Hayder duduk bersila dihadapan Daiyan. Meneliti setiap inci wajah Daiyan. Sesaat dia memandang sekilas wajah bakal bapa mentuanya, Darren yang memerhati kan tingkah lakunya.
"Hay, saya rasa kita perlu tangguhkan dulu la majlis kita tu. Saya taknak buat selagi Iris belum keluar hospital. Lagipun lepas apa yang terjadi pada Iris saya takut sangat. Saya dah la stress dengan tempat kerja baru lagi lepastu, saya stress pasal Iris. Nak pergi tengok dia dekat hospital pun tak sempat. Harap-harap dia okay la."
"Ya saya tahu. But why? Kenapa kena tangguhkan? Saya tahu awak tertekan Daiyan. Lagipun saya taknak lama-lama. Kalau boleh saya nak halal kan awak secepat mungkin. Tapi saya faham. Takpe kalau itu awak rasa okay maka jawapan dia okay la." Jawab Hayder. Terselit rasa cemburu. Cemburu bila melihat Daiyan bersama lelaki lain. Itu sebab dia mahu mempercepatkan tarikh akad nikah mereka.
Taknak bertunang, tapi mahu terus akad.
"Saya tahu la awak cemburu. Tapi awak tahukan Iris tu kawan baik saya. Walaupun umur kami jarak 1 tahun je? Saya cuma nak tolong Iris dulu. Saya kesian dengan dia. Dia dengan Nawal satu-satunya kawan rapat saya. Jadi saya harap awak faham la eh?"
"Tapi... Aishh ye la. Baik! Pergi la selesaikan apa yang patut. Kalau ada apa-apa panggil je saya ya?" Pelik tapi benar. Hayder menggunakan perkataan saya? Bukan selalu i you ke? Kenapa tiba-tiba pula saya awak ni? Nampak sangat ka terselah kecemburuan disitu.Daiyan menggeleng kepala. Comel juga dengan gelagat Hayder ni ya? Patut la Iris suka dahulu. Comel.
"Terima kasih faham saya."
"Hmm."
"Awak..." Meleret nada Daiyan. Dia bukan mahu menggedik. Tapi bila dia melihat Hayder memandang tempat lain dan ingin berlalu pergi dia terpaksa la berhentikan tindak laku lelaki dihadapannya itu.
"Kenapa?" Pusing menghadap Daiyan.
"Saya nak cakap yang..."
"Yang?"
"Yang..."
"Yang?"
"Yang..."
"TENGKU NUR AURA DAI---"
"Yang saya cintakan awak!" Dayana terus menekup mulutnya. Dia sudah terlepas cakap akibat lelaki itu menyebut nama panjangnya. Terbutang luas biji mata Darren. Apa la yang dia saksikan ini? Sakit mata, sakit telinga.
Hayder tersenyum sinis.
"I miss you too, my bear."
Daiyan terus bangkit dan berlari ke anak tangga. Malu punya pasal.
"Bye kesayangan saya, saya nak balik. Jangan rindukan saya pula ya my bear?" Tergelak kecil Hayder. Senyuman juga meniti dibibirnya tapi perlahan-perlahan senyumannya pudar apabila melihat pandangan Darren padanya.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...