Bab 7

3.4K 155 7
                                    

Bunga-bunga yang berada dihalaman rumah Noah dan Iris disiram sambil ternyanyi-nyanyi. Mak Jah terlompat-lompat sana-sini apabila menyanyikan lagu Empat Dara walaupun umurnya sudah memasuki 50an.

"Empat dara duduk di tepi sungai duduk menjerat si ketam la batu." Nyanyi Mak Jah dengan terujanya sekaligus menyiram pokok-pokok bunga yang berda disitu.

Tanpa sedar ada orang yang sedang memerhatikan dirinya dengan menahan tawa dari dilepaskan. Sedap betul menyanyi sampai tidak perasaan ada orang yang sedang duduk bersandar dimuka pintu masuk tersebut.

"Amboi... Makjah. Buat apa ni, menyanyi ke menyiram?" soal Iris dengan sengihan nakalnya itu.

"Ish puan ni... Terkejut Mak Jah dibuatnya. Tengah buat apa lagi ni? Menyiram la takkan basuh tayar kereta pulak." balas Mak Jah sambil mengusap-usap dadanya.

"Hehe.. Sorry Mak Jah. Mak Jah ni lah.. dari hari pertama saya kahwin lagi saya minta Mak Jah jangan panggil saya Puan. Panggil je saya Iris, ye?" Mak Jah mengangguk. Seraya itu, menyiram pokok-pokok bunga tersebut.

"Baik lah. Ni, Iris ada telefon Tuan tak?" Iris menggeleng. Dengan secara tiba-tiba senyuman gadis itu pudar.

Mak Jah memandang Iris pelik.

"Iris.. Okay tak ni? Kenapa bagitahu Mak Jah. Noah ada sakitkan hati Iris ke? Bukan apa, kan waktu kerja Mak Jah sampai petang je. Kut kut la malam tu ada apa-apa ke terjadi. Noah ada apa-apa kan kamu ke?" Soal Mak Jah ingin tahu. Air paip ditutup. Kemudian, dia melangkah kearah Iris yang sedang berdiam dan kepalanya ditunduk.

"Iris?" kepala diangkat. Mata mereka saling bertemu seketika.

"Takde apa lah Mak Jah. Noah okay je. Cuma boleh tak kalau Ris nak tanya pendapat pada Mak Jah?" Makjah mengangguk pantas apabila melihat wanita muda itu seakan mahu menangis.

Matanya berair!

"Kalau katakan lah.. Suami kita ni dia dulu tak pernah langsung naik tangan pada kita. Tapi sekarang semenjak dia kahwin lain perangai dia, cara dia, semua yang ada pada dia turut berubah. Apa yang kita perlu buat eh Mak Jah? Lagi-lagi lepas dia buat tu dia minta maaf. Suruh kita ni berikan dia peluang kedua. Macam mana tu Mak Jah?" Soal Iris dengan mata yang berair. Mahu sahaja air matanya menitis saat dia menanyakan itu.

"Hmm.. Mak Jah ni bukan la handal sangat dalam bab bab ni. Tapi, kalau suami tu dah naik tangan pada kita apa lagi? Angkat la kaki. Pergi jauh dari suami. Minta cerai. Kalau dia taknak ceraikan kita maka jalan terakhir kita adalah minta fasakh. Tapi macam yang Iris kata, dia minta kita berikan dia peluang? Betul? Boleh sahaja kalau nak beri peluang tapi kena ingat peluang ni hanya sekali! Kalau disia-siakan rugi la. Betul tak? Tak dapat apa-apa pun... Jadi kita sebagai orang perempuan ni jangan lemah, ye? Ni, Iris tanya ni kenapa? Noah ada sakitkan Iris ke?" Ujar Mak Jah panjang lebar untuk memberikan pendapat kepada gadis itu dn semua para wanita.

Dia tersenyum hambar. Susah mahu diungkapkan ketika itu apabila ada orang yang menyoal tentang hubungannya yang semakin retak itu.

"Takde apa lah Mak Jah. Ris saja tanya. Terima kasih Mak Jah. Kalau Mak Jah takde lah.. Ris tak tahu nak tanya pendapat dekat siapa lagi. Thank you Mak Jah." Senyuman manis diberi kepada wanita tua itu.

"Ye, sama-sama. Ni Mak Jah sambung kerja ye?" Iris mengangguk. Mak Jah membuka semula Paip air tersebut dan menyiram pokok-pokok disitu sambil ditemani oleh Iris.

