6 BULAN KEMUDIAN…
"Good morning, Ris." Ujar Noah sambil berjalan dan membetulkan jam ditangannya.
"Good morning, hubby. Eh, hubby jap!" Laung Iris apabila melihat Noah berlalu keluar dari rumah.
"Kenapa Ris?" Soal Noah sambil terangkat kening sebelahnya.
"Hubby, Ris dah siapkan breakfast. Hubby tak nak jamah sikit ke? Penat tau Iris buat sarapan." Kata Iris sambil memuncungkan bibirnya seperti itik. Hujung jari suaminya disentuh.
"Hmm.. Takpe la Ris, abang dah lambat ni. Abang ada meeting." Katanya sambil mengerling sekilas jam yang berada di tangan kanannya.
"Ala jamah sikit pun jadi la. By the way sejak bila hubby tiba-tiba je guna panggilan abang ni? Hmm, my little coffee?" Tangan naik mencuit hidung suaminya, malah apa yang membuatkan hatinya remuk apabila suaminya berkelakuan lain. Tangannya yang tadi menciut pantas ditepis begitu sahaja.
"Takpelah Ris, abang breakfast dekat luar je eh? And pasal panggilan tu nanti abang bagitahu, ye?" Iris mengangguk perlahan. Wajahnya masam. Kenapa dengan Noah ni?
Hendak sahaja kaki panjang Noah masuk kedalam perut kereta lagi sekali dia diseru.
"Hubby kejap!" Noah beralih pandangan ke arah Iris apabila perempuan itu memanggilnya.
"Ye Iris nak apa lagi?" Iris terus memakai kasut dan berlari ke arah Noah
"Salam."
"Maaf abang lupa." Noah menghulurkan tangannya dan tangannya disambut lalu dia berasa ada kucupan diatas tangannya.
"Nak kiss, hubby."
"Kiss?"
"Ye la kiss,"
"Takpelah Ris abang dah lambat ni. Nanti balik abang kiss, okay?" Mati senyuman Iris apabila suaminya membuatnya sebegitu.
"Ye la, hubby pun dah lambat kan? Hubby pergi la. Bye hubby" Dia terpaksa senyum dihadapan suaminya. Lelaki itu mengangguk dan masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan lantas dengan itu terus dia memecut keluar dari perkarangan rumah mereka.
'Dia dah tak sayangkan aku ke? Kenapa bila dia dengan Laura dia happy? Tapi kalau dengan aku, nampak dia sebenarnya pura-pura happy?' Desis dalam hati dia sendiri. Lalu, terus dia memasuki ke dalam rumah dengan fikiran yang positif.
"Akak."
"Ye Laura?"
"Akak Laura nak naik atas sekejap. Nak rehat." Kata Laura mendapat anggukan dari Iris.
"Ok la, Laura pergi la berehat. Kesian Laura mesti penat." Iris hanya mampu tersenyum pasrah.
Kadang-kadang rasa nak marah pun ada. Perempuan itu langsung tidak menolongnya dari hari pertama dia kahwin sampai la dia sekarang sudah mengandung. Yang tahu hanya duduk melepak tengok televisyen. Semua kerja dalam rumah ni, Iris dan Mak Jah yang buat.
Tengah Iris mengelamun tiba-tiba sahaja dia tersentak akan jeritan seseorang.
"Abang!" Iris dan Makjah terus ke atas apabila mendengar jeritan Laura.
Sampai sahaja dibilik Laura, Iris terkejut melihat Laura yang tengah menahan sakit di atas lantai dengan darah yang keluar dari celahan peha Laura.
"Ya allah puan, puan kenapa ni?" Cemas sahaja suara Makjah.
"S..sakit." Laura memegang perutnya yang sudah menginjak 6 bulan itu.
"Kejap Laura! Tahan sikit. Kita pergi hospital ye? Sini akak tolong." Cemas Iris. Iris dan Mak Jah memapah Laura sehingga kebawah.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...