"Ibu... Bukak la pintu ni ibu... Risya rindu ibu... Ibu bukak lah." Diketuknya pintu itu berkali-kali sehingga tubuh Dayana terlurut jatuh. Manakala tubuh Ibunya juga turut tersandar di pintu.
"Ibu... Bukak..." Teresak-esak Dayana menangis. Hayder memerhatikan Dayana yang sebegitu hanya diam dan tidak mampu berkata apa-apa. Hatinya berasa sakit ketika itu.
Hayder meraup rambutnya kebelakang. Nafas panjang dihela.
"Trisya jom balik. You mesti penatkan. Kita balik dulu dan nanti kita datang balik ya?" Kata Hayder dengan penuh lembut. Bahu Dayana cuba disentuh namun Dayana pantas mengelak.
"Saya taknak balik lagi. Saya nak duduk sini sampai ibu bukak pintu ni. Saya nak ibu..." Katanya menahan sebak didada. Air mata dikesat. Hidungnya merah tidak terkata.
"Trisya jom..."
"Taknak!"
"Then what?! Awak nak duduk sini sampai bila? I'm asking you Trisya. Sampai bila? Nak tunggu ibu awak bukak pintu ni untuk awak? Tak Trisya. Dia takkan buat macamtu. So please, kita balik dulu. Esok i akan cuba cari jalan untuk pujuk ibu you, ya? Sekarang ni ikut cakap i. Kita balik dulu. Please Trisya. Jangan buat i macam ni. Please." Naik seoktaf nada suara Hayder sambil merayu agar wanita itu mengikuti katanya.
Dayana terkaku dan pada masa yang sama dia cuba berfikir. Betul juga apa yang dikatakan Hayder. Sampai bila dia mahu duduk disitu? Dan dengan itu Dayana mengambil keputusan untuk beredar. Dia bangkit. Air mata diseka.
"Ibu, Risya balik dulu ya? Nanti kalau ada masa Risya datang jenguk ibu. Risya sayang ibu. Bye ibu. Assalamualaikum..."
Pemandangan dari atas awan membuatkan suasana diatas belon udara panas sangat riuh dengan suara Laura serta kembar. Noah menyimpan senyuman dalam diam seraya tangan kiri bersama tangan kanannya mendukung Lavira dan Laira yang sudah mencecah 1 tahun itu.
"Macam mana sayang, suka?" Soal Noah dibalas anggukan.
"Mesti la hubby. Dari dulu lagi Lia teringin nak naik Hot Air Balloon ni. Cuma tak mampu je." Katanya menahan sebak.
"Itu dulu sayang. Sekarang ni sayang boleh buat apa sahaja. Sebab sayangkan isteri hubby. Bidadari hubby one and only... Happy birthday Bidadariku, Nur Laura Amelia. Terima kasih sebab sanggup lahirkan zuriat hubby dan terima kasih kerana hadir di dalam hati hubby. I am so grateful to have you and our children. You are the best mother and the best wife I have ever had. Hubby sayang dan cintakan bidadari hubby ini hingga ke Syurga." Ujar Noah diiringi perasaan gembira bersama sebak di dada. Matanya tidak lepas memandang kedalam anak mata Laura yang berkaca itu.
"H...hubby, hisk." Mutiara jernih jatuh menitis kepipi. Tubuh Noah dipeluk erat. Dia menangis didalam pelukan seorang suami.
"T...terima kasih. L...Lia tak t...tahu yang hubby sanggup buat macam ni hisk hisk." Katanya tersedu-sedan.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...