Bab 23

2.5K 84 8
                                    

Jam ditangan dipandang sekilas. Ash hanya berdiam apabila melihat keadaan rumah tersebut tambahan lagi Iris bergelak sakan disitu. Tie yang dipakainya dilonggarkan sedikit. Muka berpeluh. Panas.

"Eh, kenapa dengan kawan Iris ni? Dia panas ke? Maaflah rumah kami ni kecik, panas lepastu kebetulan pula harini lampu terpadam maaf ya?" Pinta Hanim terlebih dahulu. Iris hanya mengiyakan sahaja.

"Takpe Hanim, kami okay je. Ala setakat rasa panas, lampu terpadam itu dah biasa dah bagi Ris. Tapi kalau Ash tak tahulah. Dia kan anak orang kaya. Kan Ash?" Ash turut berpaling apabila namanya meniti di bibir Iris. Dia mengangkat sebelah kening. Sindir nampak.

"Apa?"

"Takde apa lah." Tergelak Hanim dan Iris ketika itu melihat wajah Ash yang agak blur itu.

"Akak cantik." Iris berpaling ke arah dua orang budak tersebut.

"Ya sayang? Kenapa?" Soalnya. Wajah senyum itu ditayang.

"Cantik tak lukisan Aqeef dengan kakak?" Tanya Aqeef yang baru berusia 7 tahun itu. Kertas kosong yang sudah dilukis gambar orang itu ditunjukkan kepada Iris. Terbuntang besar biji mata Iris.

"Wow... Cantiknya. Aqeef dengan kakak Hannah lukis ke ni? Cantik la. Pandai Aqeef dengan kakak. Kecik-kecik lagi dah pandai melukis. Berbakat ya Hannah dengan Aqeef ni. Sebiji ikut mak dengan baba dia orang. Comel." Tergelak Hannah disitu. Dia memang comel. Kalau dah mak dan baba dia cantik dan kacak anak-anak mesti la ikut kacak dan cantik juga. Kan kan?

"Takde lah... Hannah dengan Adik lukis biasa-biasa je. Cantik tak abang Ash?" Kata Hannah yang baru plberusia 10 tahun itu. Kertas lukisan ditunjuk pula kepada Ash. Namun Ash langsung tidak berkutik.

"Ash? Ash!" Tersentak Ash dari lamunannya.

"Sorry what?"

"Hannah tanya tu, cantik tak lukisan dia dengan Aqeef. You dah kenapa Ash?" Dahi Iris berkerut. Apa kena dengan Ash ni. Dari tadi diam sahaja.

"Umm c...cantik. Cantik sangat Hannah lukis. Pandai Hannah lukis. Hannah pun cantik." Puji Ash bersama senyuman. Hannah tersenyum manis. Abang handsome kata dia cantik lah. Argh blushing.

"Are you okay? You demam ke?"

"Haah i demam. Tapi sikit je, takde apa pun. Umm Iris jom balik. Sekarang dah pukul 11 malam." Jam ditangannya ditunjuk kepada Iris. Iris menepuk dahi.

"Lupa pula, Aryan kita orang balik dulu la. Maaf lah kalau kita orang ada susahkan Aryan dengan Hanim. Terima kasih sebab sudi jemput. Sedap air yang Hanim buat. InsyaAllah kalau ada masa Iris free Iris singgah sini ya?" Pamit Iris. Dia bangkit bersama mereka. Handbag miliknya diambil.

"Takde apa lah Iris. Kami okay je. Kami lagi suka kalau Iris datang. Kalau ada masa jemput la datang rumah kami lagi ya? Iris sangat dialu-alu kan kesini. Aryan minta maaf kalau rumah Aryan ni tak seberapa selesa." Ujar Aryan. Mereka berjalan ke arah pintu.

"Okay Aryan. Nanti kalau Aryan free bawa la Hanim dengan anak-anak datang rumah. Boleh la dia orang main-main dengan anak-anak Iris. Eh, Kalau dah takde apa-apa Iris minta diri dulu ya. Terima kasih tau sebab sudi jemput. Lepastu buatkan air semua. Allah... Susah-susah je. Iris minta diri dulu ya, Assalamualaikum." Pinta Iris lembut lalu melangkah kearah perut kereta.

"Bye Aqeef, Anna." Tangan dilambai kearah mereka.

"Bye bye kakak cantik."dibalas balik lambaian tersebut.

"Allahuakbar... Allahuakbar."

Masuk sahaja kedalam perut kereta, Ash berselawat. Dengan pantas enjin kereta dihidupkan. Sebaik sahaja kereta Iris memecut laju meninggalkan rumah tersebut, kereta Ash juga terus memecut laju.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now