Jam di dinding dipandang sekilas, jarum jam menunjukkan pukul 2:23 pagi. Noah berbaring diatas katil dengan mata yang masih lagi tidak terpejam. Dia menatap siling atas dengan mata yang berkaca. Dahulu, dia tidur disebelah arwah dan tidurnya ditemani oleh arwah, kini dia harus tidur berseorangan. Tiada siapa-siapa disebelahnya dan tiada siapa-siapa menemaninya.
Kenapa semua ini harus terjadi? Bila semua ini akan habis? Dan bilakah anak-anaknya ini ingin membesar? Bertalu-talu soalan didalam fikirannya. Sampaikan satu tahap dia rasa dia mahu sahaja mengikuti jejak isterinya. Jika isterinya mati disebabkan dibunuh, tidak salah kah jika dia berbuat benda yang sama?
Tapi... Bila difikirkan balik, jika dia pergi apa yang akan terjadi terhadap anak-anaknya? Mesti mereka akan sedih. Lalu sekarang ini apa yang harus dia lakukan? Laura sudah pun dimasukkan kedalam penjara atas kesalahan membunuh. Apa lagi yang harus dia lakukan? Melawat gadis gila itu? Tidak mungkin!
"Noah, dah tidur?" Noah berpaling? Dia bangkit ke posisi duduk. Pandang kearah gerangan dimuka pintu biliknya dan kepala digelengkan.
"Jom turun bawah, teman mama, kita minum-minum kejap. Baru pukul dua kan?" Noah mengangguk. Air mata dikesat lalu bangun dan hujung bajunya dibetulkan. Puan Ayra tersenyum nipis memandang anaknya.
Turun sahaja kebawah bersama Puan Ayra, terlihat kelibat Tuan Darren, Zarren, Nellydra dan Daiyan diruang tamu. Semua berpaling kearahnya yang berjalan dibelakang Puan Ayra.
Noah mengambil tempat disebelah Puan Ayra. Pandangan-pandangan mereka tidak dihiraukan. Noah hanya berdiam. Tidak tahu mahu memulakan ayat bagaimana.
"Tea bro?" Geleng.
"Cakap la jangan geleng je. Aku tengok kau ni dah macam mayat hidup tahu tak?" Noah masih lagi menghiraukan mereka. Dia menunduk. Zarren menghela nafas kasar.
"Noah kau ni..."
"Ya aku tahu."
"Tahu, tahu, tahu! Itu je ke kerja kau? Tahu, tahu, tahu. Stop Noah aku tahu kau sakit tapi tolong la move on. Isteri kau dah masuk dalam kubur!"
"Apa masalah kau huh? Kau ada masalah ke dengan aku? Kau yang entah siapa-siapa mengaku yang diri kau tu Farhan, kau ingat aku nak percaya? Dengan cerita yang kau reka cakap ni keluarga kandung kita la. Umi jahat. Pergi mampus la sial dengan kau! Kau tak patut masuk campur urusan aku! Iris isteri aku suka hati aku la nak redha ke tak! Kau takde hak nak masuk campur!" Tengking Noah. Dadanya berombak ganas. Tangan mencengkak kolar baju Zarren sehinggakan Zarren yang sedang duduk menikmati teh terus terbangun dan cawan yang dipegangnnya jatuh.
"Yes, memang aku takde hak nak masuk campur, tapi semuanya pun dah jelas! Umi dah mengaku dia pun dah masuk dalam penjara. Eh Noah, at least kau patut bersyukur kau dapat tengok wajah Iris! Kau boleh usap wajah dia... Kau boleh belai dia... Kau boleh cium dia. Tapi aku?! Aku hanya dapat tengok mayat isteri dan anak aku yang dah rentung! Isteri dan anak aku mati dalam kebakaran, Noah... Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku ketika itu? Aku sendiri jadi saksi yang isteri dengan anak aku mati! Sakit Noah, sakit sangat bila lihat mayat mereka yang... Yang dah tak rupa orang. Kau tahu tak apa yang lagi sakit hm? Yang lagi sakit bila dia orang tak benarkan aku kucup isteri dan anak aku buat kali terakhir! Aku tak dapat nak sentuh mahupun kucup isteri dan anak aku. Jadi kau tolong jangan bandingkan diri kau dengan aku. Kita sama-sama terluka. Kalau kau tak redha, kau ingat arwah Iris boleh tenang ke dekat sana, huh?" Panjang lebar dia menceritakan detik-detik dia kehilangan arwah isteri dan arwah anaknya dengan nada tinggi.
Masing-masing tidak mahu mengalah, masing-masing menjunjung ego.
Sungguh dia terluka. Jika masa boleh diundurkan kembali dia tidak mahu benda-benda sebegitu berlaku. Dia tidak mahu mengingat segalanya namun untuk sedarkan adik kembarnya yang hilang arah itu dia terpaksa membuka cerita detik-detik dia kehilangan orang yang dia sayang.
Tanpa sedar, Daiyan dan Nellydra sudah mengalirkan air mata mendengar cerita detik-detik abangnya kehilangan. Sedih. Sebak. Perit. Tisu diambil Nellydra dan air mata dikesat menggunakan tisu itu.
