya mengangguk tanda setuju. Dia yang dahulu adalah seorang lelaki pendosa yang membuat perkara terkutuk itu sekarang dia sudah kembali bertaubat.

Dia tahu bahawa sekarang anak-anak itu adalah lebih penting dari duit. Kini, dia mahukan anak-anaknya kembali. Bukan kerana dendam atau marah namun kerana sayang. Dia tidak pernah sesekali membenci perempuan yang pernah kandungkan anaknya selama 9 bulan. Jika diikutkan dia mahu berkahwin dengan wanita itu kerana sekarang wanita itu bukan milik siapa-siapa lagi. Wanita itu kini bebas tetapi hampanya wanita itu masih tergila-gilakan bekas suaminya. Apa yang patut dia lakukan? Dia tidak sekaya lelaki itu, dia miskin. Dia memerlukan duit itu hanya untuk membayar kos perubatan dan bil hospital adiknya. Namun semuanya gagal apabila operation adiknya tidak berjaya dan adiknya disahkan meninggal dunia.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now