Kemudian, dengan secara tiba-tiba sahaja mereka berdua menoleh kearah bunyi satu kereta yang memasuki kehalaman rumah tersebut.

Iris hendak sahaja mahu melangkah kedalam namun langkahna dihalang oleh Mak Jah.

"Tu pergi la sambut suami balik tu. Dah berapa hari suami tu tak balik, kan? Mesti rindu." Kata Mak Jah sambil jari menunding kearah kereta tersebut. Tahu tahu je dia sedang rindukan abe sorang dia ni. Tapi bukan rindu.. Benci lagi ada la!

"Dah balik? Ingatkan taknak balik." sindir Iris bersama senyuman senget.

Matanya mereka bertembung semasa lelaki itu baru sahaja keluar dari kereta sebelum Iris melarikan anak matanya.

"Iris masuk tengok twins kejap." Kata Iris lalu terus beredar dari situ.

"Tuan, puan mari masuk." Mak Jah memberikan senyuman pada mereka.

Noah hanya mengangguk lalu memapah isteri tercinta ke dalam rumah.

"Sayang duduk sini dulu. Abang nak naik atas kejap." Laura hanya mengangguk, tudung di kepalanya dicabut.

Pintu bilik twins dikuak dari luar.

"Anak-anak papa... Rindunya." Baby cot dihampiri.

"Uwekkk, uwekk" Ian dari tadi tidak berhenti nangis sebaik sahaja Iris keluar mahu membuat susu.

"Shhh diam Ian.." Kepala anaknya diusap lembut.

"Uwekkk.." Lagi kuat tangisan Ian apabila kepalanya diusap Noah. Isaac pula hanya diam dan melihat kembarnya yang menangis itu.

Noah memegang telinganya yang terasa sakit dek kerana tangisan bayi tersebut sangat kuat.

"Aku cakap berhenti nangis kan!" Jerkah Noah lalu dia mencubit sedikit lengan Ian.

"Hubby!" Iris yang baru sahaja tiba bersama botol susu itu lantas menolak tubuh sasa tersebut apabila lelaki itu bertindak mencubit lengan anaknya.

Ian menangis sekuatnya apabila lengannya berasa sakit ya amat.

"Apa masalah hubby ni? Dah takde akal ke apa! He just a baby hubby!" Marah Iris sambil menggosok-gosok lengan anaknya.

"Argh! Sial la! Lain kali ajar anak tu jangan nak asyik menangis! Rimas tahu tak! Kau dengar sini Iris. Mulai sekarang jangan panggil aku hubby. Gelaran tu hanya untuk Laura seorang. Kau jangan berangan panggil aku hubby lagi." Dada Noah berombak panas. Dia berlalu pergi lalu pintu bilik twins dihempas kasar sehingga mengejutkan semua orang dirumah itu.

 Dia berlalu pergi lalu pintu bilik twins dihempas kasar sehingga mengejutkan semua orang dirumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Allahuakbar... Apa yang aku harus buat lagi Ya Allah? Aku penat... Kenapa? Kenapa dia layan aku macam ni? Apa salah aku? Allah... Allah... Aku penat. Hayder... Mana awak? Saya perlukan awak." Teresak-esak Iris menangis dibirai katil. Ian yang berada didukungannya juga turut menangis.

"Allah...  Aku dah tak larat. Kenapa kau uji aku macam ni Ya Allah? Aku dah kuat macam dulu lagi. Aku dah kuat nak lalui semua benda ni lagi... Allah... Allah." Tangan kanannya naik memegang dada yang berasa sakit itu. Dia mengusap-ngusap dadanya.

Sakit yang tak terkata.

Kenapa harus dia juga yang menderita? Kehilangan keluarga sendiri atas kerana dendam orang terdekat. Didera dirumah anak yatim. Dirogol. Kenapa semua benda ini dia pernah lalui dengan hati yang terbuka? Malah sekarang hatinya sudah tertutup ke?

Dipukul, dicaci, dihina. Semua benda itu dia lalui juga. Apa salahnya. Kalau dia bukan lagi status isteri mungkin dia sudah pulang semula ke rumah Tuan Darren.

Namun, Noah tak akan lepaskan dirinya begitu sahaja tanpa SEKSAAN!

BERSAMBUNG

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now