"Kau tahu tak Noah saat ni, patutnya isteri dan anak aku ada bersama dengan aku. Tapi Tuhan lebih sayangkan mereka. Aku tak boleh nak lawan takdir yang sudah ditetapkan-Nya. Jadi aku redha. Masih panjang lagi perjalanan aku. Jadi aku nak habis masa aku di dunia ni dengan buat kerja yang baik. Aku tahu kau sakit, aku minta maaf jika kata-kata aku tadi mengguriskan hati kau. Aku cuma nak kau sedar dalam dunia ni bukan kau seorang sahaja yang lalui ujian macam ni. Ramai lagi ada yang sampai tamatkan riwayat hidup dia sebab tak tahan. Aku tahu kau tak boleh terima cara pemergian arwah kan?"
"Siapa je yang boleh terima, bila dapat tahu isteri dia meninggal disebabkan dibunuh dengan kejam. Takde siapa boleh terima cara pemergian macam tu. Aku pun tak boleh terima cara pemergian isteri dan anak aku yang mati dalam kebakaran hingga mayat mereka rentung. Tapi aku tak boleh nak buat apa. Aku terpaksa redha dan doa banyak-banyak untuk mereka disana. Kau pun kena jadi macam aku, kuat dan doa banyak-banyak." Wajah Noah yang dingin tadi serta merta berubah dan lantas cengkamannya pada kolar baju Zarren dilepaskan.
Dia menunduk.
"A...aku... Aku minta maaf. Aku cuma tak dapat lupakan arwah Iris. Dia cinta pertama dan terakhir aku. Aku cuma mahu benda ni selesai dengan cepat. Satu persatu rahsia terbongkar. Laura tipu aku, dia mengandungkan benih lelaki lain. Laira dan Lavira bukan anak aku! Kenapa takdir aku begini? Aku tak tahan. Sungguh aku tak tahan. Aku perlukan isteri aku. Aku perlukan Iris." Katanya dengan air mata yang sudah mengalir deras. Dia melabuhkan semula punggung diatas sofa bersebelahan Puan Ayra.
Menunduk bersama air mata. Dia rasa malu mahu mengangkat muka. Dia malu mahu menghadap Puan Ayra dan Tuan Darren. Dia malu. Dia jahat.
"Papa... Ayden tak boleh tidur la, Ayden rindu mama. Mama selalu tidur dengan Ayden, boleh tak kalau Ayden nak tidur dengan papa?" Soal Zayden yang baru tiba dengan anak patung dinosaur pemberian arwah mamanya. Semua terkedu dengan kata-kata budak kecil itu. Dia mengesat matanya tanda mengantuk kemudian menguap.
Noah mengangkat wajah memandang wajah sang anak. Lalu mengangguk. Budak kecil itu menghampiri Noah dia mendapakan tangan kecilnya bagi mengesat air mata ayahnya.
Tergamam Noah ketika air matanya dikesat oleh budak kecil itu. Semua disitu juga turut melontarkan senyuman kecil.
"Papa jangan la nangis. Papa dah janji dengan Ayden papa nak jadi kuat. Papa kena la tunaikan janji papa. Ayden sayang papa. Leo pun sayangkan papa." Ditunjuknya dinosaur pemberian arwah mamanya yang diberi nama Leo itu kepada ayahnya.
Dia tidak mahu melihat ayahnya sedih jadi ini je kut cara dia mahu membahagiakan ayahnya. Dinosaur!
"Rawr!"
"Rawr!"
"Rawr!"
Tersengih kecil Noah bila Zayden membuat suara dinosaur. Dengan pipinya yang tembam itu nak je dia gomol pipi budak itu.
"Yeay papa dah senyum! Ayden nak tidur dekat pangkuan papa boleh? Ayden mengantuk. Selalu mama yang temankan Ayden tidur tapi kalini mama dah takde jadi boleh tak papa temankan Ayden tidur?" Soalnya mendapat anggukan dan kucupan hangat diatas ubun-ubunnya.
"Sure sayang, sini dekat papa. Aih, beratnya lah anak papa ni. Makan apa ni hm? Tembam betul anak papa ni..." Tubuh Zayden diangkat keatas pangkuannya. Boleh tahan berat juga eh anak lelakinya ini? Umur baru 5 tahun dah tembam. Tangan tu kalau boleh nak je dia makan. Dah macam roti!
"Mama selalu bagi Ayden makan nasi, lepastu ayam goreng. Lepastu telur mata. Uishh sedap." Tergelak Noah mendengar bicara anaknya. Sama sahaja seperti arwah Iris. Bicara dia tu sebiji sangat. Dia rindu.
"Ouh iya? Okay la kalau macam tu, nanti papa bagi Zay makan nasi, ayam goreng dengan telur mata je biar jadi gemuk lagi. Nak?"
"Ish papa ni... Ayden bila dah besar, Ayden nak jadi sasa macam papa. Boleh angkat apa sahaja." Kata Zayden mencerita cita-citanya mahu menjadi seorang yang gagah seperti ayahnya.
Terletus tawa mereka semua diruang tamu itu. Zayden mencebik. Geerrwaamm!
"Okay baiklah. Buat la apa yang Zay nak hm... Papa tak halang. Sini papa nak kiss." Kucupan hangat singgah di dahi Zayden. Zayden tergelak halus. Geli!
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...